Friday, April 16, 2010

the truman show 2

geng blogger sangat mempengaruhi each other ek? aku wonder kenapa. dah lama benda ni aku notice cuma tak berkesempatan nak tulis jek. aku dah la mim-alif-lam-sin nak update blog. tapi hari ni macam terajin. lega sebab paperwork yang boss mintak dah email, kertas soalan and skema yang dato saigon mintak pun dah hantar. lepas ni aku malas dah nak bukak laptop ni. hehe. sure ke malas? bukak laptop ni kalau nak access email office jek. oh for information, aku sedang cuti berpantang. hehe. rajin tak rajin check email office. lepas ni kalau setakat nak surf, boleh guna komputer rumah jek. anak aku pun bukan boleh tengok laptop ni. mesti nak buat aksi jurutaip 100 perkataan per minit. konon-konon laju gila taip tapi taip tah hape-hape la kan. haha. ni mesti mendapat inspirasi bila tengok aku menaip. indirectly nak cakap aku taip laju la kan. hahaha. boleh blah!

oh back to geng blogger. baik aku define dulu, geng blogger yang dimaksudkan adalah sekumpulan penulis blog yang mempunyai kesukaan (interest) yang sama. kalau sorang suka bag gucci, yang lain pun suka. sorang suka kamera besar, yang lain pun suka. sorang pandai masak tomyam, yang lain pun nak masak tomyam. macam tu lah. yang hairan, bila sorang kata suka ni, dan-dan la yang lain pun suka. lepas tu apa yang diorang tulis mesti satu tema. contoh tema: hadiah dari husband. dan-dan la husband yang lain pun romantik and belikan hadiah or buat surprise yang unexpected. sampai apa yang diorang tulis boleh menimbulkan rasa was-was. ye ke life diorang macam tu? kalau ya takpe lah. aku kagum sebab kehidupan mereka ala-ala kehidupan yang sempurna. but come to think of it, when one is so absorb into blogging, mestilah nak tulis benda-benda yang best and happening jek kan. takkan lah gaduh dengan husband nak tulis. takkan lah masak telur goreng and makan dengan kicap jek nak masukkan dalam blog? gila tak hip and hap y'all! so bangun-bangun tidur jek kenalah fikirkan something yang best untuk dibuat supaya boleh diblogkan. bosannya hidup geng blogger yang begitu. sebab tiap-tiap benda kau nak masukkan dalam blog. kalau tak nanti blog tak update, pastu tak ada komen, lepas tu kau paranoid sendiri ingatkan server blogger down. ak enna, boleh tak chillex? sila menjalani hidup secara normal.

lagi satu, geng blogger mak-mak. aku pun mak orang jugak. tapi geng ni mesti nak potray bahawa mereka adalah isteri dan mak yang berkaliber dalam semua bidang. u name it man, jahit baju, masak, jaga anak, kemas rumah, potong rumput, buat kek, dan macam-macam lagi kemahiran domestik yang berkaitan. bak kata mereka adalah superwoman. kadang-kadang macam nak tengok siapa lebih hebat. alahai, silalah bertenang.

entah ya, maybe mereka rasa platform blog ni untuk tujuan sebegitu kot. tak kisahlah. this is a free country. cuma aku rasa lawaklah sebab bila orang buat benda tu, yang lain pun nak ngikut. sometimes ikutan tu tak last. ikut trend jek. so berbaloi ke? mungkin ya jika untuk tujuan blogging ;)