Wednesday, December 5, 2012

penghujung

bila sesuatu sampai ke penghujungnya, perasaan yang dialami akan berbeza, bergantung kepada sesuatu itu. dan kadang-kadang, bergantung kepada aspek yang kita lihat.
 
contoh sesuatu: acara makan-makan dengan best friends forever (bunyi macam batman forever pun ya)
 
penghujungnya boleh jadi gembira. kerana, lapar sudah hilang, diganti dengan kenyang.
pada masa yang sama kita juga boleh sedih. kerana, mungkin lama lagi dapat makan menu yang sangat sedap dan bila lagi nak berjumpa kawan rapat yang dirindui, terlalu lama
tidak berjumpa dek kehidupan masing-masing yang sangat sibuk.
 
 
contoh sesuatu: hari bekerja
 
penghujung hari bekerja selalunya gembira kerana hari sabtu dan ahad boleh buat aktiviti bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. boleh juga sedih, jika minggu itu bekerja di kawasan lebih dekat, tapi minggu hadapannya kena kerja di tempat default (aku lah tu haha)
 
 
contoh sesuatu: kalendar tahunan
 
bila hujung tahun, selalunya gembiralah sebab bila budak cuti sekolah, jalan raya kurang sesak, orang dekat pejabat pun kurang sebab sibuk juga bercuti, dan diri sendiri pun sama-sama nak sibuk cuti. hehe. kalau kerja dekat selangor ada satu hari extra cuti dari federal. tapi, bila mengenangkan nak masuk tahun baru, sedih pun ada, sebab diri semakin tua, baki umur semakin kurang. takut pun ya juga. lain pula cabaran dan ujiannya.
 
jadi, apa pun sesuatu itu, make the best out of it, untuk diri, cinta hati di sekeliling kita, dan orang lain yang mungkin terkesan (affected?).
 
 
tiba-tiba teringat post pada wall seorang rakan, dia adalah seorang paeditrician. the person who should be protecting the offsprings can be the one who is very mean. dia tujukan khas kepada bapak-bapak budak yang merokok dan menyebarkan asap rokok kepada anak sendiri. woiii! itu sangat biadap ok. aku memang dah pangkah besar orang yang hisap rokok dan hembus-hembus asap rokok perasan cool dan macho, tak perasan asap dia affect orang lain sebagai biadap.
 
tolonglah malaysia, look into this. isu ini sangat perlukan perhatian. kesian orang-orang ini, suka makan asap. malnutrisi ok. tiba-tiba terkeluar tajuk hahaha.
 
chow!
 
 
 
 
 
 
 

No comments: