Tuesday, July 7, 2009

kerjaya ajaib lagi murni

dalam dialog pergi kerja bersama dengan rakan se-carpool, kami akan terbincang tentang kerjaya-kerjaya yang melibatkan pakaian seragam atau lebih glamour dipanggil uniform apabila ternampak akan kenderaan anggota yang berpakaian seragam ini seperti kereta polis, jip jpj, feri sekolah atau lori bomba. kemudian kami akan buat senarai kelebihan dan kekurangan pasukan-pasukan tersebut. kesimpulannya kami sangat kagum dengan kerjaya seorang abang bomba yang bertugas di bawah jabatan eh sila taip bermula dengan huruf besar ya, kerana itu kata nama khas, cikgu shamsiah ajar. ok Jabatan Bomba. eh tu dulu. sekarang dah jadi Jabatan Bomba dan Penyelamat. memang kagum gila tak boleh blah kalau tak ada bomba di muka bumi ini.

  • kalau haiwan terperangkap celah bangunan ke atas pokok ke dalam longkang ke, panggil bomba.
  • nak tangkap haiwan liar yang tiba-tiba berada di tempat yang tak sepatutnya seperti ular sawa batik bapak besar yang perabis ayam dalam reban orang kampung, pun panggil bomba.
  • orang hilang dalam hutan, panggil bomba.
  • orang terjatuh dalam lombong ke tali air ke sungai ke perigi ke, panggil bomba.
  • rumah terbakar sah-sahlah panggil bomba, siap ada lagu lagi - rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.
  • kalau ada orang yang tak berapa stabil tiba-tiba panjat billboard kat tepi jalan lepas tu tak mahu turun, punnn panggil bomba.
  • bila ada tanah runtuh, confirm la bang bomba juga di-hello.
  • banjir juga tidak dilupa, abang bomba datang dengan bot pula.
  • nak sahkan bangunan dan rumah selamat, kena cari ahlil bomba juga.
  • lepas tu bila nak buat latihan kebakaran, pasti mencari bomba lagi.
banyak bukan tugas seorang bomba? aku rasa apa-apa kerja yang pasukan uniform lain tak buat, tolak je ke bomba. cayoklah abang bomba. semua benda boleh buat. multitasker dan heroic juga. oleh itu mari kita menghargai abang bomba yang jujur dan ikhlas dalam tugasnya. yang main-main boleh blah. seperti abang bomba pojaan hatiku ini.



keh keh keh. oh abang bomba berdagu lekuk, i lap u too lah!


No comments: