Friday, September 3, 2010
Monday, August 30, 2010
ramadhan al mubarak
tak ada apa nak cakap kerana kena syiam, hasil mendengar ceramah ustaz zulramly. cuma nak tepek ini.
ustaz kazim juga rock! sila youtube dia. sekian, selamat berbuka. hari ni berbuka di rumah orang. terselamat dari trouble untuk berfikir nak makan apa, nak pergi param mana, nak minum air apa. oh tak juga, kena fikir nak sahur apa. takpe, at least lambat sikit kena fikir. bye!
eh jap, ada sikit nak tulis, ni namanya getek:
post partum hair loss boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan. orang tua kata bila anak kecil mula main air liur, rambut maknya akan gugur. tak ya puan-puan. ini adalah dinamakan keguguran rambut post partum. post partum dalam bahasa melayu apa? jap aku bukak google translate. ok, tak membantu langsung, sama gak bunyinya dalam bahasa melayu - post partum. rambutku di mana-mana. arghhhh! walaupun aku baru jek sapu rumah. kalau boleh jual tahan la sikit. dapat pendapatan sampingan. hehehe.

ustaz kazim juga rock! sila youtube dia. sekian, selamat berbuka. hari ni berbuka di rumah orang. terselamat dari trouble untuk berfikir nak makan apa, nak pergi param mana, nak minum air apa. oh tak juga, kena fikir nak sahur apa. takpe, at least lambat sikit kena fikir. bye!
eh jap, ada sikit nak tulis, ni namanya getek:
post partum hair loss boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan. orang tua kata bila anak kecil mula main air liur, rambut maknya akan gugur. tak ya puan-puan. ini adalah dinamakan keguguran rambut post partum. post partum dalam bahasa melayu apa? jap aku bukak google translate. ok, tak membantu langsung, sama gak bunyinya dalam bahasa melayu - post partum. rambutku di mana-mana. arghhhh! walaupun aku baru jek sapu rumah. kalau boleh jual tahan la sikit. dapat pendapatan sampingan. hehehe.

Thursday, July 8, 2010
engkau yang bernama seri
oh i'm so happy i don't have to attend the meeting, i cannot do any work now other than surfing the net. ok, kalau kena pergi pun tak boleh buat kerja sebab stress kena pergi meeting di petaling jaya pukul 2, pukul berapa meeting itu akan habis dan pukul berapa aku nak balik rumah? so let me jot something down here.
aku tengah baca reader's digest july issue. tertarik dengan sesuatu. aku reword so that it is so related with what we (the office crew) are facing now.
'i have always preferred someone over someone else. i try to hide it but i can't help it. is this normal?'
jawapan:
'bla..bla...bla....this will damage your relationship with them and their relationship with each other. get professional help.'
hahahaha. KAU la tu. dengan ini, aku yakin dengan instinct aku yang kau memang perlukan bantuan. i repeat GET PROFESSIONAL HELP!

aku tengah baca reader's digest july issue. tertarik dengan sesuatu. aku reword so that it is so related with what we (the office crew) are facing now.
'i have always preferred someone over someone else. i try to hide it but i can't help it. is this normal?'
jawapan:
'bla..bla...bla....this will damage your relationship with them and their relationship with each other. get professional help.'
hahahaha. KAU la tu. dengan ini, aku yakin dengan instinct aku yang kau memang perlukan bantuan. i repeat GET PROFESSIONAL HELP!

Friday, July 2, 2010
kempen mari gunakan akal
banyak cerita, tapi tak tahu nak tulis yang mana. nak mula dengan yang mana.
ok topik yang aku tengah minat sekarang is of course not football or world cup, is (sambungan ayat asal) kesedaran sivik. aspek ini sangat menarik terutama apabila kita nak kaitkan pandai atau bijak atau berpelajaran dengan akal yang mempunyai sedikit elemen sivik.
kadang-kadang orang kata orang pergi universiti, oh ok, pergi bermaksud belajar di universiti, bukan setakat pergi nak jumpa kawan atau pergi nak dapat cop hal ehwal pelajar untuk dapat netbook free bila sign up streamyx, selalunya atau kebanyakkannya berkesedaran sivik. entah ya, aku tak pasti pula kaitan universiti dengan kesedaran sivik. or to make it more general, orang yang berpelajaran, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi? berpelajaran di sini tak semestinya sampai universiti. boleh ke kita equate-kan?
educated = civic minded (???)
dalam kes ideal, sepatutnya boleh. tapi secara realiti, i don't think so. contoh paling dekat is tadi when aku jumpa dengan seorang kawan lama. dia seorang lelaki yang merokok. rilek jek campak puntung rokok merata-rata. aku dah marah dia tadi. see? dia berpelajaran, sekarang berjawatan pengurus, cakap selalu nak menang, cakap orang putih juga suka kuat-kuat. tapi buang puntung rokok merata? ada kesedaran sivik ke macam tu? alasan dia tak disediakan tong sampah. well you can always keep the cigarette butt in your pocket mr manager, can't you?
lagi satu contoh. aku keluar dengan tiga orang kawan menaiki kereta. sangat susah mencari tempat letak kereta sampai seorang daripada penumpang menyuruh si pemandu meletakkan kereta di tempat letak kereta orang kurang upaya. so aku pun marah kawan yang memberi cadangan tadi. untuk makluman, si pemberi cadangan juga pernah berpelajaran.
contoh lagi, aku sedang menunggu roommate ambil aku dari sebuah pusat membeli belah. tempat aku berdiri kebetulan sebelah dengan tempat letak kereta kurang upaya. tiba-tiba ada satu kereta dengan laju dan selamba park dekat situ. sungguh hangin rasa di hati rasa macam nak pergi tegur. tapi bila isi kereta mula keluar, mak aihhh macam gangster. terus tak jadi which is aku rasa not good dalam menegakkan hak. hahaha. poyor. so aku anggap mereka memang tak ada otak. eh tak salah. otak semua orang ada, akal sahaja yang membezakan. so otak ada tapi akal di lutut. hehe. tapi kes ni aku tak pasti gangster-gangster tu berpelajaran ke tidak. nampak gaya suka berpeleseran. haha.
oh lagi satu isu, tong sampah kitar semula. dah la kau tak sokong kitar semula, please jangan semakkan tong biru, oren dan coklat dengan sampah yang tiada kaitan dengan gambar yang ditunjukkan. tension tau bila aku nak buang barang-barang yang aku kumpul untuk kitar semula tapi tengok-tengok dah penuh dengan sampah lain. bongok la wey! dilema tau.
so kesimpulan, dalam usaha kerajaan untuk menghapuskan peperiksaan upsr dan pmr, mungkinkah kerajaan perlu fikir untuk mewujudkan pula subjek sivik? yang aku pernah dengar, dulu-dulu ada subjek seumpama itu. aku rasa orang malaysia memang kena train on these aspects. sangat tak majulah. malu ok? macam mana nak jayakan kempen buang sampah ikut jenis ni? konon-konon kerajaan nak buat 2013. tapi kalau dari sekarang tak dididik, sampai bilalah tak guna tong warna warni tu.
dan aku sangat musykil kenapa kempen tak guna beg plastik hanya dibuat di selangor? aku sangat sokong kempen itu. buatlah satu negara. barulah rock!
aduhai, macam mana nak ajar orang berfikir?
untuk kertas, kaca dan plastik
sekian, bebelan untuk hari ini. semoga rakyat malaysia akan lebih maju mindanya.
Thursday, June 17, 2010
Friday, April 16, 2010
the truman show 2
geng blogger sangat mempengaruhi each other ek? aku wonder kenapa. dah lama benda ni aku notice cuma tak berkesempatan nak tulis jek. aku dah la mim-alif-lam-sin nak update blog. tapi hari ni macam terajin. lega sebab paperwork yang boss mintak dah email, kertas soalan and skema yang dato saigon mintak pun dah hantar. lepas ni aku malas dah nak bukak laptop ni. hehe. sure ke malas? bukak laptop ni kalau nak access email office jek. oh for information, aku sedang cuti berpantang. hehe. rajin tak rajin check email office. lepas ni kalau setakat nak surf, boleh guna komputer rumah jek. anak aku pun bukan boleh tengok laptop ni. mesti nak buat aksi jurutaip 100 perkataan per minit. konon-konon laju gila taip tapi taip tah hape-hape la kan. haha. ni mesti mendapat inspirasi bila tengok aku menaip. indirectly nak cakap aku taip laju la kan. hahaha. boleh blah!
oh back to geng blogger. baik aku define dulu, geng blogger yang dimaksudkan adalah sekumpulan penulis blog yang mempunyai kesukaan (interest) yang sama. kalau sorang suka bag gucci, yang lain pun suka. sorang suka kamera besar, yang lain pun suka. sorang pandai masak tomyam, yang lain pun nak masak tomyam. macam tu lah. yang hairan, bila sorang kata suka ni, dan-dan la yang lain pun suka. lepas tu apa yang diorang tulis mesti satu tema. contoh tema: hadiah dari husband. dan-dan la husband yang lain pun romantik and belikan hadiah or buat surprise yang unexpected. sampai apa yang diorang tulis boleh menimbulkan rasa was-was. ye ke life diorang macam tu? kalau ya takpe lah. aku kagum sebab kehidupan mereka ala-ala kehidupan yang sempurna. but come to think of it, when one is so absorb into blogging, mestilah nak tulis benda-benda yang best and happening jek kan. takkan lah gaduh dengan husband nak tulis. takkan lah masak telur goreng and makan dengan kicap jek nak masukkan dalam blog? gila tak hip and hap y'all! so bangun-bangun tidur jek kenalah fikirkan something yang best untuk dibuat supaya boleh diblogkan. bosannya hidup geng blogger yang begitu. sebab tiap-tiap benda kau nak masukkan dalam blog. kalau tak nanti blog tak update, pastu tak ada komen, lepas tu kau paranoid sendiri ingatkan server blogger down. ak enna, boleh tak chillex? sila menjalani hidup secara normal.
lagi satu, geng blogger mak-mak. aku pun mak orang jugak. tapi geng ni mesti nak potray bahawa mereka adalah isteri dan mak yang berkaliber dalam semua bidang. u name it man, jahit baju, masak, jaga anak, kemas rumah, potong rumput, buat kek, dan macam-macam lagi kemahiran domestik yang berkaitan. bak kata mereka adalah superwoman. kadang-kadang macam nak tengok siapa lebih hebat. alahai, silalah bertenang.
entah ya, maybe mereka rasa platform blog ni untuk tujuan sebegitu kot. tak kisahlah. this is a free country. cuma aku rasa lawaklah sebab bila orang buat benda tu, yang lain pun nak ngikut. sometimes ikutan tu tak last. ikut trend jek. so berbaloi ke? mungkin ya jika untuk tujuan blogging ;)
Monday, February 8, 2010
pathetic malaysian
siapa tak pernah tengok iklan yang feature adlin aman ramli dalam lrt tidur and buat-buat tak nampak golongan yang memerlukan tempat duduk lebih dari dia?
ok sekarang adalah waktu bercerita tentang situasi yang sama, cuma featuring aku dan rakyat malaysia lain yang sangat budiman. hahaha. weekend lepas adalah hari minggu yang aktif untuk seorang aku yang kini agak kurang upaya kerana saiz badan yang lebih besar dari biasa.
masuk komuter, penuh. cuba mencari tempat duduk kosong, nampaknya tiada. cuba menunggu seseoang menawarkan tempat duduk dia, tiada juga. ok people, can't you see my protruding belly? ayat dalam hati. tiada respon. bukanlah aku sangat tidak berupaya untuk berdiri menunggu penumpang lain turun di stesen pilihan mereka dan meninggalkan tempat duduk mereka kosong untuk aku duduk. tapi tercetus pula di minda untuk uji tahap kebudimanan dan kesedaran sivik di kalangan rakyat malaysia. tetttttttttttt! gagal sama sekali.
bukan sekali ok over the last weekend, tapi 2 kali. first time, i was travelling alone. maybe my belly was unnoticeable enough to let them know that i'm in the priority list for the seat. second was with roommate and umar. terang-terangan laki aku mendukung anak aku, tetap jual ikan tanak offer seat. fine! anak aku pun rajin nak berdiri sambil memegang tiang besi di tengah-tengah ruang koc (buruknya ejaan dalam bm) komuter. ternyata rakyat malaysia sangat mundur mindanya. tapi dressing nak maju y'all! ala-ala black eyed peas. isk, aku serios tak faham apa dalam fikiran mereka. does it take a genius to see if orang tu tua ke, ada bawa anak ke, mengandung ke, kurang upaya ke? aku siap tanya roommate, 'saya ni nampak macam buncit sebab obese ke?' sebab situasi yang berlaku menyebabkan aku jadi tak sure dengan keadaan fizikal diri sendiri. hahaha.
anyways, aku rasa masa aku sekolah rendah dulu pernah je offer seat pada orang yang kurang upaya (tapi bukan oku) masa naik bas awam, balik dari kelas tambahan. terasa seperti tengah shooting tv pendidikan, subjek pendidikan moral. hehe. time tu belum ada degree pun nak pastikan orang yang aku offer seat tu memang deserve the seat.
memang menyedihkanlah rakyat malaysia. hard up sangat dengan kemajuan, benda asas dalam hidup pun tak boleh grasp. takkan cara berfikir pun nak ajar? mungkin antara petikan dalam buku teks subjek 'cara menggunakan otak di tahap optimum' ialah 'sekiranya anda rasa macam sakit kepala yang mild dalam beberapa nanosaat, ini bermakna neuron di otak sedang berhubung dan memindahkan isyarat elektrik kepada organ dan motor tertentu dalam badan untuk anda bertindak balas. inilah dia petanda yang anda sedang menggunakan otak anda' :P
Subscribe to:
Posts (Atom)
