baru-baru ini aku pergi kursus pertolongan cemas. kursus itu sangat menarik sampai aku rasa nak jadi doktor. aku memang selalu macam tu. bila tengok ER atau GA, aku terfikir balik kenapa dulu tak pilih untuk belajar medicine. padahal mak aku dah suruh. sebab dulu aku tak minat sangat bio walau gred biologi adalah yang terbaik di antara matapelajaran sains yang lain. lepas tu aku rasa hafalan bukan untuk aku. aku suka kira-kira. kira-kira senang nak justify. hafal-hafal adalah sesuatu yang memeningkan. tapi rupa-rupanya aku penakut. penakut tengok kecederaan yang teruk dan of course orang mati. ya, aku bersyukur aku belajar kejuruteraan.
ok, main topic bukan sebab apa aku tak belajar medicine. ok (lagi sekali?) bila kita sakit, kita pasti akan mencari doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. kemudian kita akan berharap dan berdoa agar dengan rawatan dan ubatan itu kita akan kembali sembuh. tapi kalau tak baik-baik juga, walaupun kita tak jumpa doktor, akan ada doktor yang datang kepada kita dan memberi khidmat nasihat secara percuma. malahan doktor percuma ini lebih ramai dari doktor yang perlu dibayar. ajaib bukan? bila diperhatikan baik-baik, doktor-doktor percuma ini gayanya lebih tahu dari doktor berbayar. dari segi teknikal, doktor percuma ini tak ada pula ijazah kedoktoran. doktor perubatan mahupun doktor falsafah. tetapi khidmat nasihat dan kadangkala dengan prescription lebih hebat dari doktor berbayar. takjub sungguh rasa.
so cabaran orang sakit adalah untuk memproses dan menganalisa maklumat-maklumat kompleks dan sangat banyak daripada doktor-doktor percuma ini. mana satu nak ikut? mana satu paling bagus? mana satu sesuai untuk diri yang sakit?
cabaran doktor yang real pula, memberi penjelasan sebenar yang disokong fakta sains dan logik kepada pesakit. di samping itu, doktor real juga perlu membetulkan (sekiranya perlu) fakta yang diberikan oleh doktor yang tak berapa real ini. bukan apa, takut fakta yang tak berapa nak betul itu boleh mislead orang awam dan bakal-bakal pesakit di luar sana. bila dah mislead, mulalah accuse medical technology ni tak membantu dan what not.
sangat interesting ya untuk melihat persepsi orang dalam menangani penyakit. i do not blame the doctors, the patient or even the civilians. i blame for the inaccurate information disseminated. tapi siapa yang disseminate inaccurate information tu? oranglah kan? takkan burung kasawari. kalau dah orang sure lah civilians. haha. pada aku, simple je. jangan digest terus apa yang kita dengar. read and do research about it. memanglah kadangkala kita emo, tapi bila dah cool tu, think rationally.
whether to go for conventional treatment at the hospitals or clinics, or the alternatives with the qualified practitioners, it is up to one's decision. as long as sesuai dengan empunya badan yang sakit tu.
lesson learnt:
- do not offer unwanted advice. the recipient may be saturated.
- do not impose one's value on others. different individu has different way of doing things.
si kasawari yang comel
sekian.
No comments:
Post a Comment