Friday, May 29, 2009

stop harrassing me please?

jakun ke, jaki ke, or maybe prestigous sikit aku guna hardup la. orang melayu kata hadap je. mana satu eh?

aku memang tak fahamlah kalau orang yang bergaji besar sangat bergantung harap dengan claim. serious tak boleh nak buat kaitan. kalau kau sangat suka dengan duit claim, please jangan susahkan orang lain. or in this case, harrass aku. kau ingat kerja aku nak proses claim kau ke? as if la kau dah tak ada duit sangat nak hidup sekarang ni? gaji baru je dapat 26 hb hari tu kan? chillex man! kau ingat email dengan sms kau tu aku suka? annoying gila ok? gila mengganggu ketenteraman minda aku. aku dah inform awal-awal, aku akan buat part aku dengan segera. so sekarang silalah ada iman yang penuh di dada untuk menunggu cheque kau. hish, tak boleh pergi la dengan mentality orang macam ni.  

cerita orang lain pula, tiba-tiba seat aku ni jadi hot sebab orang lain yang aku tak nak deal dengan mencari-cari aku. sebab? ya, tidak lain dan tidak bukan, duit. claim la. wey, aku nak deal dengan orang lain. aku tak nak deal dengan kau. aku tak suka la kau. boleh tak aku cakap macam ni? hahaha. ha lagi sekali la hadap sangat dengan upah harian tu. gaji kau besar la wey, i repeat BESAR. apa sangat la claim seratus lebih dengan gaji kau yang aku agak-agak dalam 10 ribu tu? walaupun kau cakap passion kau tinggi menggunung, aku rasa passion terhadap duit lagi melangit kot. aku  memang tak sangkalah kau jenis ni. nampak macam respectable, tapi aku rasa aku cuma respect kau as a human. not as before. sorry.

anyway, a collegue just recently emailed me on seeing the positive despite the negativity. with this i conclude, aku kena bersyukur kerana sekarang aku berada dalam position yang penting, yang dicari-cari oleh mereka ini, kerana dengan claim yang tak berapa sangat tu, dapat memberi kehidupan lebih baik kepada mereka. konon-konon macam besar sangatlah kuasa aku. padahal setakat settle-kan claim je, i.e. isi borang and bagi boss aku sign. kuli je beb! hahahaha. 


kau sms: macam mana claim saya? aku: delete mesej kau. MNL (malas nak layan)!

Friday, May 22, 2009

banyak perkara banyak cerita

when was the last update? ok tak kisah, kita teruskan dengan cerita yang baru. memang banyak sangat happenings sampai tak tercerita. i was on leave yesterday to act on some personal matters. banyak benda berjaya dibuat. sangat berbaloi percutian bersama sang teman sebilik. pagi-pagi lagi dah export si kecil ke rumah pengasuh. kemudian kami berdua merempit ke destinasi-destinasi yang telah dirancang. it was quite impressive to complete all except one task. berikut adalah senarai tempat yang telah dikunjungi:
  1. auction at malaya high court
  2. ijm land office and its housing site
  3. irb office
  4. epf office
  5. the store, as in the supermarket
  6. the dentist, tapi tak buat pun scaling sebab malas nak tunggu doctor yang rehat lama
  7. 2 more property developer offices
  8. pakcik ais kacang dan cendol kegemaran
on top of that, bila balik rumah, i managed to bake 5 pans of pizzas (hnss hnss dengan diri sendiri) and cooked masak lemak ketam for dinner. phew! what a day! nasib baik kelas tuition dah ganti awal-awal. so bolehlah rehat time malam. 

bukan pizza yang aku buat, hanya penyeri

anyhoo, am considering of privatising this page. tapi tengoklah macam mana. sebab kadang-kadang aku rasa macam nak emo lebih. tapi biasalah time emo meluap-luap tu tak ada la pula nak terus tulis dalam ni kan. bila dah postpone, emo pun hilang. nak cerita pun tak berapi dah. so macam tak tercapai pula objektif nak buat-buat private. tengoklah macam mana. hehe.


Tuesday, May 5, 2009

meringue vs mereng

meringue
  • how do you actually pronounce that?
  • it is me-reng as in 'me' in menyampah and 'rang' the past tense of ring. got it?
  • hahaha. apakah signifikan? tiada motif spesifik. suka-suka sahaja.
  • meringue is actually egg whites beaten with sugar until fluffy. and then baked in oven till golden brown.
  • aku sendiri rasanya tak pernah merasa meringue. or maybe pernah tapi terlupa. sebab jarang nak jumpa benda alah ni unless makan di tempat-tempat hebat di mana nama hidangan pencuci mulut adalah panjang dan mungkin susah nak sebut tidak seperti sago gula merah, bubur caca atau pengat pisang.
meringue yang telah sedia untuk dimakan
mereng
  • ini pula? mereng as in tak betul, menghampiri gila atau masa kecil dulu kita panggil otak tak sentel (center? kalau otak tak center, senget sebelah? hahaha. biasalah time budak-budak. main cakap je)
  • ada seorang ni, aku rasa kadang-kadang dia mereng. kadang-kadang ke? or maybe some other times aku consider dia totally mereng.
  • kenapa dia mereng? aku pun tak pasti apa penyebab kemerengannya.
  • sifat mereng itu selaluya akan menyebabkan orang sekeliling dia geram dan marah terhadapnya. aku tidak terkecuali.
  • untuk meredakan kemarahan aku selalu menggunakan konsep 'maafkanlah dia. dia mereng hari ni'.
Numbered List
illustrasi mereng

kesimpulan:

meringue adalah lebih baik dari mereng. sekian.