Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, June 1, 2012

muhasabah

when i complain about my other half, i shall think of those who are singles


when i grumble about the kids, i shall consider those who have none


when i whine about my work, i shall look at those who are jobless


when i say i can't afford, i shall look at those who struggle so hard to make a living


i shall be grateful for what i have now. dan berdoa agar mampu berkongsi rezeki yang dikurniakan dengan mereka yang memerlukan. amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

time is precious

too much things i've seen and thought of. but too little time to jot them down. maklumlah i kan busy woman. hahaha.


huda, i dah update sikit ni. aci tak?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, October 13, 2011

thinking too much of it will just make you sad.
sometimes i just have to agree, people are punished for working too hard.

ya betul, kita hanya manusia. bukan setiap masa boleh menjadi objektif.
kita ada perasaan yang akan mempengaruhi fikiran dan keputusan.

i suppose, we just have to be positive.
treat the disadvantage as a test that will make us wiser.
look at what we have, that others do not have
hutang aku satu per enam pinggang kot. orang lain punya may be keliling pinggang. hahaha.

i hope that thought makes me feel better :)

Thursday, September 8, 2011

know the unknown

on tuesday, baby X is 28 weeks 2 days. we already know the gender
but the most surprise is, bamnya pipi dia
lenn kata, must be like the mother
fine, aku tembam


Friday, August 12, 2011

karakter diri


terjumpa dan pinjam dari kucingorengemok
tak sangka la pulak ai sentiasa cemburu..


Monday, July 25, 2011

geng minum

3 of my friends experienced a road accident on saturday, after a work event somewhere in perak.
praise be to Allah, only the car was badly affected.

my girls,
be strong. im here should you need anything.


Wednesday, July 20, 2011

lama tak jumpa

hi blog,

how are you? i am not so fine. work has been busy.
in the not-so-pink of health.
can i request to be warded for some rest?



Tuesday, April 26, 2011

gangguan nyata

jerawat yang sakit tapi tidak kelihatan point of exit-nya untuk dipicit adalah sangat menjengkelkan. urgh!


Thursday, November 4, 2010

i

...can't be someone else
...am so far away from perfect
...try to be better each day


Tuesday, September 28, 2010

you had your time, let me enjoy mine. thank you.


Tuesday, September 1, 2009

randomly ramadhan

  • so far puasa ok. cuma ada hari-hari aku akan menjadi gassy, burp dari bangun pagi sampai waktu nak berbuka. mungkin angin yang keluar boleh inflate swimming pool umar yang masih elok dalam plastik.
  • puasa sewaktu hari bekerja seperti berpuasa di kutub utara. aircond super efficient. aku takut nak mendedahkan kulit walau satu inci persegi kerana kerana takut frostbite. hahaha. masyu kata macam di vladivostok.
  • bila berbuka aku tak boleh nak makan banyak walaupun nafsu sangat menggunung nak telan semua. bila terlebih makan, otot tekak akan mula kembang macam nak mengeluarkan balik makanan yang telah didepositkan.
  • setakat hari ini, aku hanya berjaya tarawikh sebanyak satu (1) malam. ya, rekod yang sangat buruk. ini kerana ketidaklaratan yang melanda, anak aku sendiri hempuk aku dengan baldi pasir piknik dia kerana tertidur sewaktu dia ajak baca buku.


Monday, April 13, 2009

lagho...lagho...

isk isk...i have a long list of to-do things. tapi apabila aku menjengah ba-ya-ba-ya aku telah terpengaruh altho i am aware that dia tiada intention untuk mempengaruhi aku. hehehe. ini kau punya pasal B. aku tetap nak salahkan kau. hehe.

anyways, template ini adalah cubaan testing 1, 2, 3. alamak testing testing ni teringat cerita mat noor kushairi and the velvet boys la weyyy. sokmo la testing before kugiran dia nak start gigg dekat rumah orang kahwin. hahaha. ceritu tu sangat kelakar ok sampai aku terbayang-bayang aksi setiap kugiran member. hebat betul si pengarah. buat cerita lawak yang boleh menghantui penonton. aku tak sure sape, it's either along kamaruddin or mamat khalid. whoever lah. tapi drama itu adalah batu, wattah? the drama rocks. haha bongok cuba buat-buat direct translation.

cukup-cukup. kena berhenti. banyak benda nak buat. dah lah nak cuti. sila berhenti menaip sekarang. tata pembaca. hingga ketemu lagi. kalau ada masa boleh cari template yang lebih sejahtera.

nota kaki: lusa adalah hari selepas esok. nantikan!

Wednesday, March 4, 2009

orang yang bijak dalam pelajaran belum tentu bijak dalam kehidupan

came across this tag while i was blog-hopping. i am gonna do this coz i think it is mind-challenging, besides the fact that the writer is tagging anybody who reads the blog (perasan kena tag..kah kah kah).

the rule is that, every answer shall begin with the letter of your name. interesting kan?

1. What is your name: fadzillah

2. A four letter word: fury

3. A boy's name: fikri

4. A girl's name: fikriah

5. An occupation: footballer

6. A color: fuschia

7. Something you'll wear: ferragamo

8. A food: french fries

9. Something found in the bathroom: foam

10. A place: france

11. A reason for being late: forgot to set the alarm

12. Something you'd shout: freak!

13. A movie title: fast and furious

14. Something you drink: fanta hijau (so dulu-dulu..hehe)

15. A musical group: fastball

16. An animal: flower-horn

17. A street name: fullerton road, singapore

18. A type of car: ferrari

19. Title of a song: falling into you

am tagging whoever reads this!

anyway, i participated in a treasure hunt few weeks ago. teamed with another 3 friends, we call ourselves the super trooper. anddddd, we got the 3rd place. wohooo! prestasi yang membanggakan. should join again next year. tetapi cerita di sini actually adalah ada orang yang tidak berpuas hati kerana kumpulannya tidak menang. saya dan kawan-kawan merasakan mereka sangat berkeyakinan untuk menang. sebab tu bila kalah, mereka tak dapat menerima kenyataan. i have always felt, orang bijak (dalam pelajaran) ni memang pelik or should i call it unique. antara kes orang bijak yang saya jumpa sepanjang umur adalah seperti berikut:

1. orang bijak ada kalanya tidak dapat menerima ada orang lebih dari dia.

masa sekolah dulu, ada seorang minah yang aku rasa memang sungguh bijak. aku memang yakin tiada huruf lain yang dia dapat bila periksa kecuali huruf A. dan kami pernah buat lawak 'kalau slip result spm tulis tangan, mesti slip dia paling senang nak tulis. pakai pembaris jek'. maksudnya adalah akan dapat gred 1 untuk semua subjek, dan boleh garis jek sebab tak payah tulis huruf lain. tetapi tak kusangka ada attitude yang aku kureng gemar. ditakdirkan pada suatu hari, markah karangan aku lebih tinggi dari dia. tinggi sikit jek pun. bila dia tau fakta itu, dan-dan datang ke meja aku dan terus cakap nak baca karangan aku. tak sempat aku nak bagi kertas, dia dah rampas ok? perlu ke? lagak dia seperti 'macam mana dia boleh tinggi dari aku? best sangat ke karangan dia?' ha macam tu lah aku rasa. lalu hati kecil berkata 'fine. aku tak deserve markah tinggi dalam apa-apa subjek'.

