Tuesday, November 10, 2009

perbendaharaan kata

ok actually aku ada kerja yaktu untuk membuat soalan ujian. sebenarnya aku dah buat tapi telah dinasihatkan untuk buat lagi 1-2 set. sungguh penatlah nak fikir soalan. lalu berubah untuk menulis di sini. hehe. boleh gitu?

haritu juga ada kawan suggest untuk aku baca satu blog ni. kelakarlah blog tu sebab dia letak vocab orang johor/jawa dekat side bar dia. teruja siop! masa aku baca tu, boleh tersengih sendiri. sebab aku akan KLMJ arwah nenek, huda, lin, aja, cik diah, cik ana, mak mon (nanny, nanny ke? ok penjaga aku masa kecil), kak matul dan johorean yang lain dalam hidup aku. hehehe. macam orang negeri lain, orang johor juga hard core mencintai tanah air negeri mereka. malah kadang-kadang orang kata orang johor berlagak. ahhh aku kisah apa. johor memang best walaupun orang kata sultan dia lanun. tak kisahlah lanun ke apa kan. yang penting best! gerek ah! cakap besar! HAHAHAHA! berlagak lagi.

sebab apa johor best? aku bagi 2 jek lah. malas nak banyak-banyak nanti orang kata eksyen.
  1. masa kecil-kecil, dan masa besar-besar ni, kalau duduk johor boleh tengok channel singapore. channel indon pun dapat. free of charge. tak payah bayar macam astro. i hate astro. mahal! tapi aku subscribe juga sebab aku suka discovery and learning punya pakej. maklumlah suka pelajaran. hahaha. berlagak. kata orang johor.
  2. kat johor ada mee rebus, asma rojak, murtabak singapore, kacang pool, sup tulang merah, nasi ambeng, pisang salai (sinonim dengan lin) dan macam-macam lagilah yang tak boleh nak dibandingkan dengan tempat lain. isk terliurlah pulak. ni rasa nak balik johor.
lepas tu kan, nama-nama kat atas tu adalah orang yang akan mengingatkan aku tentang sesuatu yang ada kaitan dengan johor atau jawa.
  1. arwah nenek - masa kecil-kecil, time nenek jaga kami, kalau terjatuh ke terhantuk ke, tergolek ke, nenek mesti cakap 'ha, kapok!' yang membawa maksud 'ha, padan muka!'. tu la tak nak dengar cakap nenek, kan dah jatuh. tanggung sendiri kalau sakit ke berdarah ke apa. pastu kalau nenek nak ajak jalan-jalan petang atau pergi kedai, nenek kata 'yok!' yang seerti dengan jom.
  2. huda - selalu borak dengan huda rasa best sendiri-sendiri sebab jadi orang johor. hehe. kerek! ayat huda yang aku ingat lagi 'semua bendalah nak digulaikan'.
  3. lin - pisang salai, of course.
  4. aja - buat air oren / sirap guna air panas, macam orang jawa katanya.
  5. cik diah & cik ana & kak matul - sama macam huda. suka semangat tak pasal-pasal pasal johor.
  6. mak mon - yang ada ajar sikit cakap jawa. yang aku ingat sampai sekarang adalah iwak gereh, yang bermaksud ikan kering.
hmm, terbayang-bayang masa dekat apartment dulu dengan geng-geng yang mostly johor. ok sekarang aku nak archieve kan vocab anak aku pula:

mongi - wangi
doza/duya - bulldozer
yen - kren
sik nyak - isi minyak
wah - buah
madi - mandi
air - air
butu - buku
loyi - lori
tar - star
moon - moon
met - helmet
ball - ball
shim - ice cream
bobo - bubur
shak weh - masak kuih
ajing/dog - anjing/dog
simut - selimut
jar jar - kejar-kejar
dol - gol
apu - lampu
dak - bedak
shat - pusat
yak - pulak, contoh ayat: ma yak - umar pulak, bukan umar nak yak (teddy bear) ya :)

ok lah setakat ini dulu. kalau ingat lagi, boleh tambah lagi. yok buat kerja!


No comments: