Monday, November 15, 2010

nikmat dan rahmat


...terasa seperti mahu menangis bila memikirkannya

Thursday, November 4, 2010

i

...can't be someone else
...am so far away from perfect
...try to be better each day


Monday, October 18, 2010

Monday, October 11, 2010

trapped

...in between being a melayu and a muslim. i bet there are some who feel the same way.


Tuesday, September 28, 2010

you had your time, let me enjoy mine. thank you.


Friday, September 3, 2010

brotherly love

showing off his 'guitar'


mandi manda di lawn atok bapak yg sekangkang anak kera - shot dari celah pokok selasih


pose dgn adik


lagi dgn uzair


shot by umar - ada bakat tak? hehehe


dua-dua lepas mandi


Add Video

Monday, August 30, 2010

ramadhan al mubarak

tak ada apa nak cakap kerana kena syiam, hasil mendengar ceramah ustaz zulramly. cuma nak tepek ini.



ustaz kazim juga rock! sila youtube dia. sekian, selamat berbuka. hari ni berbuka di rumah orang. terselamat dari trouble untuk berfikir nak makan apa, nak pergi param mana, nak minum air apa. oh tak juga, kena fikir nak sahur apa. takpe, at least lambat sikit kena fikir. bye!

eh jap, ada sikit nak tulis, ni namanya getek:

post partum hair loss boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan. orang tua kata bila anak kecil mula main air liur, rambut maknya akan gugur. tak ya puan-puan. ini adalah dinamakan keguguran rambut post partum. post partum dalam bahasa melayu apa? jap aku bukak google translate. ok, tak membantu langsung, sama gak bunyinya dalam bahasa melayu - post partum. rambutku di mana-mana. arghhhh! walaupun aku baru jek sapu rumah. kalau boleh jual tahan la sikit. dapat pendapatan sampingan. hehehe.




Thursday, July 8, 2010

engkau yang bernama seri

oh i'm so happy i don't have to attend the meeting, i cannot do any work now other than surfing the net. ok, kalau kena pergi pun tak boleh buat kerja sebab stress kena pergi meeting di petaling jaya pukul 2, pukul berapa meeting itu akan habis dan pukul berapa aku nak balik rumah? so let me jot something down here.

aku tengah baca reader's digest july issue. tertarik dengan sesuatu. aku reword so that it is so related with what we (the office crew) are facing now.

'i have always preferred someone over someone else. i try to hide it but i can't help it. is this normal?'

jawapan:

'bla..bla...bla....this will damage your relationship with them and their relationship with each other. get professional help.'


hahahaha. KAU la tu. dengan ini, aku yakin dengan instinct aku yang kau memang perlukan bantuan. i repeat GET PROFESSIONAL HELP!



Friday, July 2, 2010

kempen mari gunakan akal

banyak cerita, tapi tak tahu nak tulis yang mana. nak mula dengan yang mana.

ok topik yang aku tengah minat sekarang is of course not football or world cup, is (sambungan ayat asal) kesedaran sivik. aspek ini sangat menarik terutama apabila kita nak kaitkan pandai atau bijak atau berpelajaran dengan akal yang mempunyai sedikit elemen sivik.

kadang-kadang orang kata orang pergi universiti, oh ok, pergi bermaksud belajar di universiti, bukan setakat pergi nak jumpa kawan atau pergi nak dapat cop hal ehwal pelajar untuk dapat netbook free bila sign up streamyx, selalunya atau kebanyakkannya berkesedaran sivik. entah ya, aku tak pasti pula kaitan universiti dengan kesedaran sivik. or to make it more general, orang yang berpelajaran, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi? berpelajaran di sini tak semestinya sampai universiti. boleh ke kita equate-kan?

educated = civic minded (???)

dalam kes ideal, sepatutnya boleh. tapi secara realiti, i don't think so. contoh paling dekat is tadi when aku jumpa dengan seorang kawan lama. dia seorang lelaki yang merokok. rilek jek campak puntung rokok merata-rata. aku dah marah dia tadi. see? dia berpelajaran, sekarang berjawatan pengurus, cakap selalu nak menang, cakap orang putih juga suka kuat-kuat. tapi buang puntung rokok merata? ada kesedaran sivik ke macam tu? alasan dia tak disediakan tong sampah. well you can always keep the cigarette butt in your pocket mr manager, can't you?

lagi satu contoh. aku keluar dengan tiga orang kawan menaiki kereta. sangat susah mencari tempat letak kereta sampai seorang daripada penumpang menyuruh si pemandu meletakkan kereta di tempat letak kereta orang kurang upaya. so aku pun marah kawan yang memberi cadangan tadi. untuk makluman, si pemberi cadangan juga pernah berpelajaran.

contoh lagi, aku sedang menunggu roommate ambil aku dari sebuah pusat membeli belah. tempat aku berdiri kebetulan sebelah dengan tempat letak kereta kurang upaya. tiba-tiba ada satu kereta dengan laju dan selamba park dekat situ. sungguh hangin rasa di hati rasa macam nak pergi tegur. tapi bila isi kereta mula keluar, mak aihhh macam gangster. terus tak jadi which is aku rasa not good dalam menegakkan hak. hahaha. poyor. so aku anggap mereka memang tak ada otak. eh tak salah. otak semua orang ada, akal sahaja yang membezakan. so otak ada tapi akal di lutut. hehe. tapi kes ni aku tak pasti gangster-gangster tu berpelajaran ke tidak. nampak gaya suka berpeleseran. haha.

oh lagi satu isu, tong sampah kitar semula. dah la kau tak sokong kitar semula, please jangan semakkan tong biru, oren dan coklat dengan sampah yang tiada kaitan dengan gambar yang ditunjukkan. tension tau bila aku nak buang barang-barang yang aku kumpul untuk kitar semula tapi tengok-tengok dah penuh dengan sampah lain. bongok la wey! dilema tau.

so kesimpulan, dalam usaha kerajaan untuk menghapuskan peperiksaan upsr dan pmr, mungkinkah kerajaan perlu fikir untuk mewujudkan pula subjek sivik? yang aku pernah dengar, dulu-dulu ada subjek seumpama itu. aku rasa orang malaysia memang kena train on these aspects. sangat tak majulah. malu ok? macam mana nak jayakan kempen buang sampah ikut jenis ni? konon-konon kerajaan nak buat 2013. tapi kalau dari sekarang tak dididik, sampai bilalah tak guna tong warna warni tu.

dan aku sangat musykil kenapa kempen tak guna beg plastik hanya dibuat di selangor? aku sangat sokong kempen itu. buatlah satu negara. barulah rock!

aduhai, macam mana nak ajar orang berfikir?


untuk kertas, kaca dan plastik

sekian, bebelan untuk hari ini. semoga rakyat malaysia akan lebih maju mindanya.



Thursday, June 17, 2010

Friday, April 16, 2010

the truman show 2

geng blogger sangat mempengaruhi each other ek? aku wonder kenapa. dah lama benda ni aku notice cuma tak berkesempatan nak tulis jek. aku dah la mim-alif-lam-sin nak update blog. tapi hari ni macam terajin. lega sebab paperwork yang boss mintak dah email, kertas soalan and skema yang dato saigon mintak pun dah hantar. lepas ni aku malas dah nak bukak laptop ni. hehe. sure ke malas? bukak laptop ni kalau nak access email office jek. oh for information, aku sedang cuti berpantang. hehe. rajin tak rajin check email office. lepas ni kalau setakat nak surf, boleh guna komputer rumah jek. anak aku pun bukan boleh tengok laptop ni. mesti nak buat aksi jurutaip 100 perkataan per minit. konon-konon laju gila taip tapi taip tah hape-hape la kan. haha. ni mesti mendapat inspirasi bila tengok aku menaip. indirectly nak cakap aku taip laju la kan. hahaha. boleh blah!

oh back to geng blogger. baik aku define dulu, geng blogger yang dimaksudkan adalah sekumpulan penulis blog yang mempunyai kesukaan (interest) yang sama. kalau sorang suka bag gucci, yang lain pun suka. sorang suka kamera besar, yang lain pun suka. sorang pandai masak tomyam, yang lain pun nak masak tomyam. macam tu lah. yang hairan, bila sorang kata suka ni, dan-dan la yang lain pun suka. lepas tu apa yang diorang tulis mesti satu tema. contoh tema: hadiah dari husband. dan-dan la husband yang lain pun romantik and belikan hadiah or buat surprise yang unexpected. sampai apa yang diorang tulis boleh menimbulkan rasa was-was. ye ke life diorang macam tu? kalau ya takpe lah. aku kagum sebab kehidupan mereka ala-ala kehidupan yang sempurna. but come to think of it, when one is so absorb into blogging, mestilah nak tulis benda-benda yang best and happening jek kan. takkan lah gaduh dengan husband nak tulis. takkan lah masak telur goreng and makan dengan kicap jek nak masukkan dalam blog? gila tak hip and hap y'all! so bangun-bangun tidur jek kenalah fikirkan something yang best untuk dibuat supaya boleh diblogkan. bosannya hidup geng blogger yang begitu. sebab tiap-tiap benda kau nak masukkan dalam blog. kalau tak nanti blog tak update, pastu tak ada komen, lepas tu kau paranoid sendiri ingatkan server blogger down. ak enna, boleh tak chillex? sila menjalani hidup secara normal.

lagi satu, geng blogger mak-mak. aku pun mak orang jugak. tapi geng ni mesti nak potray bahawa mereka adalah isteri dan mak yang berkaliber dalam semua bidang. u name it man, jahit baju, masak, jaga anak, kemas rumah, potong rumput, buat kek, dan macam-macam lagi kemahiran domestik yang berkaitan. bak kata mereka adalah superwoman. kadang-kadang macam nak tengok siapa lebih hebat. alahai, silalah bertenang.

entah ya, maybe mereka rasa platform blog ni untuk tujuan sebegitu kot. tak kisahlah. this is a free country. cuma aku rasa lawaklah sebab bila orang buat benda tu, yang lain pun nak ngikut. sometimes ikutan tu tak last. ikut trend jek. so berbaloi ke? mungkin ya jika untuk tujuan blogging ;)




Monday, February 8, 2010

pathetic malaysian

siapa tak pernah tengok iklan yang feature adlin aman ramli dalam lrt tidur and buat-buat tak nampak golongan yang memerlukan tempat duduk lebih dari dia?

ok sekarang adalah waktu bercerita tentang situasi yang sama, cuma featuring aku dan rakyat malaysia lain yang sangat budiman. hahaha. weekend lepas adalah hari minggu yang aktif untuk seorang aku yang kini agak kurang upaya kerana saiz badan yang lebih besar dari biasa.

masuk komuter, penuh. cuba mencari tempat duduk kosong, nampaknya tiada. cuba menunggu seseoang menawarkan tempat duduk dia, tiada juga. ok people, can't you see my protruding belly? ayat dalam hati. tiada respon. bukanlah aku sangat tidak berupaya untuk berdiri menunggu penumpang lain turun di stesen pilihan mereka dan meninggalkan tempat duduk mereka kosong untuk aku duduk. tapi tercetus pula di minda untuk uji tahap kebudimanan dan kesedaran sivik di kalangan rakyat malaysia. tetttttttttttt! gagal sama sekali.

bukan sekali ok over the last weekend, tapi 2 kali. first time, i was travelling alone. maybe my belly was unnoticeable enough to let them know that i'm in the priority list for the seat. second was with roommate and umar. terang-terangan laki aku mendukung anak aku, tetap jual ikan tanak offer seat. fine! anak aku pun rajin nak berdiri sambil memegang tiang besi di tengah-tengah ruang koc (buruknya ejaan dalam bm) komuter. ternyata rakyat malaysia sangat mundur mindanya. tapi dressing nak maju y'all! ala-ala black eyed peas. isk, aku serios tak faham apa dalam fikiran mereka. does it take a genius to see if orang tu tua ke, ada bawa anak ke, mengandung ke, kurang upaya ke? aku siap tanya roommate, 'saya ni nampak macam buncit sebab obese ke?' sebab situasi yang berlaku menyebabkan aku jadi tak sure dengan keadaan fizikal diri sendiri. hahaha.

anyways, aku rasa masa aku sekolah rendah dulu pernah je offer seat pada orang yang kurang upaya (tapi bukan oku) masa naik bas awam, balik dari kelas tambahan. terasa seperti tengah shooting tv pendidikan, subjek pendidikan moral. hehe. time tu belum ada degree pun nak pastikan orang yang aku offer seat tu memang deserve the seat.

memang menyedihkanlah rakyat malaysia. hard up sangat dengan kemajuan, benda asas dalam hidup pun tak boleh grasp. takkan cara berfikir pun nak ajar? mungkin antara petikan dalam buku teks subjek 'cara menggunakan otak di tahap optimum' ialah 'sekiranya anda rasa macam sakit kepala yang mild dalam beberapa nanosaat, ini bermakna neuron di otak sedang berhubung dan memindahkan isyarat elektrik kepada organ dan motor tertentu dalam badan untuk anda bertindak balas. inilah dia petanda yang anda sedang menggunakan otak anda' :P


