Showing posts with label red and blue 3d glasses. Show all posts
Showing posts with label red and blue 3d glasses. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

kiasu

lately ni aku notice ramai sangat orang kiasu
actually aku pun ada trait ni tapi harapnya tak obvious
what? nak ngaku tapi macam tak nak mengaku
cannot go lah like this hehe

confession, ada masa-masa aku memang kiasu
nak specify time bila kiasu tu, macam tak boleh nak recall pulak
tapi memandangkan sks is my bff now, masa nak ngendeng dengan bff (naik bas) lah kiasu
especially bila pakcik drebar kesayangan hamba lambat tiba
crowd geng senawang mula accumulated
mana taknya, geng bas no 1 bergabung dan meletup dengan geng bas no 2

dulu naive, aku ingat tak payahlah beriya berebut kan
ingatkan rakyat malaysia dah improve but i was wrong
the more the makcik-ness in a makcik, the more kiasu they become
himpit, tolak, siku dan sebagainya
tu tak masuk lagi kiasu dari segi kata-kata

i learnt my lesson
sejak dari itu, aku memupuk spirit kiasu di sebalik muka yang buat-buat tak kiasu kahkahkah
cuma aku mesti bagi ruang untuk ibu-ibu mengandung
mana boleh himpit mereka, sakitlah perut oi, apa ingat diorang tipu ke pakai helmet?

itu  kisah naik bas, belum lagi kisah nak turun bas hahaha
mesti lawak, turun bas pun nak kiasu
kalau fikir dalam keadaan rasional, macam lawak
tapi itu hakikat
bayangkan, bila kita duduk di seat sebelah tingkap, maknanya kena lalu depan orang yang duduk seat dekat dengan aisle bas kan
so kalau orang yang seat-nya di aisle bas tak mahu keluar, kita akan menghadapi cabaran sikitlah dek kerana kekangan ruang
maka, proses nak keluar tu tidaklah lancar
sebab nak kontrol perut, nak make sure pungkok tak kena muka orang sebelah kita tu, bag dan semua barang yang kita bawak tak menghempuk orang itu dengan sengaja dan macam-macam lagilah nak kena kawal
bila nak turun, orang yang nak turun akan beratur di aisle kan
so kita ni nak masuk aisle yang dah sesak tu, nak kontrol pungkok perut dan barang
berpaut pada kerusi di depan orang sebelah kita supaya kita tak terduduk dekat dia
and orang dekat aisle tak bagi kita chance nak menyelit masuk ke dalam queue mereka
how's that???? kiasu takkkk orang yang dekat aisle tu?
kalau bagi aku mencelah pun, aku pasti kau tak kan lambat sampai 3 minit
beza seorang manusia je kot dalam line tu
ok assuming aku orang yang first nak mencelah
kalu tak assume, ramai mencelah, boleh kot lambat 3 minit hahaha
sebab aku bagi wey orang yang nak mencelah masa aku berada di aisle bas tu
tapi bila aku nak mencelah macam tak bagi, apa ni? kau kenapa?

quoting uncle taxi bila balik dari mall sepuluh kuasa enam (mega)
'haiya! kalau kasi jalan pun daging talak keluar!'
hahahaha i lurf u uncle
uncle maksudkan, kalau kita bagi jalan kat orang pun, takde punya daging tangan atau mana-mana bahagian badan kita nak terkeluar atau tercabut atau at least berdarah
comel sungguh kata-kata itu, nak tiru pada satu hari nanti

so kesimpulannya, these days kita kena jugak kot kiasu, sikit-sikit and kena tempat
kalau tak kiasu, susah kot sebab orang keliling kita semua akan kiasu
mana boleh tahan!





Wednesday, December 5, 2012

penghujung

bila sesuatu sampai ke penghujungnya, perasaan yang dialami akan berbeza, bergantung kepada sesuatu itu. dan kadang-kadang, bergantung kepada aspek yang kita lihat.
 
contoh sesuatu: acara makan-makan dengan best friends forever (bunyi macam batman forever pun ya)
 
penghujungnya boleh jadi gembira. kerana, lapar sudah hilang, diganti dengan kenyang.
pada masa yang sama kita juga boleh sedih. kerana, mungkin lama lagi dapat makan menu yang sangat sedap dan bila lagi nak berjumpa kawan rapat yang dirindui, terlalu lama
tidak berjumpa dek kehidupan masing-masing yang sangat sibuk.
 
