banyak cerita, tapi tak tahu nak tulis yang mana. nak mula dengan yang mana.
ok topik yang aku tengah minat sekarang is of course not football or world cup, is (sambungan ayat asal) kesedaran sivik. aspek ini sangat menarik terutama apabila kita nak kaitkan pandai atau bijak atau berpelajaran dengan akal yang mempunyai sedikit elemen sivik.
kadang-kadang orang kata orang pergi universiti, oh ok, pergi bermaksud belajar di universiti, bukan setakat pergi nak jumpa kawan atau pergi nak dapat cop hal ehwal pelajar untuk dapat netbook free bila sign up streamyx, selalunya atau kebanyakkannya berkesedaran sivik. entah ya, aku tak pasti pula kaitan universiti dengan kesedaran sivik. or to make it more general, orang yang berpelajaran, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi? berpelajaran di sini tak semestinya sampai universiti. boleh ke kita equate-kan?
educated = civic minded (???)
dalam kes ideal, sepatutnya boleh. tapi secara realiti, i don't think so. contoh paling dekat is tadi when aku jumpa dengan seorang kawan lama. dia seorang lelaki yang merokok. rilek jek campak puntung rokok merata-rata. aku dah marah dia tadi. see? dia berpelajaran, sekarang berjawatan pengurus, cakap selalu nak menang, cakap orang putih juga suka kuat-kuat. tapi buang puntung rokok merata? ada kesedaran sivik ke macam tu? alasan dia tak disediakan tong sampah. well you can always keep the cigarette butt in your pocket mr manager, can't you?
lagi satu contoh. aku keluar dengan tiga orang kawan menaiki kereta. sangat susah mencari tempat letak kereta sampai seorang daripada penumpang menyuruh si pemandu meletakkan kereta di tempat letak kereta orang kurang upaya. so aku pun marah kawan yang memberi cadangan tadi. untuk makluman, si pemberi cadangan juga pernah berpelajaran.
contoh lagi, aku sedang menunggu roommate ambil aku dari sebuah pusat membeli belah. tempat aku berdiri kebetulan sebelah dengan tempat letak kereta kurang upaya. tiba-tiba ada satu kereta dengan laju dan selamba park dekat situ. sungguh hangin rasa di hati rasa macam nak pergi tegur. tapi bila isi kereta mula keluar, mak aihhh macam gangster. terus tak jadi which is aku rasa not good dalam menegakkan hak. hahaha. poyor. so aku anggap mereka memang tak ada otak. eh tak salah. otak semua orang ada, akal sahaja yang membezakan. so otak ada tapi akal di lutut. hehe. tapi kes ni aku tak pasti gangster-gangster tu berpelajaran ke tidak. nampak gaya suka berpeleseran. haha.
oh lagi satu isu, tong sampah kitar semula. dah la kau tak sokong kitar semula, please jangan semakkan tong biru, oren dan coklat dengan sampah yang tiada kaitan dengan gambar yang ditunjukkan. tension tau bila aku nak buang barang-barang yang aku kumpul untuk kitar semula tapi tengok-tengok dah penuh dengan sampah lain. bongok la wey! dilema tau.
so kesimpulan, dalam usaha kerajaan untuk menghapuskan peperiksaan upsr dan pmr, mungkinkah kerajaan perlu fikir untuk mewujudkan pula subjek sivik? yang aku pernah dengar, dulu-dulu ada subjek seumpama itu. aku rasa orang malaysia memang kena train on these aspects. sangat tak majulah. malu ok? macam mana nak jayakan kempen buang sampah ikut jenis ni? konon-konon kerajaan nak buat 2013. tapi kalau dari sekarang tak dididik, sampai bilalah tak guna tong warna warni tu.
dan aku sangat musykil kenapa kempen tak guna beg plastik hanya dibuat di selangor? aku sangat sokong kempen itu. buatlah satu negara. barulah rock!
aduhai, macam mana nak ajar orang berfikir?
untuk kertas, kaca dan plastik
sekian, bebelan untuk hari ini. semoga rakyat malaysia akan lebih maju mindanya.
No comments:
Post a Comment