2. orang bijak ada kalanya tak berapa bijak nak mengajar orang lain.

ni pun time belajar. bila aku tanya nak minta tolong buat tutorial, dia akan kata 'kau guna konsep jek. mesti boleh'. konsep??? konsep pun aku tak paham, macam mana nak solve soalan, ye tak? sama ada dia malas nak ajar aku, atau pun dia memang menyampah nak ajar aku, atau pun dia malas nak layan orang bengap macam aku. atau dia nak aku merayu 'tolonglah ajar aku yang lembab ni, bila kau tolong nanti aku belanja kau rojak ayam taman gelora seminggu' (sebab mamat tu memang suka dan kuat makan). too bad! aku tak akan merayu pada orang kerek macam kau tetapi akan cakap 'kalau aku paham konsep aku takde la nak tanya ko badul!'.

3. orang bijak ada kalanya takut orang lain menjadi lebih bijak dari dia.

sama juga time belajar. ada satu budak ni pantang sangat nampak aku belajar atau buat revision. mesti dia kelam kabut ambil buku dia. aku sangat tak paham. padahal sudah terang lagi nyata macam izhar halqi bahawa aku ni memang kurang bijak dari dia. so apakah objektif kau untuk rasa tercabar? oleh itu, untuk mengelakkan dia belajar (dengki siop) aku kenalah belajar sorok-sorok seperti pergi ke library awam, belajar di bawah pokok yang jauh dari rumah sewa dan lain-lain. in a way, macam main sorok-sorok juga. hehehe.

tetapi aku tidaklah mengatakan semua orang yang bijak begini. ada yang boleh synch dengan aku. yang aku cakap ni kira tak boleh synch lah. sekian.

Friday, February 27, 2009

out of nowhere

i believe owning a dslr is worth every penny spent if you really have the eyes.

i know one could learn. but i strongly believe the talent that makes the difference (tengok orang angkut dslr ke sana ke mari menjadi seperti satu allergen kepada saya. it's not that i am jealous, but sudah pernah terkena seorang pemunya dslr mengaku dia boleh ambil gambar tapi rupa-rupanya tah hape-hape. saya juga tersilap kerana tidak pay attention kepada ayat dia 'boleh ambil gambar'. wey semua orang boleh ambil gambar! aku pun boleh. it should be 'boleh ambil gambar cun gila kau akan rasa nak tengok gambar aku ambil setiap hari sampai kau tidur pun termimpi-mimpi').

oleh itu janganlah terpedaya - kalau bawa kamera besar, orang itu adalah hebat. dia mungkin seorang pelajar bidang fotografi, atau dia mungkin bawakan kamera mak dia sebab mak dia pergi ke tandas, atau dia mungkin pelancong, atau dia mungkin terikut-ikut trend masa kini bawa kamera besar ke hulu ke hilir.

sekian sahaja, luahan rasa. sekiranya anda pemunya dslr, saya percaya anda bukan seperti individu yang saya ceritakan seperti di atas. semoga berjaya dengan hobi atau bisnes fotografi anda.

tiada kaitan: tadi surf on vaio-p. gila stylo! seperti mahu tetapi masih waras untuk memikirkan yang ia adalah dalam kategori 'seronok dimiliki / kehendak', bukan 'wajib dimiliki / keperluan'.

...randomly

  • i love channel 551, i agree the world is just awesome. (note to mike rowe: u are one cool guy!).

  • i have a lots of recepis to try, just could not find the time and ingredients.

  • i love books so much, feel like owning a bookstore or a perpustakaan bergerak (what do you call that in english?)

  • i hate to admit the country politics is in turmoil. i just get sick seeing politicians talking on tv.

  • i now realize that microwave can do more harm than good. and i mean real harm it put our lives in DANGER.

  • i need to update my saving book, eh silap it's actually book with an 's'..hihihi.

  • i have to finish up reading the risk report, which i found so mind-numbing.

  • i may want to consider doing mathematics when i am bored.

  • i think i need to get a haircut.

  • i am craving for something chocolatey.

  • i feel like getting son another pair of shoes.

  • i want to get a 3G broadband modem but it is still expensive, am gonna wait till the price goes down (gua ni cheapskate cakap luh).

