Friday, February 27, 2009

out of nowhere

i believe owning a dslr is worth every penny spent if you really have the eyes.

i know one could learn. but i strongly believe the talent that makes the difference (tengok orang angkut dslr ke sana ke mari menjadi seperti satu allergen kepada saya. it's not that i am jealous, but sudah pernah terkena seorang pemunya dslr mengaku dia boleh ambil gambar tapi rupa-rupanya tah hape-hape. saya juga tersilap kerana tidak pay attention kepada ayat dia 'boleh ambil gambar'. wey semua orang boleh ambil gambar! aku pun boleh. it should be 'boleh ambil gambar cun gila kau akan rasa nak tengok gambar aku ambil setiap hari sampai kau tidur pun termimpi-mimpi').

oleh itu janganlah terpedaya - kalau bawa kamera besar, orang itu adalah hebat. dia mungkin seorang pelajar bidang fotografi, atau dia mungkin bawakan kamera mak dia sebab mak dia pergi ke tandas, atau dia mungkin pelancong, atau dia mungkin terikut-ikut trend masa kini bawa kamera besar ke hulu ke hilir.

sekian sahaja, luahan rasa. sekiranya anda pemunya dslr, saya percaya anda bukan seperti individu yang saya ceritakan seperti di atas. semoga berjaya dengan hobi atau bisnes fotografi anda.

tiada kaitan: tadi surf on vaio-p. gila stylo! seperti mahu tetapi masih waras untuk memikirkan yang ia adalah dalam kategori 'seronok dimiliki / kehendak', bukan 'wajib dimiliki / keperluan'.

...randomly

  • i love channel 551, i agree the world is just awesome. (note to mike rowe: u are one cool guy!).

  • i have a lots of recepis to try, just could not find the time and ingredients.

  • i love books so much, feel like owning a bookstore or a perpustakaan bergerak (what do you call that in english?)

  • i hate to admit the country politics is in turmoil. i just get sick seeing politicians talking on tv.

  • i now realize that microwave can do more harm than good. and i mean real harm it put our lives in DANGER.

  • i need to update my saving book, eh silap it's actually book with an 's'..hihihi.

  • i have to finish up reading the risk report, which i found so mind-numbing.

  • i may want to consider doing mathematics when i am bored.

  • i think i need to get a haircut.

  • i am craving for something chocolatey.

  • i feel like getting son another pair of shoes.

  • i want to get a 3G broadband modem but it is still expensive, am gonna wait till the price goes down (gua ni cheapskate cakap luh).

  • i want to get a new digital camera.
  • i wish to get the greenpan that channel 703 is offering (mahal melampau macam tak logik kecuali bila pakai tu aku boleh jadi tukang masak hebat macam jamie oliver atau nigella or at least chef wan, or maybe the kuali can cook for me while i'm watching the tele..huhu).

  • i need to finish the book i am reading now, else i will not start reading the other book that i bought some time ago (padahal hati sangatlah nak baca buku baru itu).

  • i wish for a picnic at the park or by the beach.

mari bersuka-suka

aku tak suka la...tak suka! ada macam-macam aku tak suka nih. dari tak suka jadi geram. hish!

...however..i do not want to sound very negative. so jadilah ia seperti di bawah (in a way, this could calm me down):

  1. saya suka orang yang rajin.
  2. saya suka orang yang memudahkan orang lain.
  3. saya suka orang yang memberikan tugasan dengan betul dan wajar (bukan main bagi sebab kau tak nak buat and kau tak tau nak suruh siapa buat and kau tau orang tu macam boleh buat atau most likely akan menerima sahaja apa kau suruh, err bolehkah difahami ayat aku ni?).
  4. saya suka orang yang bijak.
  5. saya suka orang yang konsisten dalam keputusan, pertuturan dan perbuatan.
  6. saya suka orang yang praktikal.
  7. saya suka orang yang suka bekerjasama.
  8. saya suka orang yang rasional.
  9. saya suka orang yang dapat menghulurkan bantuan dengan ikhlas.
  10. saya suka orang yang mengutamakan kekemasan dan kebersihan.
  11. saya suka orang yang sederhana.
  12. saya suka orang yang ceria dan tidak mudah mendapat ayunan mood (mood swings?).
  13. saya suka orang yang tidak suka mengambil tahu hal orang lain, sekiranya tidak berkaitan.
  14. saya suka orang yang memenuhi janjinya.
  15. saya suka orang yang memberi semangat dan motivasi.

banyak lagi kalau nak disenaraikan. but i think those are the highlights. i realize, human is the most difficult to deal with. but i also believe things will not be as bad as u imagine. just be positive!

Wednesday, February 18, 2009

lalalalala

..so much thing to tell. so much thing to share. but i do not know where to start. end up malas terus nak tulis apa-apa. so cuma nak tulis ni jek la. hehehe

Friday, February 6, 2009

orang kata the best things in life are free

ye ke? mari kita tengok apakah benda-benda yang percuma itu?

...qada’ hajat. kenapa ia percuma? kerana perasaannya datang secara tiba-tiba. tak pernah pula saya dengar kes di mana kita perlu bayar 50sen untuk mendapatkan perasaan untuk buang air kecil atau besar. cuma bila kita nak buang air kecil atau besar tu mungkin kena bayar seperti tandas di stesen bas. kalau tandas di stesen rehat dan rawat, percuma, sama macam perasaannya.

...makan dan minum. sama juga seperti di atas. tak perlu bayar untuk mendapatkan perasaan nak makan fillet-o-fish, atau ayam kentucky hot n spicy atau ikan siakap 3 rasa dol tomyam. bila kita nak dapatkan makanan-makanan tersebut baru kena bayar.

...tidur. tetap sama seperti 2 perkara di atas. tak perlu bayar untuk rasa mengantuk. tapi bab ni best sikit sebab selalunya tak perlu juga membayar bila nak tidur kecuali kita nak tidur di hotel, motel, rumah tumpangan tong seng atau rumah-rumah lain yang sewaktu dengannya.

...manusia. hah? apakah? oh maksud saya seperti memiliki mak, bapak, adik, pasangan, anak, kawan, saudara, dan sebagainya. untuk memiliki mak bapak memang tak perlu bayar sebab mereka wujud dulu dari kita. hehe. memiliki pasangan dan anak juga tak perlu bayar. Cuma masa nak kahwin kena keluar duit yang banyak, dan seterusnya nak maintain hidup dengan mereka. dan sewaktu nak melahirkan serta membesarkan anak juga memerlukan duit yang saaaaaaaangaattttt banyak. tak terkira banyaknya.

...perasaan. seperti 3 perasaan-perasaan di atas, kita memang tidak perlu membayar apa-apa untuk berasa geram, sayang, kejam, cinta, marah, di awang-awangan dan apa-apa juga perasaan yang ada di dunia ini. kalau tak, letih la semua manusia di muka bumi ini. sebab kita sentiasa berperasaan. sikit-sikit keluarkan duit. sikit-sikit bagi singgit. mau bankrap. tak sempat buat apa-apa dah habis duit. tapi, comelkan kalau kita kena bayar setiap kali berperasaan. contohlah minah A suka kat mamat B. baru jek nak suka dah kena bayar singgit. tu tak kira lagi bila dia ternampak mamat tu lalu depan food court time nak pergi class. sure excited punya. cuba kira kalau sehari nampak dua kali. setiap kali excited kena bayar rm1. dah rm2. kalau tiap-tiap hari nampak sebulan dah rm60. setahun? kalau sepanjang 3 tahun kat uni asyik nampak jek? mau beribu. bila excited lebih jek kena charge lebih. hahahaha. tapi nak bayar kat mana? kaunter kewangan uni tu terima ke? kah kah kah. bongok pulak bila fikir.

...and last sekali aku terfikir is kentut. kenapa? sebab aku nak terkentut. jap eh (preeettttt prutttttt). fuh lega! dan menjimatkan. wakakakaka. maaflah perenggan ini gross sikit..tapi macam korang tak kentut..ak enna!

si comel ini boleh hadir dengan percuma dalam hidup kita :)

Wednesday, February 4, 2009

discovery: travel and living sleeping

i did not snore, did i??

malam tadi kami kena masuk bilik tidur awal karena si kecil tidak mahu tidur. so dalam jam 2230 kami buat-buat tidur di atas katil dengan harapan si kecil akan tidur. setelah beberapa minit berlakon, akhirnya si kecil berjaya juga tidur. dengan kejayaan ini, mak bapak si kecil turut berjaya tidur.

tapi pagi tadi roommate telah berkata dia terkena serangan gastrik dalam jam 0030. lalu bangun untuk membuat rutin agar kesakitan berkurangan. sewaktu bangun dia menyatakan bahawa saya berdengkur di dalam tidur. sungguh tidak percaya. tetapi dia ada bukti. cheh! rupanya dia merekod bunyi 'muzik' tersebut. lalu roomamate membuka handphone-nya dan memainkan fail yang bertajuk 'kroh2'. hampeh bukan??

sanggup dia berusaha di tengah-tengah malam semata-mata untuk merekod ayunan muzik mendayu-dayu roommate dia ini. tskkk.

it was so unbelievable listening to my own snoring. unbelievable sebab horror-nya bunyi itu! sangat tak boleh dipercayai. omg! roommate siap tanya penat sangat ke aku kerja semalam? as far as i am concerned, semalam was like every other day. dah la bila balik aku tak masak pun. so apa yang aku penatkan? tapi kalau consider accumulated penat, aci tak? penat yang dulu-dulu punya. hahaha.

oleh itu, haruskah aku membeli breathe right (ye ke nama dia ni?)? ala menda alah yang letak kat hidung masa tidur yang mana iklan dia dilakonkan oleh eizlan yusoff dan isteri itu? hihi.