Wednesday, April 29, 2009

4 Jamadilawal 1430 Hijrah

...iaitu hari ini. hehe.

ok pagi-pagi lagi sudah kalut sebab minute of meeting tak siap. meeting pukul 8.15 pagi. malam semalam buat minute tapi tak bawa balik kertas yang digunakan untuk jot down minute. nasib baik ada email keramat yang dapat memberi sedikit sebanyak input. so siapkan cepat-cepat sebelum 8.15 dan terus email. sekali seorang pembantu peribadi menelefon mengatakan tarikh pada minute tak tukar. sepatutnya 22 tapi maintain 15. reply all pada sent email, meminta maaf.

kemudian kalut tak jumpa kunci kabinet yang diletak bersama pendrive dan kunci laptop. cuak gila sebab kena mengajar. kalau tak jumpa kunci, mampus tak boleh buka kabinet, tak boleh ambil projector, tak boleh ambil charger laptop, tak boleh charge laptop. macam mana ni? ok cancel dulu appointment breakfast dengan pasangan jenayah (partner in-crime?). nasib baik dah beli kuih senyum, kuih tayar dan karipap daripada makcik kegemaran. cuba ingatkan tempat terakhir kunci diletakkan. adakah tercicir di gerai burger? ok cari di dalam laci. laci pertama, tiada. laci kedua, taraaa! fuh lega! oh ini gara-gara cari borang cuti untuk seorang rakan semalam.

terus ke kelas. dan menjalani saat-saat di pejabat seperti sediakala.

kalut

Wednesday, April 22, 2009

bagaimana nak melihat kecantikan seseorang

aku suka satu falsafah seorang kawan aku ni. dia kata,

'kalau kau nak tengok orang tu cantik ke tak, cuba kau hitamkan muka dia. kalau masih cantik, memang confirm dia cantik'.

maksud hitamkan di sini adalah bukan ambil arang atau cat hitam lalu kita hitamkan muka target kita. tetapi cuma bayangkan rupa target tadi sekiranya dia berkulit gelap. oh maaf. jangan salah anggap. aku tak cakap orang yang berkulit gelap tu tak cantik. aku pun coklat. cuma masyarakat kita ni lah yang dah buat satu standard. bila orang tu kulit cerah jek, lawa. bila putih jek, cantik. so in order to test the standard, kita gunalah panduan kawan aku tu. sejak aku tahu falsafah tu, aku memang berpegang kepadanya. hehehe. macam apa pulak.

contoh orang kulit gelap yang cantik adalah seperti azah aziz. ala pelakon cinta antara benua tu. bukan mak kepada gabenor bank negara ya. itu tak aci. dia memang putih. lagi siapa ya?

hmmm....

kalau kat malaysia ni aku rasa susahlah nak cari calon yang sesuai. sebab depa sure make up bedak kow-kow punya kasi nampak cerah. hehe. oh ya cheryl samad juga manis. who else ni? payahnya nak pikir. malaslah.

nota kaki: teknik ini hanya sah digunakan ke atas masyarakat melayu. untuk bangsa lain, keputusan tidak sah.

Wednesday, April 15, 2009

kata akar pada hari ini: cakap

  • kata hari ni boleh tau result. tapi tak pun. postponed katanya. penat aku berdebar-debar. tu la, cakap lebih!
  • bila kita borak dengan orang, dan kita jadi banyak diam sebab tak dapat peluang yang sama nak suarakan pendapat, orang yang kita cakap dengan tu banyak cakap.
  • kalau kita jumpa orang yang suka tukar-tukar apa dia cakap sehingga ke frekuensi selang beberapa minit, tu namanya cakap macam orang tak betul.
  • bila kita jumpa orang yang suka sangat cakap tapi tak buat pun apa yang dia cakap tu, kita panggil cakap tak serupa bikin.
  • kalau ada spesis yang asyik nak cakap orang lain salah, dia saja yang betul (tapi tak la betul sangat) tu namanya cakap macam bagus.
  • ha aku ada encounter dengan satu lagi spesis, kalau email kemain panjang. bila suruh bercakap depan-depan, terus bisu. ni nama dia cakap dalam email.
  • pastu kalau ada orang yang suka kutuk orang tanpa diketahui si penerima kutukan, itu adalah cakap belakang.
  • kalau kita kutuk terang-terangan, kita panggilnya cakap depan-depan.
  • hah pastu ada satu lagi jenis, pantang trigger, dia akan bercaaaaaaaakaappp saja. semua topik dia tahu. orang buat tak layan pun dia syok cakap. kalau boleh duduk office sampai esok pun cerita dia tak akan habis. ni namanya cakap tak berhenti.
  • kadang-kadang bila orang berkata sesuatu, kita hilang idea nak bagi respon yang sepatutnya kepada orang itu lalu senyap. itu adalah tak tahu nak cakap apa.
  • sebenarnya apa yang aku nak cakap adalah, aku dah habis perkataan nak describe tentang seseorang yang aku dah tak larat nak deal dengan (direct translation again?). whatever lah!

Tuesday, April 14, 2009

memang benar penantian itu satu penyiksaan

corresponding to this, tomorrow is the day. and i've been getting various dreams regarding it. kalau nak suh pentafsir mimpi tafsirkan pun aku bet dia pening. weyyy aku tak la pikir beriya pun but i guess my subconscious mind is having some kind of process on the matter. hahaha. apakah? adakah kalau tak dapat, subconscious mind aku akan ubah balik keputusan? well, am not putting too much hope, but of course ada sekelumit lah kan. takkan tak ada langsung. might as well tak payah datang hari tu. so the result iiisssss...jeng jeng jeng! esok lah gua buzz! chow!

Monday, April 13, 2009

lagho...lagho...

isk isk...i have a long list of to-do things. tapi apabila aku menjengah ba-ya-ba-ya aku telah terpengaruh altho i am aware that dia tiada intention untuk mempengaruhi aku. hehehe. ini kau punya pasal B. aku tetap nak salahkan kau. hehe.

anyways, template ini adalah cubaan testing 1, 2, 3. alamak testing testing ni teringat cerita mat noor kushairi and the velvet boys la weyyy. sokmo la testing before kugiran dia nak start gigg dekat rumah orang kahwin. hahaha. ceritu tu sangat kelakar ok sampai aku terbayang-bayang aksi setiap kugiran member. hebat betul si pengarah. buat cerita lawak yang boleh menghantui penonton. aku tak sure sape, it's either along kamaruddin or mamat khalid. whoever lah. tapi drama itu adalah batu, wattah? the drama rocks. haha bongok cuba buat-buat direct translation.

cukup-cukup. kena berhenti. banyak benda nak buat. dah lah nak cuti. sila berhenti menaip sekarang. tata pembaca. hingga ketemu lagi. kalau ada masa boleh cari template yang lebih sejahtera.

nota kaki: lusa adalah hari selepas esok. nantikan!