best-nya cuti. sangat malas untuk bekerja hari ini. nasib baik ada email izzie menceriakan keadaan. membalas email dia juga dapat memberi sedikit modal untuk berlakon busy di kubikel biruku.
izzie, if you are reading this, mu memey behh! tiba-tiba kecek kelate? sebab laki u kelate. hahaha. perlu ke? ok bercakap normal. izzie ni mula-mula encounter dia adalah sewaktu tingkatan 1K di sekolah berasrama penuh. kenapa orang selalu macam tersasul asrama dengan asmara? abaikan. izzie ni adalah deskmate aku masa kelas nihonggo, iaitu kelas bahasa jepun. kan ke masa kelas tu murid-murid bertebaran pergi kelas 1T untuk arab dan bilik apa tah namanya untuk french. tapi budak-budak nihonggo ni remain dalam kelas 1K tak payah bergerak-gerak. so kenalah duduk rapat-rapat. izzie pun duduklah sebelah aku sebab deskmate asal pergi kelas french. serious-lah wey we could not live without each other. sebab kami memang akan meniru sewaktu testo-shimasu. dan juga ketawa-ketawa kecil bila sensei cerita asal usul huruf-huruf jepun. lawak ah! oh oleh kerana kami belajar jepun, nama juga haruslah dijepunkan. so nama izzie jadilah ichian, nama aku fajira. pergh bunyi ala-ala erra fazira. ekekeke. kami remain deskmate bahasa jepun masa 1st year je. sebab bila form 2 aku dan ichik tukar kelas. deskmate jepun juga tukar. but anyhow, kami remain close until today even dah beranak pinak. ko la ichik beranak pinak, aku beranak jek. hehe.
ichik, diriku (muda dan unmarried time tu :p), lenn, sewaktu reunion 2006.
lenn adalah deskmate asal ichik masa 1K, tapi lenn ambil french
diri dan ichik semasa majlis resepsi tokrah
eh macam mana boleh cerita pasal ichik? takpelah, klmj sebentar. ok sebenarnya adalah hari ini aku telah ter-mistaken (bunyi macam mr mistaken, hehe) hari jadi kawan dengan kawan yang lain. sangat horror, adakah ia kesan melahirkan (delivery)? dah 2 tahun aku silap. bongok yang tak dapat dimaafkan, padahal kawan dengan dia dah bertahun-tahun sejak baru dapat period (exaggerate). maafkan daku ya H (eh initial dia sama macam roommate). terima sahajalah hadiah pemberianku pada hari ini. i hope you like it, as much as i do (eh hadiah siapa sekarang?).
No comments:
Post a Comment