 
contoh sesuatu: hari bekerja
 
penghujung hari bekerja selalunya gembira kerana hari sabtu dan ahad boleh buat aktiviti bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. boleh juga sedih, jika minggu itu bekerja di kawasan lebih dekat, tapi minggu hadapannya kena kerja di tempat default (aku lah tu haha)
 
 
contoh sesuatu: kalendar tahunan
 
bila hujung tahun, selalunya gembiralah sebab bila budak cuti sekolah, jalan raya kurang sesak, orang dekat pejabat pun kurang sebab sibuk juga bercuti, dan diri sendiri pun sama-sama nak sibuk cuti. hehe. kalau kerja dekat selangor ada satu hari extra cuti dari federal. tapi, bila mengenangkan nak masuk tahun baru, sedih pun ada, sebab diri semakin tua, baki umur semakin kurang. takut pun ya juga. lain pula cabaran dan ujiannya.
 
jadi, apa pun sesuatu itu, make the best out of it, untuk diri, cinta hati di sekeliling kita, dan orang lain yang mungkin terkesan (affected?).
 
 
tiba-tiba teringat post pada wall seorang rakan, dia adalah seorang paeditrician. the person who should be protecting the offsprings can be the one who is very mean. dia tujukan khas kepada bapak-bapak budak yang merokok dan menyebarkan asap rokok kepada anak sendiri. woiii! itu sangat biadap ok. aku memang dah pangkah besar orang yang hisap rokok dan hembus-hembus asap rokok perasan cool dan macho, tak perasan asap dia affect orang lain sebagai biadap.
 
tolonglah malaysia, look into this. isu ini sangat perlukan perhatian. kesian orang-orang ini, suka makan asap. malnutrisi ok. tiba-tiba terkeluar tajuk hahaha.
 
chow!
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, November 27, 2012

cerita kita

each and everyone of us has his or her own story
antara kita tahu atau tidak
tidak terkecuali tuan badan yang menulis

if only we could see every human's bubbles of thoughts
if only we could replay each of us' films of histories

whatever it is, be grateful to the Almighty
for what we have now, and who we are today (harapnya yang baik lah)
are shaped from our previous

semoga Dia sentiasa mencurahkan petunjuk, rahmat dan baraqah
agar dapat kita semua memperbaiki diri dalam mencari keredhaanNya

amiiiin



Thursday, January 26, 2012

neng oh neng

i have been doing a lot of thinking lately. things are happening faster than my cpu could process. and of course, despite the logic, tiba2 akan menjadi neng yatimah. sukalah drama2 sendiri kan. hehe

a few points that i have come about:

1. nikmat mempunyai seorang ibu tak dapat digambarkan dengan kata2. see, tulis ni pun nak neng juga. tah hape2. betullah orang kata, a mother is irreplaceable. ok, memang ada, mak tiri dan kategori mak lain yang baik. tapi mak kandung yang baik, kita mesti akan sayang nak mampos sampai masa kecik2 aku rasa kalau nak mati, nak mati dengan mak.

2. referring to the first point, what more when you yourself has become a mother. memang betul orang kata (orang kata lagi), anak2 susah nak faham kasih sayang mak bapak selagi mereka sendiri tak jadi mak bapak. so anak2ku, despite my jeritan sebenar dan batin, im trying to convey that only Allah knows how much i love all of you. i pray that you will love me, and be proud to have me as your mak kandung forever.

3. this is to reinforce myself, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. one day, i will be looking back at what i have done today, and say to myself, bersyukur aku buat decision tu. yes, we plan, but ultimately, Allah is the best planner. sometimes we do not know why we do the things we do. so, harung je lah. that is life. kalau tak cuba, tak tahu. tawakkal jek la.

tu je la at the mo, kang tulis lagi.




Tuesday, August 9, 2011

disclosed

it is not called a secret when....

you don't say it out loud, but publicly write about it

des'ree pun menyanyi...life..oh life...ohhhh liffeee..oh life...dududu


mini them

tempat kerja aku macam negara yang berskala mini
nak tahu/dengar apa yang diorang nak je
sentiasa rasa diri sendiri best
perasan disukai
takut dengan bayang-bayang sendiri

this is what we call, self-destruction
sedih



Tuesday, May 10, 2011

otak dan akal adalah objek yang berbeza

hai pemegang amanah,

ada banyak lagi isu yang lebih besar untuk kau fikirkan, especially macam mana nak buat masyarakat lebih jujur dan lebih berkesedaran sivik, even nak naik komuter pun tak perlu tipu atau buat-buat tak paham ianya koc yang dikhaskan untuk sesuatu gender, nak increase efficiency public transportation (which you should have thought 10 years ago, and by the way aku tak tau pula basikal adalah sejenis pengangkutan awam di malaysia), nak buat sekatan jalan berbayar sebagai hak milik masyarakat, nak buat medical benefits lebih accessible, nak inculcate budaya pemakanan sihat di kalangan anak-anak daripada pinpoint nasi lemak adalah punca obesiti dan baaaaaanyaaakkkkkkkkkkkk lagi. kata ada penasihat? tapi mesti pak penasihat ni minta 20%.