Thursday, January 21, 2010

friends are like chocolate chips in a cookie

thanks hood for the uplifting conversation that we had today. i really need my chicken soup now. i miss you la babe. when can we meet again after the last encounter in 2006? haha. but allow me to get in shape dulu ok?

i am desperate to get out of where i am in now. sungguh tak sihat rasanya environment di sini. too much of politics. boss kata politik terjadi apabila ada lebih dari 2 orang. haha. sangat compact definition dia. saya sangat suka! talking about getting out, banyak benda nak fikir. banyak sangat berfikir pun tak bagus. it wont make me a rocket scientist pun. talking about rocket, aku tak faham kenapa malaysia nak kecoh sangat pasal wedding dR sMs sampai nak kena jemput astronaut dari 35 buah negara. and of course all is paid for lah kan. kalau tak, takkan angkasawan tu semua nak datang. they dont even know dR sMs, i am so sure! and for all you know, dR sMs pun bukanlah seorang angkasawan. dia hanyalah seorang pelancong angkasa, space tourist for god sake! bodoh tahap tak boleh dibayangkan oleh seorang yang waras tau siapa punya idea nak organize such a big wedding. and sebagai salah seorang pembayar cukai yang berjaya, aku rasa of course lah duit rakyat yang akan digunakan untuk sponsor para astronaut tu datang malaysia. sumpah ini memalukan tahap global! tak boleh terima wey keadaan ini! dR sMs of course lah redha kan sebab orang lain yang akan buat benda-benda tu on his behalf. entah-entah dia tak payah keluar modal pun kan. isk i dont know what to say lah.

ok back to banyak benda nak fikir. bila bangun pagi, you know what to expect for the day. it has been like that for a period of time. and suddenly you want to change it. haruslah banyak uncertainties. tapi sometimes uncertainties are good. orang kata harung je. barulah kita live every moment. or the feeling i have now results from comparing too much with those who are more fortunate. ok please define 'more fortunate'? laptop ada anti virus yang paling power di dunia? kereta dengan keupayaan penjimatan minyak paling tinggi? kebolehan membuat soft cookie seperti double choc coconut caramel di famous amos? (sumpah cookie itu sangat sedap aku terbayang-bayang sampai sekarang, rugi semalam tak beli 10 keping) atau menjalankan multilevel marketing hingga ke tahap dapat komisen 5 angka pada setiap bulan? hmm susahnya menjadi orang dewasa. hahaha ok tak tiba-tiba conclude macam tu.

macam ni lah, i will just proceed with what i have started. at the same time, life and dream must go on. reminding myself again, rezeki is up to Him. kita hanya kena usaha dan yakin.

good and positive people, come to mama. the not-so-good ones, jangan kacau gua. shohhh jauh-jauh! i have other better things to do rather than semakkan kepala fikir macam mana nak avoid kau. chalo!


Monday, January 11, 2010

rythm and ragam

kan best kalau boleh belajar psikologi. bolehlah aku faham behaviour orang-orang di sekeliling aku yang pelbagai. or maybe aku lebih faham behaviour aku sendiri. hahaha. because sometimes, bila kita faham benda-benda macam ni, ia akan membantu kita dari banyak segi like interpersonal communication, employee management or maybe anger management. betullah human resource is the most difficult resource to manage. sebab manusia ni macam-macam perangai.

sebab nak cater ke-macam-macam-an ni lah kita juga akan act or behave macam-macam. macam macam-macam aznil. hehehe. relevan ke?

ok aku sebenarnya malas nak update. tapi aku notice satu perangai manusia, on their way untuk upgrade diri menjadi alim, mereka akan act awkwardly, orang di sekeliling akan memberi remarks, macam ni ke orang alim? i am not generalizing tapi dah jumpa beberapa living proofs. ok kalau remarks daripada sesama agama aku macam boleh terimalah lagi. but what if orang yang agama lain? memalukan bukan? entahlah ya. mungkin itu ujian untuk mereka. lagi cuba nak jadi alim, lagi tak apply. boleh sakit otak tau deal dengan orang macam ni sebab kita tend to fikir neuron mereka yang mana telah disconnected. kenalah minum susu wey yang kaya dengan DHA, ARA dan SA. barulah sel-sel otak berhubung dan proses pembelajaran akan berlaku dengan berkesan. hahahaha.

aku harap kalau aku nak upgrade-kan diri aku tak end up jadi spesis macam ni lah. takutlah menjadi irritant kepada sesama manusia. orang tak suka. nauzubillah.