siapa tak pernah tengok iklan yang feature adlin aman ramli dalam lrt tidur and buat-buat tak nampak golongan yang memerlukan tempat duduk lebih dari dia?
ok sekarang adalah waktu bercerita tentang situasi yang sama, cuma featuring aku dan rakyat malaysia lain yang sangat budiman. hahaha. weekend lepas adalah hari minggu yang aktif untuk seorang aku yang kini agak kurang upaya kerana saiz badan yang lebih besar dari biasa.
masuk komuter, penuh. cuba mencari tempat duduk kosong, nampaknya tiada. cuba menunggu seseoang menawarkan tempat duduk dia, tiada juga. ok people, can't you see my protruding belly? ayat dalam hati. tiada respon. bukanlah aku sangat tidak berupaya untuk berdiri menunggu penumpang lain turun di stesen pilihan mereka dan meninggalkan tempat duduk mereka kosong untuk aku duduk. tapi tercetus pula di minda untuk uji tahap kebudimanan dan kesedaran sivik di kalangan rakyat malaysia. tetttttttttttt! gagal sama sekali.
bukan sekali ok over the last weekend, tapi 2 kali. first time, i was travelling alone. maybe my belly was unnoticeable enough to let them know that i'm in the priority list for the seat. second was with roommate and umar. terang-terangan laki aku mendukung anak aku, tetap jual ikan tanak offer seat. fine! anak aku pun rajin nak berdiri sambil memegang tiang besi di tengah-tengah ruang koc (buruknya ejaan dalam bm) komuter. ternyata rakyat malaysia sangat mundur mindanya. tapi dressing nak maju y'all! ala-ala black eyed peas. isk, aku serios tak faham apa dalam fikiran mereka. does it take a genius to see if orang tu tua ke, ada bawa anak ke, mengandung ke, kurang upaya ke? aku siap tanya roommate, 'saya ni nampak macam buncit sebab obese ke?' sebab situasi yang berlaku menyebabkan aku jadi tak sure dengan keadaan fizikal diri sendiri. hahaha.
anyways, aku rasa masa aku sekolah rendah dulu pernah je offer seat pada orang yang kurang upaya (tapi bukan oku) masa naik bas awam, balik dari kelas tambahan. terasa seperti tengah shooting tv pendidikan, subjek pendidikan moral. hehe. time tu belum ada degree pun nak pastikan orang yang aku offer seat tu memang deserve the seat.
memang menyedihkanlah rakyat malaysia. hard up sangat dengan kemajuan, benda asas dalam hidup pun tak boleh grasp. takkan cara berfikir pun nak ajar? mungkin antara petikan dalam buku teks subjek 'cara menggunakan otak di tahap optimum' ialah 'sekiranya anda rasa macam sakit kepala yang mild dalam beberapa nanosaat, ini bermakna neuron di otak sedang berhubung dan memindahkan isyarat elektrik kepada organ dan motor tertentu dalam badan untuk anda bertindak balas. inilah dia petanda yang anda sedang menggunakan otak anda' :P