Friday, December 5, 2008

can't live if living is without you

kadang-kadang kita terlupa yang kita sepatutnya berterima kasih kepada teknologi, saintis dan para pereka yang bertungkus lumus untuk memudahkan hidup kita pada hari ini. berikut merupakan sedikit senarai terima kasih saya kerana kewujudan mereka. tanpa mereka, tidak lengkap hidup saya:

1. mesin basuh automatik

bayangkan kalau kena cuci guna tangan? sekali sekala (untuk laundry load yang amat sedikit) tak apa lagi. kalau banyak?? weekdays lepas balik kerja? musim hujan? (terima kasih khasnya untuk fungsi spin). sungguh aku tidak berdaya. huk huk.

2. peti sejuk

saya tak kisah sangat sekiranya saya tak dapat minum ais, atau minum air sejuk. tetapi saya kisah kalau saya tak ada tempat untuk simpan stok bahan mentah saya seperti sayuran, ikanan, ayaman dan dagingan. oh untuk lebihan lauk juga. dan sekarang untuk stok makanan anak saya. bayangkan kalau tak ada peti sejuk yang hebat ini? tiap-tiap hari kena beli bahan mentah di kedai ataupun di pasar sewaktu hendak memasak. tiap-tiap hari kena masak bubur untuk anak saya. waaaa pengsannnnn!

3. water heater

jangan salah anggap. ini bukan cerek tetapi pemanas air di bilik air. saya merupakan seorang yang sangat tidak tahan sejuk (mandi tengahari pun kadang-kadang aku guna ok?) oleh itu, alat ini sangat membantu sewaktu saya perlu mandi di pagi hari. tapi terfikir juga macam mana aku survive time sekolah, uni dan time-time di mana alat ini tiada? yang pasti, lepas mandi sure aku gigil. hahaha.

4. microsoft office

terima kasih yang tidak terhingga kepada mr bill gates. dengan ciptaan beliau, saya menjadi seorang yang tidak takut kepada alat bernama komputer. korang tak rasa kehidupan sekarang sangat mudah? dulu aku sangat fobia komputer sebab aku memang tak paham macam mana nak paham wordstar dan mak nenek terdahulu sebelum ms office ni. dengar jek perkataan komputer, boleh seram sejuk ok? sekarang? kalau orang tanya, aku boleh cakap 'tu pun tatau ke?' bongkak siopppp. wakakaka.

hmm..banyak lagi lag sebenarnya sumbangan teknologi dalam hidupku. yang lain-lain seperti:

5. microwave / oven

6. steam iron

7. handphone

i love technology! :)

1 comment:

Neri said...

air panas mmg calllettt. dan internet! jgn lupa! utk mengetahui segala gosip! hehe