Thursday, August 14, 2008

typical I

so far my son is enjoying the food that i made for him. preparing his food really requires extra effort i.e. thinking (how to variety his food), energy (besides cooking for the two of us), and time (the cooking is usually done after our dinner).
until today, food that have officially become his menu are carrot, spinach, pumpkin, banana, mango and apple. for the unofficial list, u name it. even durian has come to his little taste buds. tu tak termasuk yang unedible such as kertas, sydney the kangaroo dan lain-lain. haha. the vegetables are strained together with rice porridge while the fruits are strained on its own. i will cook the food and my roommate will do the straining. sampai melecet tangan dowhhh. semangat tak?
but meddling with this cooking-for-child stuff has given me an idea on how they come out with the bottled fruit juice for infants. masa beli tu ingatkan depa blend the fruits kan, but this is how they do it. let say you want to make apple juice. first, wash, skin and pit the apple. then cut into smaller pieces. boil the apple in very little water. once it started to boil, slow the heat, cover the pot and let it simmer until the apple is soft enough to be meshed. at this point, you will be able to smell the sweet, acetone-like aroma of the apple. when the apple is cooked, turn off the heat and let it cool. pour the juice into a container and refrigerate. mesh the apple. simple right?
you can use the same method for other fruits as well like except for banana. all you have to do is just mesh the sweet yellow fruit straight away.
macam kelas memasak la pulak kan? later!

Thursday, August 7, 2008

bersahaja

proven that i am not a hardworking blogger. mula-mula tu sajer je konon nak test bakat terpendam dalam diri ini. rasanya aku memang ditakdirkan supaya lebih baik tidak menulis blog. but since it has been created, biarlah coretanku ini menyemakkan server blogspot ni. hehehe.

Thursday, July 31, 2008

tak tau nak letak tajuk apa

orang kata 'if you fail to plan, then you plan to fail'.

tapi masalahnya ada spesis manusia ni yang suka mensukarelawatikan diri untuk plan hidup orang lain or should i say nak plan hidup aku? apakah? don't you have other better things to do? letih la aku nak layan kau wahai perancang kehidupan orang lain eh silap wahai perancang kehidupan aku. boleh tak for once ko buat-buat putus asa? so sekarang dalam pepatah di atas kat manakah posisi aku? sebab aku tak plan pun. atau adakah aku akan fail dari segi membenarkan orang lain plan? hmm...

Thursday, July 3, 2008

dictate.dictation

masa sekolah-sekolah dulu korang ada tak sesi 'spelling and dictation' dalam kelas english? ala macam program tv spell-it-right tu? kadang-kadang ada spelling aje..kadang-kadang combo dengan dictation..ikut mood cikgu la. aku ingat lagi kalu cikgu english nak buat menda tu, diorang akan kasi a list of word yang akan disuruh eja dan juga satu perenggan untuk kita study ejaan kata-kata di dalamnya dan juga punctuation-nya. antara cikgu-cikgu english yang aku ingat:

1. mrs. pong

masa darjah 1 mana la reti cakap english kan. aku pulak bukanlah dari background yang english-speaking sangat. setakat yes-no-ok tu bolehlah..haha. so mrs. pong ni memang tak boleh orang buat salah. pantang sungguh. mesti dia lukis bulatan atas lantai guna kapur putih and suruh budak yang buat salah tu berdiri dalam bulatan tu. aku pun tak sure apa signifikan tindakan dia time tu. adakah dengan berdiri di dalam bulatan itu kita akan tiba-tiba menjadi pandai english?

2. miss leela

mungkin sekarang dah mrs kot dan dah pencen. aku suka dia sebab dia baik dan suka kasi star. hehe. kalau kerja kemas, takde salah dan tulisan cantik (ehemmm) misti dapat stiker bintang. macam-macam warna beb. kalu dah hantar homework aku tak sabar nak dapat balik buku sebab nak kira bintang. hahaha. objektif aku time tu adalah mengumpul bintang. sebab tu masih tak pandai english walaupun bintangku banyak.

3. mrs. thambu

nama pun thambu. aku kurang gemar dengan cikgu ni. dah la dia tak kurus lepas tu suka plak mengemam tembakau dalam mulut. eh bukan ke kita takleh makan masa dalam kelas? dahtu apsal mrs. thambu buat camtu? apa pasal la aku tak argue perbuatan dia masa tu ek? dol keropok betul. anyway, si thambu ni pun ada penyakit denda. denda paling aku ingat was satu kelas kena jemur tengah-tengah panas sebab kitorang bising. dan-dan la aku demam esoknya. tapi kerana semangat setiakawan yang utuh, aku datang gak sekolah. bleh main macam-macam weyyy. hehe. satu lagi penyakit dia adalah baling kapur. pantang tengok orang tertido or terbercakap dalam kelas. memang tepat balingan dia. aku pun pernah kena satu das. haha. come on la korang. whatda ya expect untuk sekolah petang? ngantuk tahap gaban kan?

4. miss flora

korang rasa dia ada tak kembar nama fauna? ya atau tak? mana ada daa. aku sajer jek. hehe. miss flora ni rambut panjang. tulisan sambung dia a.k.a. cursive writing sangat la cantik. aku sangat minat. dia juga merupakan seorang guru muzik yang berbakat. apart from piano dia juga boleh main gita y'all. suara juga sedap ala-ala high pitch. hebat kan? untuk pandangan aku sebagai seorang murid darjah 3 masa tu memang la hebat. dia ni takder hal sangat dengan aku. so rating dia tinggi lah. hihi.

anyway kalau cakap pasal dictation di sekolah, aku tak kisah pun kalau cikgu nak dictate banyak-banyak kali. cuma yang aku geram is bila orang cuba nak dictate apa aku buat dalam hidup. ni yang bleh buat aku marah tau! hangin betul kalau aku dok ingat insiden-insiden bila orang cuba plan hidup aku. cuba korang teka sape? hehehe.

Monday, June 30, 2008

geram

semua orang mesti pernah rasa geram. ada yang tak pernah? please bagitau aku. kadang-kadang aku berazam tak nak geram. tapi mesti ada makhluk atau benda yang akan menguji keazaman aku untuk tidak menggeram. lalu aku pun tergeram. nasib baik bila geram aku tak mengeram. kalau mengeram aku dah jadi macam ayam. hehe

ok back to the real story.

sebenarnya aku takde niat pun nak buat blog. tapi sebab kes aku geram lalu aku pun terpikir la nak melepas geram di blog. takkan aku nak lepas geram dekat H aku kan? kalu dia yang buat aku geram lain la. hehehe. kalu orang yang related dengan H pulak buat aku geram for sure aku takkan lepas geram dekat H. nak mati? peperangan pasti akan meletus pulak. so apa kata aku geram dalam blog. sape nak marah aku? kalu korang adalah orang yang buat aku geram sure lah korang marah. kalau tak buang masa korang jek untuk geram kat aku. so dengan mewujudkan blog ni, aku pun macam jadi salah sorang yang terikut-ikut dengan trend zaman sekarang la. sukati korang lah nak cakap apa. dah tajuk pun merapu, merepek dan meraban so apa-apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis jek la kan. hihi