Tuesday, October 7, 2008

hari raya

1. masa budak-budak

tak menyabar nak beraya. tau semua siap. baju kurung, baju tak kurung (gown, blouse, skirt, jeans, etc.), kasut and tah hape-hape lagilah. serba serbi nak ada. time tu tak carik duit sendiri kan. tau ada, pakai, dah boleh jalan beraya. duit raya bagi kat mak mintak dia simpankan. pandai pulak time tu. hehehe.

2. bila dah besar, masih bujang dan belajar

pandailah sikit nak tolong mak bapak. buatkan kuih, kemas-kemas rumah and masak-masak perkara raya. tang duit raya, kita masih jadi penerima. tapi ala-ala malu sikit sebab dah besar tapi masih dapat paket. belum cukup umur nak kena kerja. terpaksalah terima kan? hehe. tapi this time duit raya tak bagi mak simpan. buat belanja sendiri. kata belajar. so mak dengan bapak tak payahlah bagi duit belanja bila nak balik sekolah / kolej / universiti. kang bila duit raya dah habis, baru telefon mintak duit lagi. hihi. oh time ni baju raya, kasut bagai masih ada sponsor. tapi pandai pilih sendiri. kalau mak pilih kang ada jek yang tak kena.

3. dah besar, masih bujang dan dah kerja

ada tanggungjawab sikit kat bahu. tapi tak rebehlah. hehe. tolong-tolong mana mampu. belikan kuih on top of yang dibuat, belikan ole-ole raya dan kena sediakan paket raya. tangan sudah berada di atas sekarang. tidak lagi dibawah. bak kata orang, tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah (time kena bagi dan-dan cakap macam ni kan?) so before raya dok sibuk buat bajet. orang ni nak bagi berapa, kuih nak beli banyak mana, tol and minyak nak balik dan sebahainya. sebahainya tu sebenarnya sebagainya. cikgu sejarah aku dululah sebut macam tu. mungkin cara dia pronounce 'g' tu ikut style 'j' yang dibunyikan macam 'h' seperti di dalam perkataan jojoba. pernah tengok tak iklan syampoo yang sebut hohoba? hehe. aku sangat tak paham time tu kenapa 'j' dibunyikan macam 'h'. so sekarang baru aku paham. ye lah time tu aku kecik dan huhur.

4. dah kahwin, tak ada anak lagi

time ni sibuklah gedik nak buat-buat tema dengan laki. just make sure masing-masing punya barang ada, settle semua. pastu kena ada bab osom nak balik kampung mana dulu. kampung dia ke kampung kita. lain-lain macam biasa jek.

5. dah kahwin, dah ada anak kecik

bila dah ada si kecil, preparation basically sibuk kat dia. orang lain pun ikut sibuk nak belikan baju dia. di samping itu, orang lain turut sibuk nak bagi duit raya dia. so mak dia pun by default dilantik menjadi akauntan yang bertauliah. sibuk bagi orang paket dan sibuk terima bagi pihak anak. although output is not equal to input, balik modal jugaklah sikit. hehehe.

6. anak dah besar dan mumaiyyiz

this one not yet ok? bila tiba masanya boleh tulis.

itulah bits and pieces lah pasal raya at different age range. dulu memang look forward. sekarang ni look forward jugak cuma excitement dia lain macam sikitlah.

selamat hari raya & maaf zahir batin!

No comments: