Friday, February 6, 2009

orang kata the best things in life are free

ye ke? mari kita tengok apakah benda-benda yang percuma itu?

...qada’ hajat. kenapa ia percuma? kerana perasaannya datang secara tiba-tiba. tak pernah pula saya dengar kes di mana kita perlu bayar 50sen untuk mendapatkan perasaan untuk buang air kecil atau besar. cuma bila kita nak buang air kecil atau besar tu mungkin kena bayar seperti tandas di stesen bas. kalau tandas di stesen rehat dan rawat, percuma, sama macam perasaannya.

...makan dan minum. sama juga seperti di atas. tak perlu bayar untuk mendapatkan perasaan nak makan fillet-o-fish, atau ayam kentucky hot n spicy atau ikan siakap 3 rasa dol tomyam. bila kita nak dapatkan makanan-makanan tersebut baru kena bayar.

...tidur. tetap sama seperti 2 perkara di atas. tak perlu bayar untuk rasa mengantuk. tapi bab ni best sikit sebab selalunya tak perlu juga membayar bila nak tidur kecuali kita nak tidur di hotel, motel, rumah tumpangan tong seng atau rumah-rumah lain yang sewaktu dengannya.

...manusia. hah? apakah? oh maksud saya seperti memiliki mak, bapak, adik, pasangan, anak, kawan, saudara, dan sebagainya. untuk memiliki mak bapak memang tak perlu bayar sebab mereka wujud dulu dari kita. hehe. memiliki pasangan dan anak juga tak perlu bayar. Cuma masa nak kahwin kena keluar duit yang banyak, dan seterusnya nak maintain hidup dengan mereka. dan sewaktu nak melahirkan serta membesarkan anak juga memerlukan duit yang saaaaaaaangaattttt banyak. tak terkira banyaknya.

...perasaan. seperti 3 perasaan-perasaan di atas, kita memang tidak perlu membayar apa-apa untuk berasa geram, sayang, kejam, cinta, marah, di awang-awangan dan apa-apa juga perasaan yang ada di dunia ini. kalau tak, letih la semua manusia di muka bumi ini. sebab kita sentiasa berperasaan. sikit-sikit keluarkan duit. sikit-sikit bagi singgit. mau bankrap. tak sempat buat apa-apa dah habis duit. tapi, comelkan kalau kita kena bayar setiap kali berperasaan. contohlah minah A suka kat mamat B. baru jek nak suka dah kena bayar singgit. tu tak kira lagi bila dia ternampak mamat tu lalu depan food court time nak pergi class. sure excited punya. cuba kira kalau sehari nampak dua kali. setiap kali excited kena bayar rm1. dah rm2. kalau tiap-tiap hari nampak sebulan dah rm60. setahun? kalau sepanjang 3 tahun kat uni asyik nampak jek? mau beribu. bila excited lebih jek kena charge lebih. hahahaha. tapi nak bayar kat mana? kaunter kewangan uni tu terima ke? kah kah kah. bongok pulak bila fikir.

...and last sekali aku terfikir is kentut. kenapa? sebab aku nak terkentut. jap eh (preeettttt prutttttt). fuh lega! dan menjimatkan. wakakakaka. maaflah perenggan ini gross sikit..tapi macam korang tak kentut..ak enna!

si comel ini boleh hadir dengan percuma dalam hidup kita :)

No comments: