Tuesday, July 23, 2013

dam dam dum bunyi mercun lalalalala

...hahaha baru 14 ramadhan dah mau bunyi mercun

it is already hari raya for me
echeh. psychology is playing its role
dan-dan la lapar tahap jerung zambizi wey
baru selesai bahulu size medium 6 biji
ditambah dengan jajan muruku tak branded
sekarang ni mata melilau mencari mangsa seterusnya (walau pun tak ada)
dalam drawer ada lagi bahulu 3 biji
chocolate cloud 9 satu bar
pergh, ada esok aku bekal nasi lengkap dengan lauk mengikut piramid makanan
lapar dia kalah orang puasa
why la why
i tell you lah saiko it is! horror sangat ni

i think i just have to proceed la with another 3 bahulu tu
whatsapp dan call kawan yang keluar tak mendapat jawapan
boikot aku ke apa
dah la lepas ni tengok gambar makanan je
semoga tabah melalui waktu tanpa makanan sehingga sampai ke rumah
amiiinnn

Friday, July 19, 2013

ahlan wasahlan ya ramadhan

lama dah tak tulis, kena cucuk dengan huda baru nak gerak hehehe

apa daa ahlan wasahlan, dah 10 ramadhan pun, insya allah
syukur alhamdulillah masih ada umur untuk bertemu ramadhan
semoga kita semua dapat meraih keberkatan bulan ini
rutin dah stabil, i like
aku suka bulan puasa, masa mula-mula nak ejas je  agak mencabar
lama-lama syok
masa tengah syok kang, tiba-tiba dah sampai hujung
truthfully memang sebak bila ramadhan nak habis
entah ya, dah tua-tua ni feeling macam gitu pulak
masa zaman-zaman belum mumaiyyiz dulu suka na la bulan puasa nak habis
tapi di usia sebegini, takut tak jumpa ramadhan yang berikutnya
aku berdoa agar kita semua diberi umur dan kekuatan untuk memanfaatkan ramadhan-ramadhan yang akan datang. amin

sebenarnya takdelah idea sangat tapi bila tengok entry yang dulu, tiba-tiba ada
on photobook, berjaya siapkan, pinar-pinar mata stay up buat, gigih ok
tapi bila dapat hasilnya? agak keciwa di situ
kesimpulannya, i no longer trust groupon
dah 2 kes kena
so let's unsubscribe

cerita pasal doa,dalam post sebelum ni, aku suka bila uzair baca sebab dia peyat (pelat)
ini versinya:

'ya awoh (allah), cuciyah (cucilah) otakku, hatiku, jadikan diyiku (diriku) lebih soyeh (soleh), lebih baik, lebih jaya (berjaya), lebih positif, lebih cemeryang (cemerlang) esok hari. amin'

kikiki comel sungguh bunyinya
semoga doa tu makbul, terkesan pada diriku dan anakanda sekalian

oh tadi ada medical check up
ala just tengok bmi and random blood sugar
yang pasti beratku turun 1.1kg
ni pasti gara-gara aku berjalan laju setiap pagi dan petang
bila bulan puasa, tiba-tiba semua rakyat malaysia rushing
pagi-pagi jam extraordinaire, kalut semua nak punch in awal
maka bas akan sampai kl lambat, 15-20 minit ke pukul 8
so aku pun kenalah berjalan laju nak punch on time
balik pulak, aku ada 30 minit sahaja untuk menyampaikan diri kepada kawan baik, sks
waktu asar pulak jam 1646, so strategi adalah ambil wudhu siap-siap di pejabat, berdoa agak wudhu tak batal despite berjalan laju, solat di stesen lrt abdullah hukum
pergh dengan cara ini, paling cepat aku boleh naik bas is 1710, ngam-ngam je ada 5 minit lagi before driver bas double decker masuk gear 1
itu kalau ada seat kosong, kalau penuh, sah-sahlah masuk gear lagi awal
tapi so far syukur alhamdulillah, bas 1715 dapat kunaiki hihi

so feeling-feeling atlit gitu, aku rasa by the end of ramadhan aku boleh masuk acara athletic berjalan kaki
cuma nak kena belajar cara berjalan tu
actually feeling ni dah lama, sejak sekolah agama dulu
sebab balik sekolah agama pun nak cepat
takde pun nak kejar apa-apa, konon-konon berbakat jalan lajulah
10 minit dah sampai rumah mak imah
tah hape-hape hahahaha

umak aih, dalam pada takde idea, panjang pulak
so ok, until i rajin again hihihi
selamat menjalani ramadhan yang masih ada