Thursday, October 8, 2009

rezeki

haritu aku ada borak dengan former colleague. sembang yang singkat tetapi agak memberi impak kepada aku. macam biasa, borak tanya macam mana life sekarang, anak pandai apa, bla bla bla sampailah termasuk ke dalam topik rezeki.

aku dah lama tak jumpa dia sejak dia berhenti kerja dari office ni. to me she has the i'm-happier-now glow. and yang best dia pun mengaku dia lebih tenang sekarang. ketenangan jiwa memang penting dalam hidup kan? apa yang buat aku jealous adalah dia sangat tahu apa yang dia nak dalam hidup ni. aku geram la orang macam ni. sebab aku rasa aku masih mencari-cari apa yang aku nak jadi or buat. sampai bila aku nak mencari ni?

Fc (initial untuk former colleague, macam football club pun ya, hehe) kata you really have to be very sure of what you want in life. then only you go for it. Fc bagitau aku her reason of quitting her previous job. and she said, when you really depend on Him, He will surely help you. Fc kata lagi, although kerja dia sekarang tak macam dulu such that hujung bulan memang confirm ada gaji (she is doing her own business), when one yakins (what the heck, yakin with an 's'?) that the rezeki comes from Him, Insya Allah ada rezeki itu. tidak perlu berduka atau meminta-minta untuk mendapatkan peluang perniagaan. yang penting usaha. she mentioned further that, memanglah appraisals semua boss or whoever higher that us buat. but mereka hanyalah channel where Allah nak menyalurkan rezeki. kalau memang rezeki kita bonus 8 bulan, Allah jugalah yang menggerakkan hati boss untuk memberi rating super-employee kepada kita. kalau boss tak bagi, bukan rezeki kitalah tu. pehey dok? so tak perlulah kipas boss ke, bodek ke, rasuah ke, or what not. just kerja kerana Allah, lillahita'ala. if we have put all effort but still our appraisals macam HHTA, redhalah kerana ia masih bukan rezeki kita.

tapi bab redha ni aku ada jawab kat Fc, 'tapi kitakan manusia puan, of course we get emotional and kita lupa that penentu rezeki is not manusia. sebab tu lah kita marah-marah, bebel-bebel, geram and maki bagai.' Fc pun membalas 'that is why we have to bring ourselves closer to Him so that kita ingat balik what happen is all His plans.' aku pun akur, ala-ala menundukkan kepala seperti nobita yang kena marah dengan doraemon kerana menyalahgunakan barang-barang hikmat dari poket ajaibnya.

tapi memang betullah. rezeki really is a big word. kita semua tahu macam mana nak guna perkataan rezeki dalam percakapan seharian. tapi do we really dig into its meaning? rezeki can be of many forms. duit confirm lah kan. food, business, pertolongan, kemudahan, orang (jodoh, anak, etc) and whatever one can think of. if it is meant for us, it's ours. if it's not, terimalah dengan hati yang terbuka. marah, emosi, jealous semua tu biasalah. we are only human, flesh and blood we're made.

aku ada satu cerita pasal rezeki ni. masa nak kahwin dulu, aku memang dah bertekad nak beli sampin bunga tabur untuk laki aku. memang tak ada image lain selain bunga yang bertabur-tabur dalam otak aku ni. bila pergi wisma yakin, aku dengan kawan aku pun bermula dengan masuk ke kedai pertama. konon-konon nak masuk semua kedai la bermula dengan yang first sampailah yang last. sekali masuk kedai no 2 or no 3 aku tak ingat, aku boleh pulak terpedaya dengan pakcik yang jual tu. padahal dia tak lah jual sampin bunga tabur. sampin bunga tabur dah habis. cuma dia bagi sampin yang berwarna seperti apa yang aku nak dengan corak yang tak berapa tabur. tanpa berfikir ada banyak lagi kedai nak pergi, dengan tiba-tiba aku setuju nak beli sampin tu. bila dah keluar kedai baru sedar, apasal boleh beli sampin tu? and bila lalu kedai-kedai seterusnya, berlambaklah pula sampin bunga tabur. sungguh tertekan pada waktu itu. bengangnya! kalau nak fikir negatif, aku rasa aku dah kena pukau dengan pakcik tua tu. tapi bila fikir positif, memang rezeki pakcik tu pada hari tu. so terpaksalah laki aku tak pakai sampin tabur masa nikah. takpe, tetap henshem. muahahahahahaha!

so itulah, cerita rezeki pada kali ini.


1 comment:

Mami Sati said...

makcu, nak gmbr pegi singapore boleh x? saye puny ehenpon punye memory card rosak......