Thursday, July 30, 2009

berpuasa dan berkebun

sesungguhnya aku berpuasa. huk huk. copeklah maghrib. boleh gitu? macam budak kecil baru belajar puasa. masa muda dulu (sekarang pun masih muda), aku rajin juga puasa-puasa sunat ni. rileks je. tapi sekarang ni ada kelemahan sedikit. pagi-pagi dah rasa kelaparan. sepatutnya semakin hari semakin hebat. macam main barn buddy. bila dah naik stage boleh tanam sayur yang lebih mahal. aku baru dapat tanam kentang. kira ok lah tu. sebab sebelum ni tanam sayur yang memang diberi kepada beginner iaitu terung, carrot dan turnip. turnip dalam bahasa melayu apa? sengkuang ke? aku terjebak dengan perkebunan alam maya ni sebab lim dengan uncle la. mereka yang pengaruh. bila aku cuba, alamak! ketagihlah pulak. aku rasa mungkin ini perasaan yang dialami oleh pekebun-pekebun sebenar. bila dah dapat hasil, semakin bersemangat nak menanam. tapi berkebun ni aku percaya kena sabar. sebab pokok yang ditanam bukan boleh mengeluarkan hasil dalam masa semalaman. macam pokok dalam barn buddy dan juga cerita jack and the beanstalk. masa nak beli biji benih, dah tulis berapa lama pokok tu nak keluarkan hasil dan berapa banyak. cool kan? kalaulah tanam pokok sebenar boleh tau macam tu, senanglah nak buat bajet. contoh tanam pokok durian dah tau akan keluar berapa banyak. wooo best ah!

ha lepas tu kan, barn buddy ni boleh main dengki-dengki. kita boleh curi sayuran orang atau letak serangga perosak dan lalang pada pokok orang. comel jek. uncle dengki kat aku. aku baru nak start dah curi sayur-sayur aku. sebab siapa sign up untuk barn buddy, terus dapat sayur free yang boleh dituai. kelakarlah barn buddy. kalau bapak aku tau pasal barn buddy, rasa-rasanya dia nak main tak? sebab bapak aku ni barn buddy yang real. otai tanam-tanam pokok. bila aku balik mesti nak bagi pokok. bila aku bawak balik pokok, mesti pokok tak jaga. bila tak jaga, mestilah sakit sebab diserang serangga atau penyakit lalu mati. bila dah mati, tak ada lah pokok. tapi setakat hari ini, pokok yang masih bertahan adalah pokok limau purut, pokok serai, kucai, pandan (walaupun dah sedikit mutasi), dan cili api (HSMTM).


ok soalan hari ini, apakah yang aku maksudkan dengan HSMTM? siapa jawab aku belanja! huehuehue.

oh ya, aku dah ada bagasi baru. weehuuuu! ini untuk jalan-jalan dan bersosial.

kalau nak, silalah ke etsy, search untuk bayanhippo. sangat suka ia tidur pun rasa nak pakai beg. hmm (bayangkan beg itu di rumah).

No comments: