Thursday, July 30, 2009

berpuasa dan berkebun

sesungguhnya aku berpuasa. huk huk. copeklah maghrib. boleh gitu? macam budak kecil baru belajar puasa. masa muda dulu (sekarang pun masih muda), aku rajin juga puasa-puasa sunat ni. rileks je. tapi sekarang ni ada kelemahan sedikit. pagi-pagi dah rasa kelaparan. sepatutnya semakin hari semakin hebat. macam main barn buddy. bila dah naik stage boleh tanam sayur yang lebih mahal. aku baru dapat tanam kentang. kira ok lah tu. sebab sebelum ni tanam sayur yang memang diberi kepada beginner iaitu terung, carrot dan turnip. turnip dalam bahasa melayu apa? sengkuang ke? aku terjebak dengan perkebunan alam maya ni sebab lim dengan uncle la. mereka yang pengaruh. bila aku cuba, alamak! ketagihlah pulak. aku rasa mungkin ini perasaan yang dialami oleh pekebun-pekebun sebenar. bila dah dapat hasil, semakin bersemangat nak menanam. tapi berkebun ni aku percaya kena sabar. sebab pokok yang ditanam bukan boleh mengeluarkan hasil dalam masa semalaman. macam pokok dalam barn buddy dan juga cerita jack and the beanstalk. masa nak beli biji benih, dah tulis berapa lama pokok tu nak keluarkan hasil dan berapa banyak. cool kan? kalaulah tanam pokok sebenar boleh tau macam tu, senanglah nak buat bajet. contoh tanam pokok durian dah tau akan keluar berapa banyak. wooo best ah!

ha lepas tu kan, barn buddy ni boleh main dengki-dengki. kita boleh curi sayuran orang atau letak serangga perosak dan lalang pada pokok orang. comel jek. uncle dengki kat aku. aku baru nak start dah curi sayur-sayur aku. sebab siapa sign up untuk barn buddy, terus dapat sayur free yang boleh dituai. kelakarlah barn buddy. kalau bapak aku tau pasal barn buddy, rasa-rasanya dia nak main tak? sebab bapak aku ni barn buddy yang real. otai tanam-tanam pokok. bila aku balik mesti nak bagi pokok. bila aku bawak balik pokok, mesti pokok tak jaga. bila tak jaga, mestilah sakit sebab diserang serangga atau penyakit lalu mati. bila dah mati, tak ada lah pokok. tapi setakat hari ini, pokok yang masih bertahan adalah pokok limau purut, pokok serai, kucai, pandan (walaupun dah sedikit mutasi), dan cili api (HSMTM).


ok soalan hari ini, apakah yang aku maksudkan dengan HSMTM? siapa jawab aku belanja! huehuehue.

oh ya, aku dah ada bagasi baru. weehuuuu! ini untuk jalan-jalan dan bersosial.

kalau nak, silalah ke etsy, search untuk bayanhippo. sangat suka ia tidur pun rasa nak pakai beg. hmm (bayangkan beg itu di rumah).

Tuesday, July 7, 2009


Allah peliharakan Sultan
Anugerahkannya segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

i love johor!


ps: L, aku dedicate ini dan imej pisang salai di dalam otak untuk kau dengan ucapan makan benda tu pun nak sorok ke?


kerjaya ajaib lagi murni

dalam dialog pergi kerja bersama dengan rakan se-carpool, kami akan terbincang tentang kerjaya-kerjaya yang melibatkan pakaian seragam atau lebih glamour dipanggil uniform apabila ternampak akan kenderaan anggota yang berpakaian seragam ini seperti kereta polis, jip jpj, feri sekolah atau lori bomba. kemudian kami akan buat senarai kelebihan dan kekurangan pasukan-pasukan tersebut. kesimpulannya kami sangat kagum dengan kerjaya seorang abang bomba yang bertugas di bawah jabatan eh sila taip bermula dengan huruf besar ya, kerana itu kata nama khas, cikgu shamsiah ajar. ok Jabatan Bomba. eh tu dulu. sekarang dah jadi Jabatan Bomba dan Penyelamat. memang kagum gila tak boleh blah kalau tak ada bomba di muka bumi ini.

  • kalau haiwan terperangkap celah bangunan ke atas pokok ke dalam longkang ke, panggil bomba.
  • nak tangkap haiwan liar yang tiba-tiba berada di tempat yang tak sepatutnya seperti ular sawa batik bapak besar yang perabis ayam dalam reban orang kampung, pun panggil bomba.
  • orang hilang dalam hutan, panggil bomba.
  • orang terjatuh dalam lombong ke tali air ke sungai ke perigi ke, panggil bomba.
  • rumah terbakar sah-sahlah panggil bomba, siap ada lagu lagi - rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.
  • kalau ada orang yang tak berapa stabil tiba-tiba panjat billboard kat tepi jalan lepas tu tak mahu turun, punnn panggil bomba.
  • bila ada tanah runtuh, confirm la bang bomba juga di-hello.
  • banjir juga tidak dilupa, abang bomba datang dengan bot pula.
  • nak sahkan bangunan dan rumah selamat, kena cari ahlil bomba juga.
  • lepas tu bila nak buat latihan kebakaran, pasti mencari bomba lagi.
banyak bukan tugas seorang bomba? aku rasa apa-apa kerja yang pasukan uniform lain tak buat, tolak je ke bomba. cayoklah abang bomba. semua benda boleh buat. multitasker dan heroic juga. oleh itu mari kita menghargai abang bomba yang jujur dan ikhlas dalam tugasnya. yang main-main boleh blah. seperti abang bomba pojaan hatiku ini.



keh keh keh. oh abang bomba berdagu lekuk, i lap u too lah!


Tuesday, June 30, 2009

hari dia

selamat hari ulangtahun kekanda. konon-konon nak buat dialog cerita bangsawan. yuck! yuck! uwekk! harkkk ptuih ptuih! aku pun geli. hahaha.

semalam adalah hepi bdayday (macam ijudin selalu kata) roommate. walaupun dah bagi hadiah beberapa bulan lebih awal, saya tak sampai hati pula nak memberi ucapan sahaja pada hari yang sebenar. lalu telah menempah kek cawan berperisa lemon kranberi dihiasi coklat ganache dengan logo arsenal yang boleh dimakan (translation of lemon cranberry cupcakes topped with chocolate ganache with edible arsenal emblem, hehehe) dari bake-freshly.

inilah dia kek cawannya. imej dari telefon tangan saya yang telah jatuh banyak kali.



Tuesday, June 23, 2009

not so secret recipe

bersyukur kerana kehadiran sifat R dalam diri ini pada sewaktu ingin venture into another project. hehe. lagipun buat-buat hepi poppa's day. eh masa mommy's day pun aku masak? di manakah keadilan sejagat? hehe

ok cabaran kali ini pula datang tanpa disedari (baca ala-ala wartawan program explorace). sewaktu menggunakan hand mixer, whisk dia asyiklah berlaga dan stuck. hmm pelik sungguh. dulu guna tak ada apa-apa pulak. lalu ambil screwdriver mata philips dan dismantle hand mixer itu. owh! whisk holder di dalam telah patah. a few cooling blades juga barai. apa pasal la time tu nak jadi? setelah tidak berjaya assemble semula (kalau berjaya pun, efficiency cuma less than 40% with one whisk in use, and overheating of the mixer, ecehhh cover, injiniur habis la tu) aku pun guna senduk kayu ajaib untuk memukul cream cheese yang sangat berat itu.

mak nak menangis! lalu terbayang orang dahulu kala membuat kuih bahulu tanpa sebarang teknologi. berjaya jek. apa pasal aku kena mengalah? (ayat poyor untuk menaikkan semangat sendiri) lalu aku meminta pertolongan roommate. terima kasih poppa kerana menjadi pemutar ajaib saya. abuak! setelah siap, inilah hasilnya. taraaaaa!



presenting the last piece yang sedang mengalami kepupusan dan proses luluhawa. tak sempat aku ambil gambar the whole cake. ini sahaja yang ada. so apa ada lah. hehe

thank you baby for being brilliant

i am thankful to the Almighty for His endless blessings.

ok, ayat macam puisi-puisi shakespear. kenapa? sebab umar telah membuat drama pada pagi semalam, isnin 28 jamadilakhir. eh esok 1 rejab, nak puasalah. kena ingatkan roommate, kena ingatkan mak, kena ingatkan semua orang. apa umar buat? kita terjah memori semalam (baca ikut intonasi abang nas kerinting).

rutin biasa pada waktu pagi adalah menghantar umar ke rumah pengasuh. di pertengahan jalan singgah di stesen mobil ingin mengisi bahan api ke dalam tangki kereta. oh tahukah anda kedai serbaneka di mobil menjual air oren twister dengan harga yang lebih murah dari membeli air itu di 7-11? boleh jimat 40sen. ok sambung balik. masukkan kad kredit ke mesin pam. card declined. apa da? ingat aku banyak hutang ke? dukung umar, masuk ke dalam kedai dan cuba terus di mesin kad kredit. berapa kak? penuhlah. cuba 50 boleh? ok lah, 50 pun boleh. transaksi diterima. berjaya. lalu ke pam untuk mengisi. letak umar dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu, tutup pintu takut dia keluar, pegang badan (body) kereta untuk discharge electrostatic (poyor) lalu mengisi. bila habis, cuba buka pintu. WHATTT??? umar yang bijak sudah mengunci pintu demi keselamatannya. aku ulang tajuk entry ini, thank you baby for being brilliant.

ok bertenang. kunci kereta dalam kereta, bukan pada posisi ON. tingkap semua rapat. apa nak buat? suruh umar tarik door lock. umar, tarik kunci ni sayang. tarik kuat-kuat nak. sambil di sebelah tangan memegang oreo, sebelah tangan lagi mencuba. riak wajahnya menunjukkan door lock yang ketat. lepas tu umar pun main-main steering, gear. dia ingat aku gurau-gurau agaknya tak nak masuk ke dalam kereta dan biar dia main sorang-sorang. sabar je. puas aku suruh dia buka door lock, dan budak mobil tu pun tolong tunjuk-tunjuk door lock pada umar, umar masih rileks macam tak ada apa-apa berlaku. selamatlah tu konon lepas kunci diri dalam kereta. aku pun pinjam handphone budak mobil dan call roommate. minta dia patah balik, ambil spare key di rumah dan datang selamatkan kami di mobil.

setelah lama rasa selamat, umar baru perasan keadaan itu bukanlah sesuatu yang selamat rupanya. lalu umar mula menangis sambil berfikir (aku rasalah kan) kenapa mak tak masuk-masuk ke dalam kereta? bila dia menangis, aku pun panik sikit. cepatlah laki aku ni sampai, hatiku berdetik. dalam usaha menenangkan umar yang comot dengan kesan-kesan hitam oreo, roommate pun sampai umpama kaber hero kaber zero sambil membawa kunci spare. haha. pintu dibuka dan umar minta didukung. eh sebelum tu kenalah lap-lap dulu mulut, tangan, pipi bagai. habis kereta pun penuh kesan oreo. dah lap semua, roommate yang hantar dia ke rumah pengasuh sebab jam menunjukkan pukul 0740. pejabatku adalah 54 km away. pukul berapa aku nak sampai? takpe, alang-alang lambat, tak perlu gopoh gapah.

sampai office, isi sahaja lampiran A, dengan alasan berlaku kecemasan di rumah. hehe. minta boss sign, settle sudah! hmm umar, umar.


locked-up

to me, the moral of the story:
  1. do not leave toddlers unattended.
  2. if they should be left in the vehicle, strap them in their seats. take the car keys with us, and wind down the window halfway. the best is take them with us.
  3. have a duplicated car key in our wallet or purse.

Tuesday, June 9, 2009

tomodachi

best-nya cuti. sangat malas untuk bekerja hari ini. nasib baik ada email izzie menceriakan keadaan. membalas email dia juga dapat memberi sedikit modal untuk berlakon busy di kubikel biruku. 

izzie, if you are reading this, mu memey behh! tiba-tiba kecek kelate? sebab laki u kelate. hahaha. perlu ke? ok bercakap normal. izzie ni mula-mula encounter dia adalah sewaktu tingkatan 1K di sekolah berasrama penuh. kenapa orang selalu macam tersasul asrama dengan asmara? abaikan. izzie ni adalah deskmate aku masa kelas nihonggo, iaitu kelas bahasa jepun. kan ke masa kelas tu murid-murid bertebaran pergi kelas 1T untuk arab dan bilik apa tah namanya untuk french. tapi budak-budak nihonggo ni remain dalam kelas 1K tak payah bergerak-gerak. so kenalah duduk rapat-rapat. izzie pun duduklah sebelah aku sebab deskmate asal pergi kelas french. serious-lah wey we could not live without each other. sebab kami memang akan meniru sewaktu testo-shimasu. dan juga ketawa-ketawa kecil bila sensei cerita asal usul huruf-huruf jepun. lawak ah! oh oleh kerana kami belajar jepun, nama juga haruslah dijepunkan. so nama izzie jadilah ichian, nama aku fajira. pergh bunyi ala-ala erra fazira. ekekeke. kami remain deskmate bahasa jepun  masa 1st year je. sebab bila form 2 aku dan ichik  tukar kelas. deskmate jepun juga tukar. but anyhow, kami remain close until today even dah beranak pinak. ko la ichik beranak pinak, aku beranak jek. hehe. 

ichik, diriku (muda dan unmarried time tu :p), lenn, sewaktu reunion 2006. 
lenn adalah deskmate asal ichik masa 1K, tapi lenn ambil french

diri dan ichik semasa majlis resepsi tokrah

eh macam mana boleh cerita pasal ichik? takpelah, klmj sebentar. ok sebenarnya adalah hari ini aku telah ter-mistaken (bunyi macam mr mistaken, hehe) hari jadi kawan dengan kawan yang lain. sangat horror, adakah ia kesan melahirkan (delivery)? dah 2 tahun aku silap. bongok yang tak dapat dimaafkan, padahal kawan dengan dia dah bertahun-tahun sejak baru dapat period (exaggerate). maafkan daku ya H (eh initial dia sama macam roommate). terima sahajalah hadiah pemberianku pada hari ini. i hope you like it, as much as i do (eh hadiah siapa sekarang?).