Tuesday, September 29, 2009

macam-macam anakanda

ainor, thanks for all the videos. ok tak, masa download tak mintak ijin pun. tiba-tiba thanks. hehe. i just want to share with my friends who knows umar and who have been watching him from the day he came to our life.



the vid was recorded during raya at roommate's parents'. siapa lagi kalau bukan ainor yang melayan. so mari kita layannnnnnnkan juga!


Friday, September 11, 2009

pejam-celik-pejam-celik

tik-tok-tik-tok, jam menunjukkan jam 11.30 malam. (ikut nada dan gaya budak sekolah rendah memulakan kisahnya dalam pertandingan bercerita). itu bunyi jam. kalau bunyi mata pejam-celik-pejam-celik macam mana? hahaha. mengarut!

ok straight to the point. hari ni nak buat-buat cerita pasal anak aku. sedar tak sedar umar dah 20 bulan. phewww! besar dah dia. dah macam-macam skill dia acquire. alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan cerdas setakat ini. semoga dia menjadi anak yang bijak dan soleh seperti khalifah umar al-khattab. amin.

dalam mengharungi hari-hari melihat pembesarannya (ayat tatabahasa sebenar ok?), ada macam-macam gaya dan gelagat yang mencuit hati. tak kurang juga yang menguji kesabaran. macam-macam pe'el. tapi buat masa sekarang, yang mengasyikkan adalah cara umar menyebut banana, papaya, taman. dia sebut baaaaanana, paaaapeyyya (kadang-kadang payayyya), dan tatum. perhatikan ya harkatnya. cuba teka macam mana taman boleh jadi tatum? aku dan roommate pun tak pasti. tapikan tatum merupakan salah seorang nama peserta miss universe 2009 ok? aku tak ingat negara mana. gila cool umar boleh sebut nama international. haha.

mari melihat kejayaan pembesaran umar.


1-day old

rasanya masa ni dalam 3 atau 4 bulan

5 bulan

10 bulan

14 bulan

sekarang, yang tak berapa sekarang tapi dalam tengah tahun ni lah
(thanks ainor for the photo)


Thursday, September 3, 2009

life is like that

  • orang kata lebih baik mati dari hidup banyak masalah. pastikah kita bila kita mati tiada masalah? mungkin tiada masalah kepada kita, tetapi timbul masalah lain kepada orang lain. but ultimately, bersediakah kita untuk mati?
  • orang kata lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang. mungkin ini boleh digunapakai apabila orang tadi memang sentiasa memberi kesusahan kepada yang orang lain. tak pernah sekalipun memberi faedah atau kemudahan kepada orang lain. tapi kita semua tahu setiap manusia yang diciptakan itu pasti ada kebaikan masing-masing yang tersendiri.
  • orang kata malu bertanya, sesat jalan. maknanya kalau kita nak menambah ilmu, kenalah rajin bertanya. tetapi ada pula yang bertambah ilmunya, mula mendabik dada. mula rasa dia tahu semua. mula rasa dia selalu betul.
  • orang putih kata what goes around comes around. setiap perbuatan kita pasti ada balasannya. secara saintifik juga encik newton telah membuktikan dalam hukumnya yang ketiga.
  • orang kata life is like boomerang. whatever you throw will come back to you. ini sebenarnya sama macam yang di atas.
ini orang kata, apa kata orang TU pula?
  • orang TU kata kita kena jadi orang baik. tetapi kenapa DIA tak buat benda yang baik?
  • orang TU kata kalau kita nak buat apa-apa, kena ingat tuhan, ingat mak bapak. tapi kenapa DIA macam tak ingat tuhan, tak ingat mak bapak dia?
  • orang TU kata, kita kena buat baik kepada orang, tapi kenapa DIA buat tak baik pula?
  • orang TU kata, kita jangan dengki. tapi semua orang nampak DIA macam ada perasaan dengki.
  • orang TU kata lagi, kita semua khalifah yang kena memakmurkan dunia ni. tapi kenapa perangai DIA tak macam khalifah?
aku tak nak jadi macam orang TU. aku berdoa aku jadi orang yang baik. aku berdoa supaya Allah memberi aku sedikit sifat-sifatnya yang terpuji. aku berdoa aku mempunyai hubungan yang baik denganNya dan dengan orang di sekeliling aku.

o Allah hear my prayers...


Tuesday, September 1, 2009

randomly ramadhan

  • so far puasa ok. cuma ada hari-hari aku akan menjadi gassy, burp dari bangun pagi sampai waktu nak berbuka. mungkin angin yang keluar boleh inflate swimming pool umar yang masih elok dalam plastik.
  • puasa sewaktu hari bekerja seperti berpuasa di kutub utara. aircond super efficient. aku takut nak mendedahkan kulit walau satu inci persegi kerana kerana takut frostbite. hahaha. masyu kata macam di vladivostok.
  • bila berbuka aku tak boleh nak makan banyak walaupun nafsu sangat menggunung nak telan semua. bila terlebih makan, otot tekak akan mula kembang macam nak mengeluarkan balik makanan yang telah didepositkan.
  • setakat hari ini, aku hanya berjaya tarawikh sebanyak satu (1) malam. ya, rekod yang sangat buruk. ini kerana ketidaklaratan yang melanda, anak aku sendiri hempuk aku dengan baldi pasir piknik dia kerana tertidur sewaktu dia ajak baca buku.