dulu-dulu...zaman sekolah...
pada suatu pagi roommate mengatakan dia ada sukantara. i was like 'hah? sukantara?? yang semua orang kena buat semua event supaya rumah sukan dapat markah tu ke?' roommate mengiyakan jawapan saya.
sukantara ni sebenarnya kelakar dan sangat menakutkan sewaktu aku sekolah dulu. kenapa kelakar? sebab aku dah lama tak dengar perkataan tu. takut pulak sebab time sekolah dulu perkara ini merupakan satu penyiksaan mental dan fizikal kepada mereka yang tidak begitu atheletic seperti saya. oh by the way, saya suka bersukan iaitu bermain permainan seperti basketball dan softball. tetapi tidak acara balapan. torture weh! kenapa kita saya tersiksa apabila sukantara menjelma?
siksaan mental terjadi apabila kita tahu yang kita ni tak berpotensi sangat nak membuat semua acara yang diwajibkan, tetapi dipaksa supaya rumah sukan mendapat markah tinggi sebelum sukan tahunan dibuat. acara-acaranya adalah lari 100m, 200m, lontar peluru, lempar cakera, lompat jauh dan lompat tinggi. so stress lah kan tiba-tiba nak set minda yang kita boleh buat acara tu semua.
siksaan fizikal pulak bila kita kena bersungguh-sungguh lari, lompat atau baling. kalau tak buat beriya, kena kutuk cakap tak nak contribute markah rumah. so cuba sahaja yang terbaik. dah cukup baik dah aku cuba. tapi markah yang disumbangkan kepada rumah biru adalah?? jeng jeng! rahsia. hahahaha. ada ok markah. not less or equal to zero, and not more or equal to six. sila meneka. hik hik. movie dulu-dulu... haa tadi aku ter'discover' seorang kawan yang mempunyai kegemaran dengan aku iaitu mengulang dialog filem-filem lawak arwah p. ramlee. kelakar dowh! (ok tak sendiri recite sendiri rasa lawak?? wth!) sebab apa rasa lawak, sebab bila kita recite, kita akan terbayang scene di mana dialog itu dipetik. dialog yang menjadi kegemaran aku waktu ini adalah (tak la exactly dialog sebenar, lebih kurang daa): ayahanda: 'penghuni dalam rumah ini tidak makan, ambil bau sahaja' menantu: 'ambil bau saja? undang-undang ini dinamakan ekonomi' isteri: 'dalam rumah ini, suami tidak boleh tidur bersama isteri. suami kena tidur di kandang kuda' suami: 'ahhh..ini adalah undang-undang paling baik di antara semua. undang-undang ini dinamakan family planning' hehehe. tulis semua kang penuh pulak dengan dialog. itu saja setakat ini. tata!
No comments:
Post a Comment