kau tackle isu yang tak mencabar minda langsung, siapa punya jam tangan branded? nak buat email account free, in which amerika pun tak buat email dot.us untuk setiap individu dan google, yahoo, hotmail pun memang bagi orang sign up free, nak meng-wifi-kan kampung yang tah-tah penduduk kampung tu pun fobia nak on computer sebab takut meletup (dalam office aku ada ya spesis itu, jangan terkejut walau dah berpuluh tahun kerja) dan macam-macam lagi isu yang tak match dengan IQ korang yang bertaraf pemegang kuasa.


owh it hurts :(
aku nak berhijrah dan menjadi pemetik strawberry



Thursday, April 21, 2011

KLMJ

i'm not pretentious, but for old time sake, i have to.





Wednesday, March 30, 2011

saya suka matematik

when a numerator divides a zero, it is undefined. or named, infinity. it is impossible to divide something to nothing. contoh paling mudah, ada rm100 di dalam tangan, tapi tidak mahu memberi kepada siapa-siapa pun hatta kawan baik. maka, duit akan kekal menjadi rm100. tu pun kalau tak belanjalah. oh sorry, belanja tak dikira. sebab konteks yang dibincangkan adalah membahagi atau memberi.

tapi kalau nak berniaga tapi tak mahu keluar modal macam mana? untung rm500, modal rm0. bukan ke infinity juga? (500 tolak 0) bahagi 0? best-nya hidup. tapi bukan ke bila macam ni dipanggil riba?




Friday, March 11, 2011

cerita hantu cina


kan best kalau manusia ni umpama kartun. kalau kita tak suka seseorang, kita boleh padam sajer orang itu guna rubber. aku pun berisiko untuk kena padam. tak tahulah aku rubber orang dulu atau orang rubber aku dulu.








Tuesday, January 25, 2011

mana dulu?


all time favourite teka teki...

...mana dulu, ayam ke telur? haa..mana dulu? until recently, aku jumpa the firm and definite answer. it's the chicken. sebab apa? thanks to science. gempak gila teka teki ni it triggered research among scientists. teka teki pun boleh bagi orang kerja. sumpah gempak. so the finding was, the protein found in the eggshell could only be produced by an enzyme found in chicken. but ultimately, Allah lebih Mengetahui.

sama dengan teka teki tu, aku ter-wonder, bila kita nak berubah, mana dulu kena ada, kesedaran diri atau hidayah? haa mana? mana dulu?

one input kata Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri. tapi bila dirinya sendiri tak sedar-sedar, macam mana nak ubah? sampailah satu masa tiba-tiba dia berubah, and masa tu orang kata orang yang berubah tu dah dapat hidayah.

so sebenarnya macam mana ni? letih fikir.


Monday, January 3, 2011

opposite charges attract

how can u be positive when you are consistently fed with negativity?



Monday, October 11, 2010

trapped

...in between being a melayu and a muslim. i bet there are some who feel the same way.


Friday, July 2, 2010

kempen mari gunakan akal

banyak cerita, tapi tak tahu nak tulis yang mana. nak mula dengan yang mana.

ok topik yang aku tengah minat sekarang is of course not football or world cup, is (sambungan ayat asal) kesedaran sivik. aspek ini sangat menarik terutama apabila kita nak kaitkan pandai atau bijak atau berpelajaran dengan akal yang mempunyai sedikit elemen sivik.

kadang-kadang orang kata orang pergi universiti, oh ok, pergi bermaksud belajar di universiti, bukan setakat pergi nak jumpa kawan atau pergi nak dapat cop hal ehwal pelajar untuk dapat netbook free bila sign up streamyx, selalunya atau kebanyakkannya berkesedaran sivik. entah ya, aku tak pasti pula kaitan universiti dengan kesedaran sivik. or to make it more general, orang yang berpelajaran, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi? berpelajaran di sini tak semestinya sampai universiti. boleh ke kita equate-kan?

educated = civic minded (???)

