terhegeh-hegeh
macam penagih ok? aku memang pantang kalu ada stok macam ni. alahai..kesabaran aku amat tipis kalu bab-bab ni. i just can't tolerate ok? by nature or sengaja. boleh tak jangan terhegeh-hegeh please? i don't have all the time in the world la sayaannggg...
buat kerja dua kali
ini juga merupakan pantang. kenapa suka buat kerja dua kali? kenapa tak buat tiga, empat atau lima kali? atau mungkin lapan kali? jawapannya pasti tak nak buang masa. ya, pada saya lebih dari satu adalah banyak. bila kita buat sesuatu kerja banyak kali ia akan mengambil masa yang lebih panjang. sekiranya buat sekali memakan masa 10 saat, buat kerja sebanyak dua kali mungkin memakan masa 13 saat atau mungkin 25 saat. paling cepat pun 10.01 saat. still, kita boleh jimat 0.01 saat. oh maaf, buat kerja dua kali di sini bermaksud, kerja yang boleh disiapkan terus dengan cara yang berkesan. bukan hari ni dah buat, esok buat lagi sekali dengan cara lain, tapi hasil tetap sama. mohon tidak disalah tafsir dengan kerja yang perlu dibuat berulang-ulang. contohnya membuat kek marble. mula-mula tuangkan adunan tanpa warna ke dalam loyang. kemudian diikuti dengan adunan berwarna coklat. ulang lagi sehingga kedua-dua adunan habis. harap para pembaca dapat memahami maksud saya. kalau tak paham jugak, sila abaikan.
beramai-ramai
saya bukanlah seorang yang anti sosial, bukan juga seorang yang begitu ramah tamah sehingga semua benda saya nak buat beramai-ramai. kalau kenduri kendara tu fahamlah kan nak beramai-ramai mengopek (kata akar: kopek, sinonim: kupas) bawang, mengisar cili, mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. tapi sekiranya kerja itu boleh dibuat secara efisyen oleh seorang atau 2-3 orang, tak perlulah nak panggil satu kampung. ini akan menjadikan kerja itu tidak efisyen kerana hanya seorang dua yang akan membuat kerja itu walhal yang lain akan berborak, membuat kerja sendiri, termenung, membuat list groceries yang akan dibeli di hypermarket, berfikir nak makan di mana dan sebagainya. ini bukanlah produktiviti yang kita ingini. betul tak wahai encik boss?
No comments:
Post a Comment