tik-tok-tik-tok, jam menunjukkan jam 11.30 malam. (ikut nada dan gaya budak sekolah rendah memulakan kisahnya dalam pertandingan bercerita). itu bunyi jam. kalau bunyi mata pejam-celik-pejam-celik macam mana? hahaha. mengarut!
ok straight to the point. hari ni nak buat-buat cerita pasal anak aku. sedar tak sedar umar dah 20 bulan. phewww! besar dah dia. dah macam-macam skill dia acquire. alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan cerdas setakat ini. semoga dia menjadi anak yang bijak dan soleh seperti khalifah umar al-khattab. amin.
dalam mengharungi hari-hari melihat pembesarannya (ayat tatabahasa sebenar ok?), ada macam-macam gaya dan gelagat yang mencuit hati. tak kurang juga yang menguji kesabaran. macam-macam pe'el. tapi buat masa sekarang, yang mengasyikkan adalah cara umar menyebut banana, papaya, taman. dia sebut baaaaanana, paaaapeyyya (kadang-kadang payayyya), dan tatum. perhatikan ya harkatnya. cuba teka macam mana taman boleh jadi tatum? aku dan roommate pun tak pasti. tapikan tatum merupakan salah seorang nama peserta miss universe 2009 ok? aku tak ingat negara mana. gila cool umar boleh sebut nama international. haha.
mari melihat kejayaan pembesaran umar.
1-day old
rasanya masa ni dalam 3 atau 4 bulan
5 bulan
10 bulan
14 bulan
sekarang, yang tak berapa sekarang tapi dalam tengah tahun ni lah
(thanks ainor for the photo)
1 comment:
umar minat channing tatum g.i joe kot..
huhu
Post a Comment