Tuesday, September 1, 2009

randomly ramadhan

  • so far puasa ok. cuma ada hari-hari aku akan menjadi gassy, burp dari bangun pagi sampai waktu nak berbuka. mungkin angin yang keluar boleh inflate swimming pool umar yang masih elok dalam plastik.
  • puasa sewaktu hari bekerja seperti berpuasa di kutub utara. aircond super efficient. aku takut nak mendedahkan kulit walau satu inci persegi kerana kerana takut frostbite. hahaha. masyu kata macam di vladivostok.
  • bila berbuka aku tak boleh nak makan banyak walaupun nafsu sangat menggunung nak telan semua. bila terlebih makan, otot tekak akan mula kembang macam nak mengeluarkan balik makanan yang telah didepositkan.
  • setakat hari ini, aku hanya berjaya tarawikh sebanyak satu (1) malam. ya, rekod yang sangat buruk. ini kerana ketidaklaratan yang melanda, anak aku sendiri hempuk aku dengan baldi pasir piknik dia kerana tertidur sewaktu dia ajak baca buku.


No comments: