Wednesday, December 31, 2008

nothing much

i don't have any specific thing to write, but i just feel like writing. itu namanya gedik. anyway, tomorrow is a new year. time flies really fast u feel as if everything happened yesterday. kenalah pasang lagu yesterday by beetles or boyz II men. but i prefer the latter sebab suara mereka adalah sangat harmoni you wish to be a black who could sing everything effortlessly. apakah? ok jangan menyimpang. dan-dan ni jugak aku pasang lagu yesterday tu. hehe.

ok lah, sempena tahun baru 1430 H dan 2009, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. harap maaf saya tak percaya dengan trend menanam azam untuk setiap tahun baru. kalau nak berubah menjadi baik, ubah jek la terus. tak payah tunggu tahun baru. kalau nak bercita-cita, pasang terus cita-cita tu. tak perlu tunggu tahun baru jugak. tapi kalau nak berazam, tidak menjadi kesalahan. sila teruskan. saya harap azam anda akan berjaya.

harapan saya, semoga kita sentiasa ingat untuk memakai tali keledar di belakang (dan depan juga kepada mereka [dan diri sendiri] yang selalu lupa atau buat-buat lupa) kerana esok, 1.1.09 akan berkuatkuasa saman. untuk mereka yang tergolong dalam kumpulan yang dikecualikan, silalah berasa lega.

saya juga berharap dengan kuatkuasanya undang-undang ini, saya bakal mampu untuk membeli kenderaan serbaguna idaman. amin. apakah kaitan?

Tuesday, December 16, 2008

travel and discover

travel la sangat. discover la sangat. hehe. anyway it's school holiday. sangat beruntung time cuti begini kita mendapat peluang untuk bekerja di luar stesen. so you can get the 2-in-1 package. work cum holiday. campur tolak darab bahagi, ala-ala percutian yang ditaja oleh syarikat. haha. bunyi macam tak baik tapi itulah hakikat.

we went to the east coast during the last week of november. despite the hujan, kami berjaya juga meredah negeri sembilan, pahang, trengganu dan kelantan. total mileage was over 1000km. perghhh! best tapi penat. several shots during our trip.

di rumah kak chek. di atas buaian ditemani sepupu yaktu alisa (berdiri) dan safiyah.

enjoying his bath in the tub. the rain restricted us from enjoying the pool.

weeee! katil bersaiz raja adalah yang terbaik

dalam dukungan ayah, bergambar bersama (dari kiri) mak tam, dilla, safiyah, naim, aida dan pak lang.

ok this one is out of topic. this was not in our east coast agenda. roommate's brother recently got hitched. we went to the elephant conservation center at kuala gandah after attending his wedding at the bride's place. masa kami di situ, ada dalam 6 ekor gajah untuk ditonton. umar was really amazed. ye lah selama ni dok tengok dalam buku jek. sekarang melihat secara real. cuma tak dapat pegang jek. hehe. anyway, gajah di belakang kami adalah seekor mamalia emas kerana berusia 70tahun.

bermain di gigi air sungai tempat gajah bermandi manda. tetapi waktu itu gajah semua sudah mandi.

lastly, dapat juga umar menjejakkan kaki ke dalam air sungai. kami berada di situ lebih kurang dalam sejam sahaja. kemudian, terus pulang ke kampung dan pada malamnya pulang ke rumah kerana esoknya adalah hari kerja seperti biasa.

hari minggu ini adalah kenduri di belah pengantin lelaki. semoga tidak hujan. dan selamat berjaya kepada semua (apakah?).

Friday, December 5, 2008

can't live if living is without you

kadang-kadang kita terlupa yang kita sepatutnya berterima kasih kepada teknologi, saintis dan para pereka yang bertungkus lumus untuk memudahkan hidup kita pada hari ini. berikut merupakan sedikit senarai terima kasih saya kerana kewujudan mereka. tanpa mereka, tidak lengkap hidup saya:

1. mesin basuh automatik

bayangkan kalau kena cuci guna tangan? sekali sekala (untuk laundry load yang amat sedikit) tak apa lagi. kalau banyak?? weekdays lepas balik kerja? musim hujan? (terima kasih khasnya untuk fungsi spin). sungguh aku tidak berdaya. huk huk.

2. peti sejuk

saya tak kisah sangat sekiranya saya tak dapat minum ais, atau minum air sejuk. tetapi saya kisah kalau saya tak ada tempat untuk simpan stok bahan mentah saya seperti sayuran, ikanan, ayaman dan dagingan. oh untuk lebihan lauk juga. dan sekarang untuk stok makanan anak saya. bayangkan kalau tak ada peti sejuk yang hebat ini? tiap-tiap hari kena beli bahan mentah di kedai ataupun di pasar sewaktu hendak memasak. tiap-tiap hari kena masak bubur untuk anak saya. waaaa pengsannnnn!

3. water heater

jangan salah anggap. ini bukan cerek tetapi pemanas air di bilik air. saya merupakan seorang yang sangat tidak tahan sejuk (mandi tengahari pun kadang-kadang aku guna ok?) oleh itu, alat ini sangat membantu sewaktu saya perlu mandi di pagi hari. tapi terfikir juga macam mana aku survive time sekolah, uni dan time-time di mana alat ini tiada? yang pasti, lepas mandi sure aku gigil. hahaha.

4. microsoft office

terima kasih yang tidak terhingga kepada mr bill gates. dengan ciptaan beliau, saya menjadi seorang yang tidak takut kepada alat bernama komputer. korang tak rasa kehidupan sekarang sangat mudah? dulu aku sangat fobia komputer sebab aku memang tak paham macam mana nak paham wordstar dan mak nenek terdahulu sebelum ms office ni. dengar jek perkataan komputer, boleh seram sejuk ok? sekarang? kalau orang tanya, aku boleh cakap 'tu pun tatau ke?' bongkak siopppp. wakakaka.

hmm..banyak lagi lag sebenarnya sumbangan teknologi dalam hidupku. yang lain-lain seperti:

5. microwave / oven

6. steam iron

7. handphone

i love technology! :)

people people of the world part II

yeah the second part of analyzing people..haha.

haritu cerita pasal makcik kena penyakit suka nak rebut goodies masa attend kenduri kahwin. this time around will be a bit different.

first, aku telah geram dengan seorang manusia ini. apa kata kita panggil dia cik M sebab M stands for manusia. aku memang menyampah dengan orang yang buat-buat angelic tapi pada hakikatnya tak lah angel sangat. nak kata tak angel langsung macam tipu la pulak kan sebab kalau tak angel maknanya dia devil. kalau dah devil, dia bukan manusia. tapi sebab dia adalah cik M, maka dia pasti ada sifat-sifat baik yang aku maybe tak nampak at this mo, atau refuse to nampak sebab dia sudah bikin my blood go upstairs. sejak aku belajar lagi aku encounter species macam-angelic-tapi-sebenarnya-k0-ni-lebih-kurang-macam-aku, atau macam-angelic-rupanya-ko-ni-lagi-horror-dari aku.

antara attributes yang membuatkan mereka ini nampak angelic adalah:

1. cakap dengan nada yang sangat perlahan sampai aku rasa telinga aku ada masalah bila di depan khalayak ramai. kalau time tak ada orang sangat boleh pulak cakap dengan kadar desibel yang boleh didengar.

2. membuat pergerakan seperti mereka ini lemah lembut, bila aku menyampah aku rasa mereka adalah lemah longlai sebenarnya.

3. tak pernah guna perkataan yang kasar seperti bo*oh, bong*k, ban*ang (kenapa kebanyakan perkataan buruk bermula dengan 'b'? adakah 'b' huruf yang jahat?) kata-kata mereka semua persis mutiara dan bakal menikam kalbu kaum lelaki supaya mempercayai mereka ini adalah sebaik-baik wanita.

4. berpakaian sentiasa sopan dan anggun macam nak pergi majlis-majlis walaupun sekadar nak turun pergi public phone nak bagitau mak yang kita dah selamat sampai di apartment universiti kita.

kenapa mereka begini ya? tapi yang paling aku tak tahan, kaum lelaki memang mudah tertipu dengan sikap angelic yang mereka tonjolkan ini. adakah ciri-ciri ini merupakan wanita terhebat? wutevvv lah!

ps: aku tak jealous kalau lelaki suka mereka, cuma aku rimas dengan lakonan mereka itu. sampai bila nak berada di layar perak kan? harap maklum. terima kasih.