dalam kes ideal, sepatutnya boleh. tapi secara realiti, i don't think so. contoh paling dekat is tadi when aku jumpa dengan seorang kawan lama. dia seorang lelaki yang merokok. rilek jek campak puntung rokok merata-rata. aku dah marah dia tadi. see? dia berpelajaran, sekarang berjawatan pengurus, cakap selalu nak menang, cakap orang putih juga suka kuat-kuat. tapi buang puntung rokok merata? ada kesedaran sivik ke macam tu? alasan dia tak disediakan tong sampah. well you can always keep the cigarette butt in your pocket mr manager, can't you?

lagi satu contoh. aku keluar dengan tiga orang kawan menaiki kereta. sangat susah mencari tempat letak kereta sampai seorang daripada penumpang menyuruh si pemandu meletakkan kereta di tempat letak kereta orang kurang upaya. so aku pun marah kawan yang memberi cadangan tadi. untuk makluman, si pemberi cadangan juga pernah berpelajaran.

contoh lagi, aku sedang menunggu roommate ambil aku dari sebuah pusat membeli belah. tempat aku berdiri kebetulan sebelah dengan tempat letak kereta kurang upaya. tiba-tiba ada satu kereta dengan laju dan selamba park dekat situ. sungguh hangin rasa di hati rasa macam nak pergi tegur. tapi bila isi kereta mula keluar, mak aihhh macam gangster. terus tak jadi which is aku rasa not good dalam menegakkan hak. hahaha. poyor. so aku anggap mereka memang tak ada otak. eh tak salah. otak semua orang ada, akal sahaja yang membezakan. so otak ada tapi akal di lutut. hehe. tapi kes ni aku tak pasti gangster-gangster tu berpelajaran ke tidak. nampak gaya suka berpeleseran. haha.

oh lagi satu isu, tong sampah kitar semula. dah la kau tak sokong kitar semula, please jangan semakkan tong biru, oren dan coklat dengan sampah yang tiada kaitan dengan gambar yang ditunjukkan. tension tau bila aku nak buang barang-barang yang aku kumpul untuk kitar semula tapi tengok-tengok dah penuh dengan sampah lain. bongok la wey! dilema tau.

so kesimpulan, dalam usaha kerajaan untuk menghapuskan peperiksaan upsr dan pmr, mungkinkah kerajaan perlu fikir untuk mewujudkan pula subjek sivik? yang aku pernah dengar, dulu-dulu ada subjek seumpama itu. aku rasa orang malaysia memang kena train on these aspects. sangat tak majulah. malu ok? macam mana nak jayakan kempen buang sampah ikut jenis ni? konon-konon kerajaan nak buat 2013. tapi kalau dari sekarang tak dididik, sampai bilalah tak guna tong warna warni tu.

dan aku sangat musykil kenapa kempen tak guna beg plastik hanya dibuat di selangor? aku sangat sokong kempen itu. buatlah satu negara. barulah rock!

aduhai, macam mana nak ajar orang berfikir?


untuk kertas, kaca dan plastik

sekian, bebelan untuk hari ini. semoga rakyat malaysia akan lebih maju mindanya.



Friday, April 16, 2010

the truman show 2

geng blogger sangat mempengaruhi each other ek? aku wonder kenapa. dah lama benda ni aku notice cuma tak berkesempatan nak tulis jek. aku dah la mim-alif-lam-sin nak update blog. tapi hari ni macam terajin. lega sebab paperwork yang boss mintak dah email, kertas soalan and skema yang dato saigon mintak pun dah hantar. lepas ni aku malas dah nak bukak laptop ni. hehe. sure ke malas? bukak laptop ni kalau nak access email office jek. oh for information, aku sedang cuti berpantang. hehe. rajin tak rajin check email office. lepas ni kalau setakat nak surf, boleh guna komputer rumah jek. anak aku pun bukan boleh tengok laptop ni. mesti nak buat aksi jurutaip 100 perkataan per minit. konon-konon laju gila taip tapi taip tah hape-hape la kan. haha. ni mesti mendapat inspirasi bila tengok aku menaip. indirectly nak cakap aku taip laju la kan. hahaha. boleh blah!