  • i want to get a new digital camera.
  • i wish to get the greenpan that channel 703 is offering (mahal melampau macam tak logik kecuali bila pakai tu aku boleh jadi tukang masak hebat macam jamie oliver atau nigella or at least chef wan, or maybe the kuali can cook for me while i'm watching the tele..huhu).

  • i need to finish the book i am reading now, else i will not start reading the other book that i bought some time ago (padahal hati sangatlah nak baca buku baru itu).

  • i wish for a picnic at the park or by the beach.

Friday, February 6, 2009

orang kata the best things in life are free

ye ke? mari kita tengok apakah benda-benda yang percuma itu?

...qada’ hajat. kenapa ia percuma? kerana perasaannya datang secara tiba-tiba. tak pernah pula saya dengar kes di mana kita perlu bayar 50sen untuk mendapatkan perasaan untuk buang air kecil atau besar. cuma bila kita nak buang air kecil atau besar tu mungkin kena bayar seperti tandas di stesen bas. kalau tandas di stesen rehat dan rawat, percuma, sama macam perasaannya.

...makan dan minum. sama juga seperti di atas. tak perlu bayar untuk mendapatkan perasaan nak makan fillet-o-fish, atau ayam kentucky hot n spicy atau ikan siakap 3 rasa dol tomyam. bila kita nak dapatkan makanan-makanan tersebut baru kena bayar.

...tidur. tetap sama seperti 2 perkara di atas. tak perlu bayar untuk rasa mengantuk. tapi bab ni best sikit sebab selalunya tak perlu juga membayar bila nak tidur kecuali kita nak tidur di hotel, motel, rumah tumpangan tong seng atau rumah-rumah lain yang sewaktu dengannya.

...manusia. hah? apakah? oh maksud saya seperti memiliki mak, bapak, adik, pasangan, anak, kawan, saudara, dan sebagainya. untuk memiliki mak bapak memang tak perlu bayar sebab mereka wujud dulu dari kita. hehe. memiliki pasangan dan anak juga tak perlu bayar. Cuma masa nak kahwin kena keluar duit yang banyak, dan seterusnya nak maintain hidup dengan mereka. dan sewaktu nak melahirkan serta membesarkan anak juga memerlukan duit yang saaaaaaaangaattttt banyak. tak terkira banyaknya.

...perasaan. seperti 3 perasaan-perasaan di atas, kita memang tidak perlu membayar apa-apa untuk berasa geram, sayang, kejam, cinta, marah, di awang-awangan dan apa-apa juga perasaan yang ada di dunia ini. kalau tak, letih la semua manusia di muka bumi ini. sebab kita sentiasa berperasaan. sikit-sikit keluarkan duit. sikit-sikit bagi singgit. mau bankrap. tak sempat buat apa-apa dah habis duit. tapi, comelkan kalau kita kena bayar setiap kali berperasaan. contohlah minah A suka kat mamat B. baru jek nak suka dah kena bayar singgit. tu tak kira lagi bila dia ternampak mamat tu lalu depan food court time nak pergi class. sure excited punya. cuba kira kalau sehari nampak dua kali. setiap kali excited kena bayar rm1. dah rm2. kalau tiap-tiap hari nampak sebulan dah rm60. setahun? kalau sepanjang 3 tahun kat uni asyik nampak jek? mau beribu. bila excited lebih jek kena charge lebih. hahahaha. tapi nak bayar kat mana? kaunter kewangan uni tu terima ke? kah kah kah. bongok pulak bila fikir.

...and last sekali aku terfikir is kentut. kenapa? sebab aku nak terkentut. jap eh (preeettttt prutttttt). fuh lega! dan menjimatkan. wakakakaka. maaflah perenggan ini gross sikit..tapi macam korang tak kentut..ak enna!

si comel ini boleh hadir dengan percuma dalam hidup kita :)

Monday, January 12, 2009

aku mencik...

...jerawat! especially kalau dalam hidung. arghhhh! sungguh mengganggu!