Tuesday, June 23, 2009

thank you baby for being brilliant

i am thankful to the Almighty for His endless blessings.

ok, ayat macam puisi-puisi shakespear. kenapa? sebab umar telah membuat drama pada pagi semalam, isnin 28 jamadilakhir. eh esok 1 rejab, nak puasalah. kena ingatkan roommate, kena ingatkan mak, kena ingatkan semua orang. apa umar buat? kita terjah memori semalam (baca ikut intonasi abang nas kerinting).

rutin biasa pada waktu pagi adalah menghantar umar ke rumah pengasuh. di pertengahan jalan singgah di stesen mobil ingin mengisi bahan api ke dalam tangki kereta. oh tahukah anda kedai serbaneka di mobil menjual air oren twister dengan harga yang lebih murah dari membeli air itu di 7-11? boleh jimat 40sen. ok sambung balik. masukkan kad kredit ke mesin pam. card declined. apa da? ingat aku banyak hutang ke? dukung umar, masuk ke dalam kedai dan cuba terus di mesin kad kredit. berapa kak? penuhlah. cuba 50 boleh? ok lah, 50 pun boleh. transaksi diterima. berjaya. lalu ke pam untuk mengisi. letak umar dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu, tutup pintu takut dia keluar, pegang badan (body) kereta untuk discharge electrostatic (poyor) lalu mengisi. bila habis, cuba buka pintu. WHATTT??? umar yang bijak sudah mengunci pintu demi keselamatannya. aku ulang tajuk entry ini, thank you baby for being brilliant.

ok bertenang. kunci kereta dalam kereta, bukan pada posisi ON. tingkap semua rapat. apa nak buat? suruh umar tarik door lock. umar, tarik kunci ni sayang. tarik kuat-kuat nak. sambil di sebelah tangan memegang oreo, sebelah tangan lagi mencuba. riak wajahnya menunjukkan door lock yang ketat. lepas tu umar pun main-main steering, gear. dia ingat aku gurau-gurau agaknya tak nak masuk ke dalam kereta dan biar dia main sorang-sorang. sabar je. puas aku suruh dia buka door lock, dan budak mobil tu pun tolong tunjuk-tunjuk door lock pada umar, umar masih rileks macam tak ada apa-apa berlaku. selamatlah tu konon lepas kunci diri dalam kereta. aku pun pinjam handphone budak mobil dan call roommate. minta dia patah balik, ambil spare key di rumah dan datang selamatkan kami di mobil.

setelah lama rasa selamat, umar baru perasan keadaan itu bukanlah sesuatu yang selamat rupanya. lalu umar mula menangis sambil berfikir (aku rasalah kan) kenapa mak tak masuk-masuk ke dalam kereta? bila dia menangis, aku pun panik sikit. cepatlah laki aku ni sampai, hatiku berdetik. dalam usaha menenangkan umar yang comot dengan kesan-kesan hitam oreo, roommate pun sampai umpama kaber hero kaber zero sambil membawa kunci spare. haha. pintu dibuka dan umar minta didukung. eh sebelum tu kenalah lap-lap dulu mulut, tangan, pipi bagai. habis kereta pun penuh kesan oreo. dah lap semua, roommate yang hantar dia ke rumah pengasuh sebab jam menunjukkan pukul 0740. pejabatku adalah 54 km away. pukul berapa aku nak sampai? takpe, alang-alang lambat, tak perlu gopoh gapah.

sampai office, isi sahaja lampiran A, dengan alasan berlaku kecemasan di rumah. hehe. minta boss sign, settle sudah! hmm umar, umar.


locked-up

to me, the moral of the story:
  1. do not leave toddlers unattended.
  2. if they should be left in the vehicle, strap them in their seats. take the car keys with us, and wind down the window halfway. the best is take them with us.
  3. have a duplicated car key in our wallet or purse.

2 comments:

Irrina Sanusi said...

ada talent jd warden penjara ni~
huhu

mE™ said...

wah kretip sungguh ini Umar..
mesti cuak kan mak cu..hehehe ^_^
irr nape dalam benayk2 warden, penjara juga yg di pilih?? bagi lah warder asrama pompuan ker..best skit..