Tuesday, December 18, 2012

life cycle

bila pegang si anak, terfikir untuk mendalami perasaannya. tapi terfikir juga, masa umur macam tu, pandai ke nak menghayati perasaan? hehe.
 
perasaan apabila dipegang, dicium, dipeluk, dikasihi, dimanja oleh ibu/emak/umi/mama/mami dan apa2 juga panggilan, mesti best kan?
 
tapi untuk kanak2 kecil, mereka akan sayang orang yang sayang mereka. ini case anak yang tak dapat dijaga oleh ibu sendirilah, for whatever reasons i.e. mak hilang, mak lari, mak meninggal, mak terpaksa bagi anak pada orang lain atau yang seangkatan dengannya.
 
so haritu, bila ulfee tidur atas pangkuan dalam kereta, terfikir, mesti best masa aku tidur macam tu dulu. mak pegang, mak peluk, mak cium, mak nak make sure aku tidur nyenyak supaya aku tak cranky dan dapat membesar dengan sihat. aiseh, bila gua tulis pasal mak mesti nak neng, i dong understeng la. hishhh. ok stay compose pleaseeee.
 
indahnya dunia berada dalam pelukan ibunda. rasa diri sangat selamat dalam segala aspek. sangat magical la role ibunda ni.
 
itu yang aku rasa dulu. walau pun masa tu aku tau aku tak pandai menghayati perasaan atau moment itu. dan aku juga sangat pasti mak pun dilayan macam tu oleh nenek. now giliran aku pulak untuk offer tangan aku ni pada umar, uzair dan ulfee, setakat ini. ada lagi ke? hahaha
 
itulah kitaran hidup.

No comments: