Wednesday, April 29, 2009

4 Jamadilawal 1430 Hijrah

...iaitu hari ini. hehe.

ok pagi-pagi lagi sudah kalut sebab minute of meeting tak siap. meeting pukul 8.15 pagi. malam semalam buat minute tapi tak bawa balik kertas yang digunakan untuk jot down minute. nasib baik ada email keramat yang dapat memberi sedikit sebanyak input. so siapkan cepat-cepat sebelum 8.15 dan terus email. sekali seorang pembantu peribadi menelefon mengatakan tarikh pada minute tak tukar. sepatutnya 22 tapi maintain 15. reply all pada sent email, meminta maaf.

kemudian kalut tak jumpa kunci kabinet yang diletak bersama pendrive dan kunci laptop. cuak gila sebab kena mengajar. kalau tak jumpa kunci, mampus tak boleh buka kabinet, tak boleh ambil projector, tak boleh ambil charger laptop, tak boleh charge laptop. macam mana ni? ok cancel dulu appointment breakfast dengan pasangan jenayah (partner in-crime?). nasib baik dah beli kuih senyum, kuih tayar dan karipap daripada makcik kegemaran. cuba ingatkan tempat terakhir kunci diletakkan. adakah tercicir di gerai burger? ok cari di dalam laci. laci pertama, tiada. laci kedua, taraaa! fuh lega! oh ini gara-gara cari borang cuti untuk seorang rakan semalam.

terus ke kelas. dan menjalani saat-saat di pejabat seperti sediakala.

kalut

No comments: