Friday, October 24, 2008

biskut p**

went to a supermarket just now. selekeh ok aku gi jatuhkan 2 botol spaghetti sauce. horror! tah hape-hape. the 2-bottle-in-1-pack was meant for both of us, diriku dan seorang sohabat. sharing is fun kan? but being clumsy masa queue nak bayar, boleh pulak jatuh. kena la control jek. nak buat macam mana? dah jatuh dan sos merah sudah merata-rata di atas lantai. and of course tak kuasa nak amik a new pack. takut kena badi lagi! hehe. so bayar jek la benda saki baki dalam tangan. i was trying to be a good citizen of malaysia, siap kutip barcode of the bottle untuk bayar juga walaupun tak beli. sebab aku memegang konsep 'once broken considered sold'. hehe. orang kata buat baik dibalas baik. cik cashier kata tak payah bayar. lalu dia membuang kod bar botol sos spaghetti cap p*ego ke dalam bakul sampah di kaunternya. selamat doblas ringgit.

oh actually nak citer pasal biskut p**. masa round dalam supermarket tu, ternampak satu biskut kanak-kanak. bentuk biskut (melalui gambar di kotak) adalah sama seperti biskut semasa zaman sekolah menengah. bentuk bujur, di tengah ada jam stoberi. selalu dimakan sewaktu rehat. kalau tak beli sendiri kat kantin, boleh pesan kawan sekelas. selalunya bila makan biskut ni, pesan sekali milo o ais kow. abang yang buat nama eddy. hahaha. sangat KLMJ. tanpa banyak berfikir, aku pun amik la pek 2 dalam 1. kenapa hari ni beli barang 2 dalam 1? kerana bila kita beli dua barang yang dibungkus sekali dalam satu plastik, harganya lebih murah. macam sos tadi kita akan jimat 60sen. ok back to biskut, lepas amik biskut tu, amik biskut lain satu bungkus dan terus beratur. masa beratur ni lah insiden di atas berlaku. sila baca semula perenggan di atas sekiranya anda kurang ingat.

walau bagaimanapun, setelah dikeluarkan biskut itu dari pembungkusnya, sungguh keciwa ok. rupa sangat lain, rasa apatah lagi. rupa dia macam canoe. jem di tengah juga tak merah seperti biskut p**. mungkin sebab rasa dia adalah raspberri bukan stoberi. so sekarang sape nak makan biskut aku ni? 2 kotak tau!

moral of the story: elakkan membeli barang yang dipek secara 2 in 1. ada badi. sama ada jatuh pecah atau tak sedap. sekian. kah kah kah.

Wednesday, October 22, 2008

men

can't live with, can't live without.

motif? sajer. aku memang suka buat kajian pasal lelaki. dari dulu lagi. and the best part is banyak pulak geng-geng researcher aku. hahaha.

ever read 'men are from mars, women are from venus'? to some extend, content of the book bolehlah pakai. tapi, the undeniable basic truth is, memang lerk dan pom tak akan paham each other. itulah konklusi research kami setiap kali ada perdebatan.

go to the following link for a good halwa minda. lawak siop.

http://www.joketribe.com/95/May/Dave.Barry.On.Dudes.php

have fun reading!

Tuesday, October 21, 2008

a message sent telepathically..hehe

dear u

i don't want to affect u and i don't want to be affected by u. stay away from me. please. thank you.

sincerely,
i

Thursday, October 16, 2008

minah jenin

extra rajin to create another post today. actually pissed off with a creature named boss. so rasa macam nak berazam tak nak buat kerja hari ni. aci ke? hehehe. baik aku layan jiwa.

aku suka berangan. satu, sebab kalu berangan banyak mana pun, duit takkan keluar. second, starting with berangan, maybe kita akan cuba realize kan apa yang kita berangan tu. at least subconsciously. jangan main-main ok, aku ni ala-ala psikik sikit, agak suka perkara subconscious. hahaha.

i have this dream (angan-angan ya, bukan mimpi) that one day i will acquire this skill (this refers to something that i am not mentioning yet, and no, not blogging) and i will be able to make a living out of that. so yesterday, aku macam ada nampak sedikit cahaya di hujung terowong. hehe. so semangat gua tiba-tiba macam membara balik ok? haruslah hari ni aku layan berangan jek. huehue. for start, i may have to reorganize some things. hopefully things will go smoothly for me. i know roomate will also give his blessings.

indescribeable love


this is the first time i'm posting a picture. when i snapped this, it didn't turn out the way i would want it to be. instead, it was beyond words. i was thankful that i snapped it anyway.

i don't think i need to explain much. i love him more than anything in the world. and i know that he loves me too.

hehe. sekian sahaja posting jiwang pada hari ini.

Tuesday, October 7, 2008

hari raya

1. masa budak-budak

tak menyabar nak beraya. tau semua siap. baju kurung, baju tak kurung (gown, blouse, skirt, jeans, etc.), kasut and tah hape-hape lagilah. serba serbi nak ada. time tu tak carik duit sendiri kan. tau ada, pakai, dah boleh jalan beraya. duit raya bagi kat mak mintak dia simpankan. pandai pulak time tu. hehehe.

2. bila dah besar, masih bujang dan belajar

pandailah sikit nak tolong mak bapak. buatkan kuih, kemas-kemas rumah and masak-masak perkara raya. tang duit raya, kita masih jadi penerima. tapi ala-ala malu sikit sebab dah besar tapi masih dapat paket. belum cukup umur nak kena kerja. terpaksalah terima kan? hehe. tapi this time duit raya tak bagi mak simpan. buat belanja sendiri. kata belajar. so mak dengan bapak tak payahlah bagi duit belanja bila nak balik sekolah / kolej / universiti. kang bila duit raya dah habis, baru telefon mintak duit lagi. hihi. oh time ni baju raya, kasut bagai masih ada sponsor. tapi pandai pilih sendiri. kalau mak pilih kang ada jek yang tak kena.

3. dah besar, masih bujang dan dah kerja

ada tanggungjawab sikit kat bahu. tapi tak rebehlah. hehe. tolong-tolong mana mampu. belikan kuih on top of yang dibuat, belikan ole-ole raya dan kena sediakan paket raya. tangan sudah berada di atas sekarang. tidak lagi dibawah. bak kata orang, tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah (time kena bagi dan-dan cakap macam ni kan?) so before raya dok sibuk buat bajet. orang ni nak bagi berapa, kuih nak beli banyak mana, tol and minyak nak balik dan sebahainya. sebahainya tu sebenarnya sebagainya. cikgu sejarah aku dululah sebut macam tu. mungkin cara dia pronounce 'g' tu ikut style 'j' yang dibunyikan macam 'h' seperti di dalam perkataan jojoba. pernah tengok tak iklan syampoo yang sebut hohoba? hehe. aku sangat tak paham time tu kenapa 'j' dibunyikan macam 'h'. so sekarang baru aku paham. ye lah time tu aku kecik dan huhur.

4. dah kahwin, tak ada anak lagi

time ni sibuklah gedik nak buat-buat tema dengan laki. just make sure masing-masing punya barang ada, settle semua. pastu kena ada bab osom nak balik kampung mana dulu. kampung dia ke kampung kita. lain-lain macam biasa jek.

5. dah kahwin, dah ada anak kecik

bila dah ada si kecil, preparation basically sibuk kat dia. orang lain pun ikut sibuk nak belikan baju dia. di samping itu, orang lain turut sibuk nak bagi duit raya dia. so mak dia pun by default dilantik menjadi akauntan yang bertauliah. sibuk bagi orang paket dan sibuk terima bagi pihak anak. although output is not equal to input, balik modal jugaklah sikit. hehehe.

6. anak dah besar dan mumaiyyiz

this one not yet ok? bila tiba masanya boleh tulis.

itulah bits and pieces lah pasal raya at different age range. dulu memang look forward. sekarang ni look forward jugak cuma excitement dia lain macam sikitlah.

selamat hari raya & maaf zahir batin!

Wednesday, September 24, 2008

typical II - she says. he says.

one sees and occassionally leaves a remark on anything. be it humans or objects.

interestingly, son has been getting a lot of remark (luckily good ones!) which made us confused. confused on how the remark was derived from. especially this:

'pakcu, muka umar macam orang KL la'

i am aware that sometimes we can perceive an adult by the way one dresses. nampak gaya yang stylo, happening and moden-moden sikit, orang KL la tu. but how can one tell a baby as orang KL? umar tak boleh jadi orang KL, pahang or negeri sembilan (although terang-terang la kan dekat myKid 05). dia kena jadi orang johor. hehehe.