aku suka satu falsafah seorang kawan aku ni. dia kata,
'kalau kau nak tengok orang tu cantik ke tak, cuba kau hitamkan muka dia. kalau masih cantik, memang confirm dia cantik'.
maksud hitamkan di sini adalah bukan ambil arang atau cat hitam lalu kita hitamkan muka target kita. tetapi cuma bayangkan rupa target tadi sekiranya dia berkulit gelap. oh maaf. jangan salah anggap. aku tak cakap orang yang berkulit gelap tu tak cantik. aku pun coklat. cuma masyarakat kita ni lah yang dah buat satu standard. bila orang tu kulit cerah jek, lawa. bila putih jek, cantik. so in order to test the standard, kita gunalah panduan kawan aku tu. sejak aku tahu falsafah tu, aku memang berpegang kepadanya. hehehe. macam apa pulak.
contoh orang kulit gelap yang cantik adalah seperti azah aziz. ala pelakon cinta antara benua tu. bukan mak kepada gabenor bank negara ya. itu tak aci. dia memang putih. lagi siapa ya?
hmmm....
kalau kat malaysia ni aku rasa susahlah nak cari calon yang sesuai. sebab depa sure make up bedak kow-kow punya kasi nampak cerah. hehe. oh ya cheryl samad juga manis. who else ni? payahnya nak pikir. malaslah.
nota kaki: teknik ini hanya sah digunakan ke atas masyarakat melayu. untuk bangsa lain, keputusan tidak sah.
No comments:
Post a Comment