oh back to geng blogger. baik aku define dulu, geng blogger yang dimaksudkan adalah sekumpulan penulis blog yang mempunyai kesukaan (interest) yang sama. kalau sorang suka bag gucci, yang lain pun suka. sorang suka kamera besar, yang lain pun suka. sorang pandai masak tomyam, yang lain pun nak masak tomyam. macam tu lah. yang hairan, bila sorang kata suka ni, dan-dan la yang lain pun suka. lepas tu apa yang diorang tulis mesti satu tema. contoh tema: hadiah dari husband. dan-dan la husband yang lain pun romantik and belikan hadiah or buat surprise yang unexpected. sampai apa yang diorang tulis boleh menimbulkan rasa was-was. ye ke life diorang macam tu? kalau ya takpe lah. aku kagum sebab kehidupan mereka ala-ala kehidupan yang sempurna. but come to think of it, when one is so absorb into blogging, mestilah nak tulis benda-benda yang best and happening jek kan. takkan lah gaduh dengan husband nak tulis. takkan lah masak telur goreng and makan dengan kicap jek nak masukkan dalam blog? gila tak hip and hap y'all! so bangun-bangun tidur jek kenalah fikirkan something yang best untuk dibuat supaya boleh diblogkan. bosannya hidup geng blogger yang begitu. sebab tiap-tiap benda kau nak masukkan dalam blog. kalau tak nanti blog tak update, pastu tak ada komen, lepas tu kau paranoid sendiri ingatkan server blogger down. ak enna, boleh tak chillex? sila menjalani hidup secara normal.

lagi satu, geng blogger mak-mak. aku pun mak orang jugak. tapi geng ni mesti nak potray bahawa mereka adalah isteri dan mak yang berkaliber dalam semua bidang. u name it man, jahit baju, masak, jaga anak, kemas rumah, potong rumput, buat kek, dan macam-macam lagi kemahiran domestik yang berkaitan. bak kata mereka adalah superwoman. kadang-kadang macam nak tengok siapa lebih hebat. alahai, silalah bertenang.

entah ya, maybe mereka rasa platform blog ni untuk tujuan sebegitu kot. tak kisahlah. this is a free country. cuma aku rasa lawaklah sebab bila orang buat benda tu, yang lain pun nak ngikut. sometimes ikutan tu tak last. ikut trend jek. so berbaloi ke? mungkin ya jika untuk tujuan blogging ;)




Monday, February 8, 2010

pathetic malaysian

siapa tak pernah tengok iklan yang feature adlin aman ramli dalam lrt tidur and buat-buat tak nampak golongan yang memerlukan tempat duduk lebih dari dia?

ok sekarang adalah waktu bercerita tentang situasi yang sama, cuma featuring aku dan rakyat malaysia lain yang sangat budiman. hahaha. weekend lepas adalah hari minggu yang aktif untuk seorang aku yang kini agak kurang upaya kerana saiz badan yang lebih besar dari biasa.

masuk komuter, penuh. cuba mencari tempat duduk kosong, nampaknya tiada. cuba menunggu seseoang menawarkan tempat duduk dia, tiada juga. ok people, can't you see my protruding belly? ayat dalam hati. tiada respon. bukanlah aku sangat tidak berupaya untuk berdiri menunggu penumpang lain turun di stesen pilihan mereka dan meninggalkan tempat duduk mereka kosong untuk aku duduk. tapi tercetus pula di minda untuk uji tahap kebudimanan dan kesedaran sivik di kalangan rakyat malaysia. tetttttttttttt! gagal sama sekali.

bukan sekali ok over the last weekend, tapi 2 kali. first time, i was travelling alone. maybe my belly was unnoticeable enough to let them know that i'm in the priority list for the seat. second was with roommate and umar. terang-terangan laki aku mendukung anak aku, tetap jual ikan tanak offer seat. fine! anak aku pun rajin nak berdiri sambil memegang tiang besi di tengah-tengah ruang koc (buruknya ejaan dalam bm) komuter. ternyata rakyat malaysia sangat mundur mindanya. tapi dressing nak maju y'all! ala-ala black eyed peas. isk, aku serios tak faham apa dalam fikiran mereka. does it take a genius to see if orang tu tua ke, ada bawa anak ke, mengandung ke, kurang upaya ke? aku siap tanya roommate, 'saya ni nampak macam buncit sebab obese ke?' sebab situasi yang berlaku menyebabkan aku jadi tak sure dengan keadaan fizikal diri sendiri. hahaha.

anyways, aku rasa masa aku sekolah rendah dulu pernah je offer seat pada orang yang kurang upaya (tapi bukan oku) masa naik bas awam, balik dari kelas tambahan. terasa seperti tengah shooting tv pendidikan, subjek pendidikan moral. hehe. time tu belum ada degree pun nak pastikan orang yang aku offer seat tu memang deserve the seat.

