Thursday, July 3, 2008

dictate.dictation

masa sekolah-sekolah dulu korang ada tak sesi 'spelling and dictation' dalam kelas english? ala macam program tv spell-it-right tu? kadang-kadang ada spelling aje..kadang-kadang combo dengan dictation..ikut mood cikgu la. aku ingat lagi kalu cikgu english nak buat menda tu, diorang akan kasi a list of word yang akan disuruh eja dan juga satu perenggan untuk kita study ejaan kata-kata di dalamnya dan juga punctuation-nya. antara cikgu-cikgu english yang aku ingat:

1. mrs. pong

masa darjah 1 mana la reti cakap english kan. aku pulak bukanlah dari background yang english-speaking sangat. setakat yes-no-ok tu bolehlah..haha. so mrs. pong ni memang tak boleh orang buat salah. pantang sungguh. mesti dia lukis bulatan atas lantai guna kapur putih and suruh budak yang buat salah tu berdiri dalam bulatan tu. aku pun tak sure apa signifikan tindakan dia time tu. adakah dengan berdiri di dalam bulatan itu kita akan tiba-tiba menjadi pandai english?

2. miss leela

mungkin sekarang dah mrs kot dan dah pencen. aku suka dia sebab dia baik dan suka kasi star. hehe. kalau kerja kemas, takde salah dan tulisan cantik (ehemmm) misti dapat stiker bintang. macam-macam warna beb. kalu dah hantar homework aku tak sabar nak dapat balik buku sebab nak kira bintang. hahaha. objektif aku time tu adalah mengumpul bintang. sebab tu masih tak pandai english walaupun bintangku banyak.

3. mrs. thambu

nama pun thambu. aku kurang gemar dengan cikgu ni. dah la dia tak kurus lepas tu suka plak mengemam tembakau dalam mulut. eh bukan ke kita takleh makan masa dalam kelas? dahtu apsal mrs. thambu buat camtu? apa pasal la aku tak argue perbuatan dia masa tu ek? dol keropok betul. anyway, si thambu ni pun ada penyakit denda. denda paling aku ingat was satu kelas kena jemur tengah-tengah panas sebab kitorang bising. dan-dan la aku demam esoknya. tapi kerana semangat setiakawan yang utuh, aku datang gak sekolah. bleh main macam-macam weyyy. hehe. satu lagi penyakit dia adalah baling kapur. pantang tengok orang tertido or terbercakap dalam kelas. memang tepat balingan dia. aku pun pernah kena satu das. haha. come on la korang. whatda ya expect untuk sekolah petang? ngantuk tahap gaban kan?

4. miss flora

korang rasa dia ada tak kembar nama fauna? ya atau tak? mana ada daa. aku sajer jek. hehe. miss flora ni rambut panjang. tulisan sambung dia a.k.a. cursive writing sangat la cantik. aku sangat minat. dia juga merupakan seorang guru muzik yang berbakat. apart from piano dia juga boleh main gita y'all. suara juga sedap ala-ala high pitch. hebat kan? untuk pandangan aku sebagai seorang murid darjah 3 masa tu memang la hebat. dia ni takder hal sangat dengan aku. so rating dia tinggi lah. hihi.

anyway kalau cakap pasal dictation di sekolah, aku tak kisah pun kalau cikgu nak dictate banyak-banyak kali. cuma yang aku geram is bila orang cuba nak dictate apa aku buat dalam hidup. ni yang bleh buat aku marah tau! hangin betul kalau aku dok ingat insiden-insiden bila orang cuba plan hidup aku. cuba korang teka sape? hehehe.

1 comment:

Vida said...

aku teka dalam hati