memang menyedihkanlah rakyat malaysia. hard up sangat dengan kemajuan, benda asas dalam hidup pun tak boleh grasp. takkan cara berfikir pun nak ajar? mungkin antara petikan dalam buku teks subjek 'cara menggunakan otak di tahap optimum' ialah 'sekiranya anda rasa macam sakit kepala yang mild dalam beberapa nanosaat, ini bermakna neuron di otak sedang berhubung dan memindahkan isyarat elektrik kepada organ dan motor tertentu dalam badan untuk anda bertindak balas. inilah dia petanda yang anda sedang menggunakan otak anda' :P


Thursday, January 21, 2010

friends are like chocolate chips in a cookie

thanks hood for the uplifting conversation that we had today. i really need my chicken soup now. i miss you la babe. when can we meet again after the last encounter in 2006? haha. but allow me to get in shape dulu ok?

i am desperate to get out of where i am in now. sungguh tak sihat rasanya environment di sini. too much of politics. boss kata politik terjadi apabila ada lebih dari 2 orang. haha. sangat compact definition dia. saya sangat suka! talking about getting out, banyak benda nak fikir. banyak sangat berfikir pun tak bagus. it wont make me a rocket scientist pun. talking about rocket, aku tak faham kenapa malaysia nak kecoh sangat pasal wedding dR sMs sampai nak kena jemput astronaut dari 35 buah negara. and of course all is paid for lah kan. kalau tak, takkan angkasawan tu semua nak datang. they dont even know dR sMs, i am so sure! and for all you know, dR sMs pun bukanlah seorang angkasawan. dia hanyalah seorang pelancong angkasa, space tourist for god sake! bodoh tahap tak boleh dibayangkan oleh seorang yang waras tau siapa punya idea nak organize such a big wedding. and sebagai salah seorang pembayar cukai yang berjaya, aku rasa of course lah duit rakyat yang akan digunakan untuk sponsor para astronaut tu datang malaysia. sumpah ini memalukan tahap global! tak boleh terima wey keadaan ini! dR sMs of course lah redha kan sebab orang lain yang akan buat benda-benda tu on his behalf. entah-entah dia tak payah keluar modal pun kan. isk i dont know what to say lah.

ok back to banyak benda nak fikir. bila bangun pagi, you know what to expect for the day. it has been like that for a period of time. and suddenly you want to change it. haruslah banyak uncertainties. tapi sometimes uncertainties are good. orang kata harung je. barulah kita live every moment. or the feeling i have now results from comparing too much with those who are more fortunate. ok please define 'more fortunate'? laptop ada anti virus yang paling power di dunia? kereta dengan keupayaan penjimatan minyak paling tinggi? kebolehan membuat soft cookie seperti double choc coconut caramel di famous amos? (sumpah cookie itu sangat sedap aku terbayang-bayang sampai sekarang, rugi semalam tak beli 10 keping) atau menjalankan multilevel marketing hingga ke tahap dapat komisen 5 angka pada setiap bulan? hmm susahnya menjadi orang dewasa. hahaha ok tak tiba-tiba conclude macam tu.

macam ni lah, i will just proceed with what i have started. at the same time, life and dream must go on. reminding myself again, rezeki is up to Him. kita hanya kena usaha dan yakin.

good and positive people, come to mama. the not-so-good ones, jangan kacau gua. shohhh jauh-jauh! i have other better things to do rather than semakkan kepala fikir macam mana nak avoid kau. chalo!


Monday, January 11, 2010

rythm and ragam

kan best kalau boleh belajar psikologi. bolehlah aku faham behaviour orang-orang di sekeliling aku yang pelbagai. or maybe aku lebih faham behaviour aku sendiri. hahaha. because sometimes, bila kita faham benda-benda macam ni, ia akan membantu kita dari banyak segi like interpersonal communication, employee management or maybe anger management. betullah human resource is the most difficult resource to manage. sebab manusia ni macam-macam perangai.

sebab nak cater ke-macam-macam-an ni lah kita juga akan act or behave macam-macam. macam macam-macam aznil. hehehe. relevan ke?

ok aku sebenarnya malas nak update. tapi aku notice satu perangai manusia, on their way untuk upgrade diri menjadi alim, mereka akan act awkwardly, orang di sekeliling akan memberi remarks, macam ni ke orang alim? i am not generalizing tapi dah jumpa beberapa living proofs. ok kalau remarks daripada sesama agama aku macam boleh terimalah lagi. but what if orang yang agama lain? memalukan bukan? entahlah ya. mungkin itu ujian untuk mereka. lagi cuba nak jadi alim, lagi tak apply. boleh sakit otak tau deal dengan orang macam ni sebab kita tend to fikir neuron mereka yang mana telah disconnected. kenalah minum susu wey yang kaya dengan DHA, ARA dan SA. barulah sel-sel otak berhubung dan proses pembelajaran akan berlaku dengan berkesan. hahahaha.

aku harap kalau aku nak upgrade-kan diri aku tak end up jadi spesis macam ni lah. takutlah menjadi irritant kepada sesama manusia. orang tak suka. nauzubillah.


Tuesday, November 10, 2009

perbendaharaan kata

ok actually aku ada kerja yaktu untuk membuat soalan ujian. sebenarnya aku dah buat tapi telah dinasihatkan untuk buat lagi 1-2 set. sungguh penatlah nak fikir soalan. lalu berubah untuk menulis di sini. hehe. boleh gitu?

haritu juga ada kawan suggest untuk aku baca satu blog ni. kelakarlah blog tu sebab dia letak vocab orang johor/jawa dekat side bar dia. teruja siop! masa aku baca tu, boleh tersengih sendiri. sebab aku akan KLMJ arwah nenek, huda, lin, aja, cik diah, cik ana, mak mon (nanny, nanny ke? ok penjaga aku masa kecil), kak matul dan johorean yang lain dalam hidup aku. hehehe. macam orang negeri lain, orang johor juga hard core mencintai tanah air negeri mereka. malah kadang-kadang orang kata orang johor berlagak. ahhh aku kisah apa. johor memang best walaupun orang kata sultan dia lanun. tak kisahlah lanun ke apa kan. yang penting best! gerek ah! cakap besar! HAHAHAHA! berlagak lagi.

sebab apa johor best? aku bagi 2 jek lah. malas nak banyak-banyak nanti orang kata eksyen.
  1. masa kecil-kecil, dan masa besar-besar ni, kalau duduk johor boleh tengok channel singapore. channel indon pun dapat. free of charge. tak payah bayar macam astro. i hate astro. mahal! tapi aku subscribe juga sebab aku suka discovery and learning punya pakej. maklumlah suka pelajaran. hahaha. berlagak. kata orang johor.
  2. kat johor ada mee rebus, asma rojak, murtabak singapore, kacang pool, sup tulang merah, nasi ambeng, pisang salai (sinonim dengan lin) dan macam-macam lagilah yang tak boleh nak dibandingkan dengan tempat lain. isk terliurlah pulak. ni rasa nak balik johor.
lepas tu kan, nama-nama kat atas tu adalah orang yang akan mengingatkan aku tentang sesuatu yang ada kaitan dengan johor atau jawa.
  1. arwah nenek - masa kecil-kecil, time nenek jaga kami, kalau terjatuh ke terhantuk ke, tergolek ke, nenek mesti cakap 'ha, kapok!' yang membawa maksud 'ha, padan muka!'. tu la tak nak dengar cakap nenek, kan dah jatuh. tanggung sendiri kalau sakit ke berdarah ke apa. pastu kalau nenek nak ajak jalan-jalan petang atau pergi kedai, nenek kata 'yok!' yang seerti dengan jom.
  2. huda - selalu borak dengan huda rasa best sendiri-sendiri sebab jadi orang johor. hehe. kerek! ayat huda yang aku ingat lagi 'semua bendalah nak digulaikan'.
  3. lin - pisang salai, of course.
  4. aja - buat air oren / sirap guna air panas, macam orang jawa katanya.
  5. cik diah & cik ana & kak matul - sama macam huda. suka semangat tak pasal-pasal pasal johor.
  6. mak mon - yang ada ajar sikit cakap jawa. yang aku ingat sampai sekarang adalah iwak gereh, yang bermaksud ikan kering.
hmm, terbayang-bayang masa dekat apartment dulu dengan geng-geng yang mostly johor. ok sekarang aku nak archieve kan vocab anak aku pula:

mongi - wangi
doza/duya - bulldozer
yen - kren
sik nyak - isi minyak
wah - buah
madi - mandi
air - air
butu - buku
loyi - lori
tar - star
moon - moon
met - helmet
ball - ball
shim - ice cream
bobo - bubur
shak weh - masak kuih
ajing/dog - anjing/dog
simut - selimut
jar jar - kejar-kejar
dol - gol
apu - lampu
dak - bedak
shat - pusat
yak - pulak, contoh ayat: ma yak - umar pulak, bukan umar nak yak (teddy bear) ya :)

ok lah setakat ini dulu. kalau ingat lagi, boleh tambah lagi. yok buat kerja!


Thursday, October 8, 2009

rezeki

haritu aku ada borak dengan former colleague. sembang yang singkat tetapi agak memberi impak kepada aku. macam biasa, borak tanya macam mana life sekarang, anak pandai apa, bla bla bla sampailah termasuk ke dalam topik rezeki.

aku dah lama tak jumpa dia sejak dia berhenti kerja dari office ni. to me she has the i'm-happier-now glow. and yang best dia pun mengaku dia lebih tenang sekarang. ketenangan jiwa memang penting dalam hidup kan? apa yang buat aku jealous adalah dia sangat tahu apa yang dia nak dalam hidup ni. aku geram la orang macam ni. sebab aku rasa aku masih mencari-cari apa yang aku nak jadi or buat. sampai bila aku nak mencari ni?

Fc (initial untuk former colleague, macam football club pun ya, hehe) kata you really have to be very sure of what you want in life. then only you go for it. Fc bagitau aku her reason of quitting her previous job. and she said, when you really depend on Him, He will surely help you. Fc kata lagi, although kerja dia sekarang tak macam dulu such that hujung bulan memang confirm ada gaji (she is doing her own business), when one yakins (what the heck, yakin with an 's'?) that the rezeki comes from Him, Insya Allah ada rezeki itu. tidak perlu berduka atau meminta-minta untuk mendapatkan peluang perniagaan. yang penting usaha. she mentioned further that, memanglah appraisals semua boss or whoever higher that us buat. but mereka hanyalah channel where Allah nak menyalurkan rezeki. kalau memang rezeki kita bonus 8 bulan, Allah jugalah yang menggerakkan hati boss untuk memberi rating super-employee kepada kita. kalau boss tak bagi, bukan rezeki kitalah tu. pehey dok? so tak perlulah kipas boss ke, bodek ke, rasuah ke, or what not. just kerja kerana Allah, lillahita'ala. if we have put all effort but still our appraisals macam HHTA, redhalah kerana ia masih bukan rezeki kita.

tapi bab redha ni aku ada jawab kat Fc, 'tapi kitakan manusia puan, of course we get emotional and kita lupa that penentu rezeki is not manusia. sebab tu lah kita marah-marah, bebel-bebel, geram and maki bagai.' Fc pun membalas 'that is why we have to bring ourselves closer to Him so that kita ingat balik what happen is all His plans.' aku pun akur, ala-ala menundukkan kepala seperti nobita yang kena marah dengan doraemon kerana menyalahgunakan barang-barang hikmat dari poket ajaibnya.

tapi memang betullah. rezeki really is a big word. kita semua tahu macam mana nak guna perkataan rezeki dalam percakapan seharian. tapi do we really dig into its meaning? rezeki can be of many forms. duit confirm lah kan. food, business, pertolongan, kemudahan, orang (jodoh, anak, etc) and whatever one can think of. if it is meant for us, it's ours. if it's not, terimalah dengan hati yang terbuka. marah, emosi, jealous semua tu biasalah. we are only human, flesh and blood we're made.

aku ada satu cerita pasal rezeki ni. masa nak kahwin dulu, aku memang dah bertekad nak beli sampin bunga tabur untuk laki aku. memang tak ada image lain selain bunga yang bertabur-tabur dalam otak aku ni. bila pergi wisma yakin, aku dengan kawan aku pun bermula dengan masuk ke kedai pertama. konon-konon nak masuk semua kedai la bermula dengan yang first sampailah yang last. sekali masuk kedai no 2 or no 3 aku tak ingat, aku boleh pulak terpedaya dengan pakcik yang jual tu. padahal dia tak lah jual sampin bunga tabur. sampin bunga tabur dah habis. cuma dia bagi sampin yang berwarna seperti apa yang aku nak dengan corak yang tak berapa tabur. tanpa berfikir ada banyak lagi kedai nak pergi, dengan tiba-tiba aku setuju nak beli sampin tu. bila dah keluar kedai baru sedar, apasal boleh beli sampin tu? and bila lalu kedai-kedai seterusnya, berlambaklah pula sampin bunga tabur. sungguh tertekan pada waktu itu. bengangnya! kalau nak fikir negatif, aku rasa aku dah kena pukau dengan pakcik tua tu. tapi bila fikir positif, memang rezeki pakcik tu pada hari tu. so terpaksalah laki aku tak pakai sampin tabur masa nikah. takpe, tetap henshem. muahahahahahaha!

so itulah, cerita rezeki pada kali ini.